Tahniah juga kepada DS Rosmah
yang sah menjadi wanita pertama setelah suami menjadi Perdana Menteri.Tahniah juga kepad Tun Dr M dan isteri serta anak beranak yang diterima semula menjadi ahli UMNO tapi mungkin yang bernombor jutaan kut, sebab ahli UMNO sekarang ini dikatakan sudah 3 juta orang.
Ana juga berharap ada seorang lagi yang menjadi kebanggaan untuk dijadikan ahli UMNO tetapi telah di pecat seumur hidup dizaman Tun Pak Lah, berikrar dan agaknya nak mohon masuk UMNO kembali setelah Tun Dr M masuk semula, tetapi tak diterima lagi, harap PM baru ni dapatlah terima beliau kerana kita tak mahu beliau manjadi hantu raja yang mencari telur merata tempat tetapi tak bertuan.
Juga dengan kemasukan semua itu nanti diharap juga agar peritiwa 99 akan berulang kerana arkitek kepada scenario 99 sudah berada didalam bahtera tersebut, dan harapan agar arkitek tersebut akan menjadikan bahtera itu cepat karam adalah makin terserlah. Masakan tidak, hari ini kutuk dan 'menyebai' pasai marahkan rasuah, esok boleh masuk dok dalam satu khemah walaupun memang sah dan disahkan bahawa rasuah itu telah berjalan .
Dalam keghairahan memperkatakan pasal orang dibelakang PM baru kita ini, ana juga terperasan bahawa manusia yang mengangkat nama PM kita diawal mula dulu
adalah manusia yang digambarkan oleh Tinta Merah dalam blog beliau, baru sekarang kita teringat , berapa agaknya umur anak beliau sekarang agaknya, sihat lagikah beliau dan apakah yang dibuat dalam meneruskan hidup beliau sekarang ini. Mujur juga ada Tinta Merah yang dapat menyelongkar nostalgia ini, harap dapat meneruskan cerita tersebut wahai MSO.Apapun ana nak ucapkan syabas kepada bekas PM Tun Pak Lah
yang sekarang ini sudah kembali menjadi ahli MP biasa macam kami, agaknya dalam sidang akan datang dah sediakan soalan ke untuk dijawab oleh Menteri yang bakal dilantik nanti, agaknya dalam blok mana kerusi Tun akan diletakkan dan agaknya apakah soalan tambahan yang akan Tun tanya jika ada wakil pembangkang bangun mengemukan soalan, apakah tindakan susulan kerajaan kepada akhbar liberation jika sekiranya ia menyiarkan satu berita fitnah tentang Negara dan pemimpin Malaysia? Apakah Kerajaan akan menyaman akhbar berkenaan?.



