Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, August 8, 2009

santuni Ibu tunggal.

Syurga dibawah telapak kaki ibu, begitulah bunyi Hadis Rasulullah saw . Setiap insane yang wujud dimuka bumi ini pasti ada mempunyai ibu, kecuali Nabi Adam alaihissalam. Oleh itu jasa ibu melahirkan kita diganjarkan oleh Nabi saw dengan balasan syurga kepada sesiapa yang menyantuni ibu dan neraka bagi mereka yang derhaka kepada ibu.
Namun menjadi lumrah kehidupan manusia bukan semua perkahwinan itu kekal hingga keakhir hayat, ikatan perkahwinan atau jodoh ditentukan Allah, tiada siapa pun yang tahu bilakah perpisahan ini berlaku.

Memandangkan keperluan golongan ini yang kebiasaannya terpinggir, maka semalam pada 7 Ogos 2009, ana dengan kerjasama MK Kpg Kubang Pisang dan Syarikat Maal Hijrah telah membuat program member sumbangan kepada ibu-ibu tunggal ini serta warga emas. Program juga mendapat kerjasama daripada Dewan Muslimat PAS Pendang dengan mengan menghulurkan sedikit wang tunai kepada setiap penerima.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Dalam ucapan ana sebelum penyampaian sumbangan , ana menyeru agar semua pihak yang ada dicawangan agar memantau semua pihak yang masih memerlukan bantuan terutama sekali kaum ibu yang terpinggir yang tidak mampu mencari rezeki dan juga mereka yang daif kerana semua ini dapat disalorkan melalui usahasama MKK dan pejabat Daerah serta juga Pejabat Kebajikan dan Pejabat Zakat yang sentiasa juga menyumbang sumbangan kepada golongan ini.

Disamping itu ana juga menyeru agar semua pihak bekerja keras untuk terus memantapkan kerajaan negeri yang baru berusia 500 hari ini kerana pihak pembangkang sudah bermacam cara melakukan onar agar kerajaan PR Kedah ini jatuh saperti apa yang mereka lakukan di Perak. Mereka pernah berusaha member ADUN Bukit Selambau dan ugutan terhadap beliau dan anak-anak sehingga memaksa beliau meletak jawatan kerana tidak tahan dengan ugutan tersebut. Isu pusat penyembelihan babi yang sudah berlarutan dizaman BN memerintah sekian lama juga dijadikan isu sehingga satu ketika pihak DAP juga terpancut keluar sebentar, nasib baik setelah penerangan jitu diberikan , maka mereka tidak jadi untuk kelau dari pakatan. Kemudian dibuat pula tohmahan terhadap dua petugas di pejabat MB berhubung dengan soal balak di Bukit Kachi, Kubang Pasu, tertapi ternyata semuanya itu tohmahan dengan dokumen palsu sehingga memaksa satu tindakan mahkamah balas diambil kepada pihak yang sanggup memalsukan surat sumpah dan peguam.

Thursday, August 6, 2009

Aku tak minta jadi begini, kenapa aku didiskriminasi!!

Kemiskinan dan hidup dalam serba kedaifan, memang tiada siapa pun yang mahu, tetapi Allah menjadikan ada yang miskin dan ada yang kaya, ada yang lemah dan ada yang kuat. Itulah yang menjadi asam garam hidup didalam dunia. Oleh sebab itulah Allah menyediakan pahala untuk manusia yang berada dengan ibadat zakat, sedekah, infak dan sebagainya sebagai sumbangan kepada yang kurang bernasib baik ini.
Dalam suasana Negara yang dikatakan makmur setelah 51 tahun merdeka ini, percaya atau tidak, kita masih lagi mempunyai ramai warga Negara yang berada dalam keadaan miskin yang agak teruk dan kehidupan mereka lebih teruk dari kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
Memang kita tidak menafikan wujud berbagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memntau dan membantu mereka yang betul-betul daif dan memerlukan. Jabatan kebajikan masyarakat, jabatan zakat, baitulmal dan pejabat daerah dan sebagainya mempunyai peruntukan untuk melaksanakan tugas ini, namun kalau kita kerap meninjau kekampong yang agak dalam sedikit daripada pekan pasti akan kedapatan masih ramai mereka yang sepatutnya dibantu melalui tabungan hasil wang kutipan cukai rakyat ini diabaikan, entah apa puncanya kita masih menunggu jawapan dari pihak berwajib.
Ana pada pagi tadi, 6 Ogos 2009, kebetulan mendapat berita tentang sebuah rumah dipukul ribut pagi semalam, bergegas meninjau rumah berkenaan tadi
tuan empunya rumah Puan Sharipah Shaari, ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak, suami baru meninggal kemalangan jalanraya di Rawang beberapa bulan lepas. Diberihu bahawa ada sebuah keluarga yang daif, sang suami tidak dapat bekerja kerana tangannya masih lebik kerana kesan lumpuh dan usaha mencari rezeki dilakukan oleh isteri dengan menorah getah orang dengan upah sebanyak RM 10 sehari mengikut hari bekerja, kalau hujan maka tidalah hasil beliau sekeluarga. Pak Cik malang tersebut Abd Kadir Ismail tinggal di Kpg Padang Panjang, Kuala Rimau telah beberapa kali diinterview oleh pejabat Kebajikan dan sudah diambil nama beberapa kali oleh penghulu dan dikunjungi wakil rakyat sebelum ini, namun masih belum mendapat mana-mana bantuan baik untuk membaiki rumah atau perbelanjaan harian .
Memang ana lihat rumah beliau memang agak teruk dan tak sesuai diduduki kerana sudah banyak kawasan yang dimakan anai-anai dan memerlukan pembaikan segera.
Apakah silapnya , ia bertanya kepada ana walhal mereka yang duduk dikampong yang sama yang masih kuat kudrat untuk bekerja mendapat bantuan rumah PPRT, ana terkedu tidak dapat menjawab dan berjanji akan berusaha mendapatkan balik pendaftaran nama beliau dengan pejabat Kebajikan agar sekurang-kurangnya beliau mendapat sedikit habuan hasil dari kekayaan Negara ini.

Wednesday, August 5, 2009

Bertindaklah segera.

1. Kes sudah meragut 13 nyawa dah sampai hari ni, ada beberapa orang lagi yang masih kritikal. Katil ICU terpaksa ditambah.
2. Apa yang membimbangkan adalah semakin banyak pusat pengajian terpaksa diberi cuti dan pelajar diarahkan balik kekpg halaman dan kaurantin dirumah.
3. Setakat ini, tida arahan jelas kepada pesakit kerana simptom tida banyak beza dengan selsema biasa kecuali kalau ada pendedahan kepada pesakit, maka disyakki terkena HiNi.
4. Langkah-langkah perlu mesti dilakukan segera diperingkat kpg atau kawasan, kerana pihak kesihatan dan klinik sudah menerima kes yang meningkat secara mendadak , masyarakat seakan-akan panik sekarang ini.
5. Pohon hebahan daripada media masa berhubung kes HiNi ini dilebihkan daripada menyiarkan pasal kesalahan pendemo 1 Ogos daripada kesan kezaliman ISA yang lebih penting dan wajar dihapuskan terus atau bawa mereka yang dikatakan bersalah dan buktikan dimuka pengadilan.
6. Berikan ruang untuk rakyat mendapat rawatan dimana-mana klinik dengan ubat yang cukup pemeriksaan yang sempurna.
7. Kepada masyrakat Islam, bersegerakan pohon keampunan Allah dan tunaikan solat hajat dimana-mana juga tempat ibadat surau, masjid, markas, rumah, agar Allah lindungi kita dari wabak ini daripada terus merebak kerana hanya Allah yang mampu menyembuhkan dan menghindarkan, manusia hanya sekadar dapat berusaha.
8. Amalkan kebersihan diri dan rumahtangga serta makanan serta elakkan daripada diri kita menjadi punca kepada jangkitan kepada orang lain.
9. Kepada pihak berwajib, buatlah arahan agar masyarakat tidak mangli/leka dengan wabak ini agar disegerakan semua mohon keampunan Allah dan menyegerakan sembahyang hajat.

Tahniah para graduan dan KUIN.

Semalam ana berkesempata menghadiri Majlis Konvokesyen Insaniah ke 11.
Agak terkejut dengan perkembangan KUIN sekarang ini, seolah-olah berada disebuah pusat pegajian antarabangsa luar Negara kerana apa yang kita lihat terdapat begitu ramai pelajar dari luar datang untuk menimba pendidikan disebuah pusat pengajian tinggi tajaan sebuah kerajaan negeri, Kedah.


Semalam ana berkesempata menghadiri Majlis Konvokesyen Insaniah ke 11.
Agak terkejut dengan perkembangan KUIN sekarang ini, seolah-olah berada disebuah pusat pegajian antarabangsa luar Negara kerana apa yang kita lihat terdapat begitu ramai pelajar dari luar datang untuk menimba pendidikan disebuah pusat pengajian tinggi tajaan sebuah kerajaan negeri, Kedah.
Tahniah diucapkan kepada kerajaan Kedah yang lalu yang telah memulakan institusi pendidikan Islam peringkat tinggi ini dan terus memantapkan lagi kursus-kursus yang diikuti dasamping ditambah dengan kursus baru yang lebih kontemporari sesuai dengan hasrat kerajaan Kedah yang ingin memartabatkan Islam dalam setiap aspek penghidupan manusia di Kedah Sejahtera ini.
Dari statistic yang diberikan , KUIN sekarang mempunyai lebih daripada 4000 penuntut dimana 611 orang adalah penuntut dari luar Negara , termasuk Somalia, China, Sudan, Singapura, Thailand dan banyak lagi Negara yang menghantar pelajar dalam jumlah yang sedikit. Apa yang menjadi satu kelainan semalam adalah bila dijemput pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama terutama dalam bidang bahasa Arab dan Syariaah, didapati ianya dimonopoli oleh pelajar dari Negara China. Ini kerana mereka ini belajar dalam bahasa Arab dan Inggeris.



Pada awal penubuhan, Insaniah menjalankan kursus 3 tahun dalam Negara dan 1 tahun di Al-Azhar Universiti, tetapi mulainya 2008, ianya menjalankan kursus sehingga keperingkat ijazah di KUIN sendiri. Bahkan pada tahun ini terdapat 140 pelajar yang mendaftar untuk lepas ijazah MA dan PhD.
Kursus baru iaitu Diploma Kejururawatan yang julung kali diadakan endapat kemasukan seramai 110 pelajar dengan kerjasama kolej MAHSA.
Sesuai dengan perkembangan ini, satu kampus tetap telah disediakan oleh kerajaan Kedah di Kuala Ketil ditapak seluas 832 ekar yang mampu menampung sehingga 20 ribu pelajar, besrta kelengkapan prasarana yang moden dan canggih.
Antara kursus yang ada disini adalah kursus ilmu islam saperti usuluddin, syariah, kewangan Islam, Takaful, perbankan, kejururawatan, multimedia dan insyaallh akan diadakan kursus sains perubatan dan pertanian moden.
Kita berdoa moga allah memberikan hidayah dan taufik kepada rakyat Kedah untuk melihat perkembangan ini dan seterusnya menjadikan Kedah bukan saja maju dibidang perindustrian minyak dengan wujudnya SULIHH di pantai Sungai limau yang akan menjana pelaburan sebanyak RM 35 billion nanti tetapi msnjadikan masyarakat yang bertaqwa kepada Allah dengan adanya system pendidikan yang mngajak manusia kearah melaksanakan hidup berlandaskan Islam.


Tahniah diucapkan kepada kerajaan Kedah yang lalu yang telah memulakan institusi pendidikan Islam peringkat tinggi ini dan terus memantapkan lagi kursus-kursus yang diikuti dasamping ditambah dengan kursus baru yang lebih kontemporari sesuai dengan hasrat kerajaan Kedah yang ingin memartabatkan Islam dalam setiap aspek penghidupan manusia di Kedah Sejahtera ini. Sudah 15 tahun rupanya Insaniah menabur bakri mendidik anak bangsa menjadi manusia berjiwa Islam dalam memenuhi tuntutan agama dan melaksanakan syariat Allah dimuka bumi ini.
Dari statistic yang diberikan , KUIN sekarang mempunyai lebih daripada 4000 penuntut dimana 611 orang adalah penuntut dari luar Negara , termasuk Somalia, China, Sudan, Singapura, Thailand dan banyak lagi Negara yang menghantar pelajar dalam jumlah yang sedikit. Apa yang menjadi satu kelainan semalam adalah bila dijemput pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama terutama dalam bidang bahasa Arab dan Syariaah, didapati ianya dimonopoli oleh pelajar dari Negara China. Ini kerana mereka ini belajar dalam bahasa Arab dan Inggeris.
Pada awalpenubuhan, Insaniah menjalankan kursus 3 tahun dalam Negara dan 1 tahun di Al-Azhar Universiti, tetapi mulainya 2008, ianya menjalankan kursus sehingga keperingkat ijazah di KUIN sendiri. Bahkan pada tahun ini terdapat 140 pelajar yang mendaftar untuk lepas ijazah MA dan PhD.
Insaniah juga diberi kelulusan untuk mengadakan kursus asasi pengajian Islam, asasi pengurusan perniagaan dan asasi sains.
Kursus baru iaitu Diploma Kejururawatan yang julung kali diadakan endapat kemasukan seramai 110 pelajar dengan kerjasama kolej MAHSA.
Sesuai dengan perkembangan ini, satu kampus tetap telah disediakan oleh kerajaan Kedah di Kuala Ketil ditapak seluas 832 ekar yang mampu menampung sehingga 20 ribu pelajar, besrta kelengkapan prasarana yang moden dan canggih.
Antara kursus yang ada disini adalah kursus ilmu islam saperti usuluddin, syariah, kewangan Islam, Takaful, perbankan, kejururawatan, multimedia dan insyaallh akan diadakan kursus sains perubatan dan pertanian moden.

Moga Allah yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian dapat dimanfaatkan oleh manusia itu sendiri untuk menyuburkan bumi ini dengan bakti dan khidmat kembali kerana Allah.

Kita berdoa moga allah memberikan hidayah dan taufik kepada rakyat Kedah untuk melihat perkembangan ini dan seterusnya menjadikan Kedah bukan saja maju dibidang perindustrian minyak dengan wujudnya SULIHH di pantai Sungai Limau yang akan menjana pelaburan sebanyak RM 35 billion nanti tetapi msnjadikan masyarakat yang bertaqwa kepada Allah dengan adanya system pendidikan yang mengajak manusia kearah melaksanakan hidup berlandaskan Islam, terus kekal Kedah Sejahtera insyaAllah.

Monday, August 3, 2009

Nak sokong lagi ?

One Malaysia, rakyat ditindas, syarikat diutamakan.
Memang orang kampong tengah mengamuk sakan marah sekarang ini. Kalau tahun lepas mereka bersorak gembira kerana kerajaan umumkan road tax motosikal yang orang kampong naik kekebun dan kepekan kena bayar hanya RM2 setahun dan insurance yang boleh diterima kadarnya, tetapi hari ini bagi yang mempunyai motosikal kapcai yang menjadi nadi penghubung mereka berusia lebih 10 tahun sudah melambung naik bayaran insurannya. Apa yang jadi masalah di One Malaysia ni adalah kalau tidak ada insurance maka tak boleh baharui cukai jalan, kalau tak baharui cukai jalan maka kena sangkut dengan pak polisi trafik la dan masuk balai la.

Bayangkan seseorang yang memiliki sebuah motosikal Modenas buatan Malaysia , sebelum ni mereka hanya bayar insuran RM 54 untuk insuran dan RM2 untuk cukai jalan, tetapi untuk tahun ni bagi motosikal berusia melebihi 10 tahun kebanyakan syarikat insuran sudah tidak menerima lagi dan terpaksa loading sampai 100 %, maka kena bayar insuran RM 94 dan cukai jalan RM 2. Daripada RM56 sudah jadi RM 96 . Apakah tujuan One Malaysia adalah untuk melariskan jualan motosikal ini ? Rakyat dibebani, syarikat ditolongi !

Inilah hadiah one Malaysia dan diharap rakyat dapat sekali lagi mengajar BN di Permatang Pasir apa erti kuasa rakyat, jangan lagi lepas ni rakyat ditindasi dan duit didahulukan, one Malaysia . Nampaknya lepas ni semua motor yang berusia 10 tahun keatas oleh kerana tak ada cukai jalan, masuk dalam pukat polisi dan berakhir dalam balai, lepas tu lupus. One Malaysia, tahniah PM kita tunggulah saat jatuh mu, Pengkalan Pasir akan buktikan.

Sunday, August 2, 2009

Awat ! depa juga langgar undang-undang!!


Sungguh hebat Polis di Malaysia ni sekarang, orang belum buat apa-apa depa sudah tau apa yang nak dibuat. Pukul 11 sudah tangkap orang dan alasan nak buat himpunan yang dihalalkan oleh perlembagaan. Memang rakyat tahu, ini semua arahan dari salah seorang anggota kabinet yang jaga polis lah, yang takut nak berdebat dengan Dato' Mahfuz masa dia jadi ketua pemuda PAS dulu dan auw, auw , auw.....jadi apa dah lupa dah.!
Mana law yang depa ikut tak tau, tahan dahla lebih dari 24 jam tanpa reman dan tangkap sebelum seseorang belum pun buat apa-apa benda pun, bahkan ada yang baru sampai dari Seremban di stesyen KTM KL dah kena cekup,kesian anak makcik tu,lepas ni jangan bagi peluang BN menang lagi mak cik noo. Kalau orang Soromban dah meluat kat BN, orang Rombau tak mau undi BN, orang Jolobu dah fedup dengan BN, nanti N9 akan jatuh ketangan PR, baru lah boleh kita buat yang tak terfikir BN nak buat, baru lah pegawai buat kerja senang tak la macam Menteri Agro tu kata tak boleh hadiri mesyuarat dalam negeri yang guna tanah dan air dari negeri pakatan tapi nak mesyuarat tak boleh, mana pi akai tak tau.
Ada juga Mak Cik dengan anak kecil remaja yang baru keluar dari membeli-belah di Sogo pukul 1.30 petang dah kena cekup, ni polis kerja tak pakai akai la ni, ni macam ada orang selalu sebut limau purut tiga serangkai, tak dak hati perut kurang akai.
Memang hebat Polis Malaysia sekarang ni di bawah DS Hishamuddin dan DS Najib, belum buat dema dah tau apa nak berlaku dalam hati seseorang, tinggi sungguh kasyaf mereka dua sepupu ni, maklumlah yang sorang tu baru dapat ilham didepan pintu Kaabah kut.

Kalaulah tindakan berani ni polis lakukan terhadap penjenayah ana rasa aman negara kita, belum buat jenayah dah tangkap mungkin taukeh emas dan para peniaga akan lebih sanjung polis kerana dapat cegah jenayah sebelum ia dilakukan , tidaklah apabila kes pembunuhan dalam lokap terjadi macam kes Kugan, sampai la ni belum didakwa orang tersebut, padahal ia berlaku dalam lokap. Tak kan tak jumpa siapa pelakunya, nak kena tubuh suruhanjaya diraja lagi ke macam kes mata lebam DSAI dulu tu baru tau siapa pelakunya, maklumlah kawan siasat kawan, you scratch my back, i scratch your back.
Memang dengan rakyat depa hebat la, pasai rakyat pergi demo yang sah dalam perlembagaan dalam keadaan tak bawa apa-apa senjata, tetapi dengan mat rempit kat KL pun la ni polis sudah mati angin sampai orang ramai sudah tak bergantung kepada polis lagi dah la ni nak benteras mat rempit terutama di KL, tunggu sampai depa sedar sendiri la , berdoalah kita semua . Harap-harap pak polisi kita juga akan sedar keterlanjuran mereka dan mohon maaf kepada rakyat semua.

Polis akui ramai nak hadir, pasai tu depa sekat rata cerok !

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Langkah awal polis mengadakan sekatan di setiap pintu masuk ke ibu negara berjaya menghalang perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dirancang berlangsung hari ini.

Tindakan pihak polis 'membendung' kemasukan penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu menggagalkan cubaan kumpulan tersebut untuk berkumpul dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Sekatan polis bermula sejak pukul 12 tengah malam tadi.

Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya.
Boleh tengok apa kenyataan yang dibuat dengan kenyataan yang terjadi, dunia boleh nilai tahap berita negara kita , pasal tu setiap tahun tahap kebebasan akhbar malaysia menjunam dan terus menjunam, sebab berita disiarkan sering tak betul.


Mereka berhimpun di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu seperti pekarangan pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka, stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.


Tindakan kumpulan terbabit tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa daripada berhimpun bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat bandar bahkan menyusahkan orang ramai yang ingin membeli-belah di sekitar kawasan berkenaan.

Beberapa premis perniagaan termasuk pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran kedegilan mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya terpaksa melepaskan gas pemedih mata, bom asap dan semburan air ke arah penyokong setelah mereka enggan bersurai.

"Kami mohon maaf atas kesulitan orang ramai. Ini bukan yang dirancang pihak polis tetapi direncanakan pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan banyak pihak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini

Inilah ulasan daripada akhbar perdana dan polis di Malaysia. Sapa yang tengok gambar pun dah boleh agak berapa sebenarnya jumlah yang hadir pada demo semalam. Tak kan kalau macam tu disatu tempat, maka jumlahnya hanya 5 ribu orang saja.


Tertarik melihat apa yang disebut polis, punca bukan dari kami, tetapi mereka yang tidak ikut arahan. Tetapi kita juga nak tanya polis siapa yang tidak ikut perlembagaan. Perhimpunan aman dibenarkan oleh perlembagaan yang dijunjung tinngi oleh sesetengah pihak termasuk UMNO dan polis serta pembangkang, tetapi siapa yang jelas melanggar perlembagaan. Kalau polis membenarkan perhimpunana yang dibenarkan oleh perlembagaan yang dibuat secara aman tanpa ada gas pemedih mata dan pancutan air asid, maka tidak perlu kedai ditutup dan kenderaan dapat berjalan dengan baik selepas hanya beberapa jam bukan buat sekatan sana sekatan sini dari 12 tengah malam sampai menyusahkan orang ramai.
Tertarik juga bila lihat gambar yang pro ISA berambut merah
nak tiru stail mat saleh tapi kulit sawo matang ,kalau mai nak relaks dan hisap rokok sambil borak macam ni baik tak usah mai pi relaks kat kedai kopi lagi baik, kenapa yang ni polis tak lepas gas dan pancut air, kerana jumlah tak sampai 10 orang. Tapi yang sampai 100 ribu tu, polis kata hanya 5 ribu saja, lawak betui depa ni, bahkan ada yang mendakwa nak mempertahankan ISA kerana nak jaga hak keistimewaan Melayu
/>yang dah banyak dilondehkan oleh UMNO selama ini, dari segi bahasa Melayu dan PPSMI, setelah dibuat demo oleh pejuang bahasa baru nak batalkan itupun lepas PRU 13 kalau BN boleh lagi menang mungkin tak jadi hapus, bagaimana BERNAS yang dah dipunyai oleh syarikat Hong Kong, dan yang menghapuskan imuniti raja-raja Melayu melalui krisis perlembagaan sekitar 80 an, dan tentang banyak peluang berniaga yang dinafikan kepada oarang Melayu yang tak sebulu dengan UMNO, hanya membela UMNOputra, bahkan pinjaman untuk PPRT dan TEKUN pun hak istimewa orang Melayu dinafikan oleh mereka kerana tak menyokong BN dan lihat Kelantan yang hampir 100 % Melayu pun dinafikan hak royalti bukan kerana jarak tetapi kerana Melayu ni tidak menjadi penyokong BN.
Ana tertarik amat bila kenyataan media kata pendemo hanya 5000 orang, tapi mengikut analisa yang dibuat pemerhati bebas polis yang berjumlah 5000 orang, kalau dibuat pemerhatian kasar dalam perbandingan begitu, memang angka itu boleh menjangkau 100 ribu orang. Bertuah polis 5000 org dapat pantau 100 ribu, bayangkan kalau jumlah ini nak pantau penjenayah, rasanya hancai habis .
Yang mengkagumkan, dilihat disini ramai anak muda yang meluat dengan ISA ini, hanya set Perkasa dan Pewaris saja yang suka waris mereka kena tahan tanpa bicara kut.

Ka lau betul ISA nak jaga keselamatan negara, bawa Mat Sah dan yang lain bicara ke mahkamah dan nyatakan kesalahan mereka. Minta mufti keluar fatwa kurong suami tak bagi jumpa isteri selama 7 tahun tanpa alasan munasabah berdosa kah tidak.
Ayuh bersama kita benamkan BN sekali lagi di permatang Pasir.

Ziarah sahabat lama seperjuangan, moga cepat sembuh.

Hari ini kebetulan tidak ada program luar dan mesyuarat, maka ana meluangkan masa disebelah pagi dan tengahari melawat kawasan di kpg Lincan disamping menziarahi beberapa orang sahabat dan taulan yang diuji dengan musibah oleh Allah taala.
Di Kpg Chelong, Adik Mohd Izat bin Aziz, 14 tahun seorang remaja yang kemalangan lebih 3 minggu lalu baru saja keluar dari HSB setelah dibuat laparotomy kerana mengalami kecederaan diusus dan pancreas serta patah tulang rusuk dan paru-paru terhimpit akibat daripada kemalangan tersebut.
Sekarang Alhamdulillah, beliau sudah boleh makan dan nampak sihat, cuma saluran yang menghubungkan tiub dipankreas masik belum dibuang. Ana doakan moga beliau cepat sembuh dan dapat menyambung kembali pelajaran beliau di Sek Men Keb Sungai Tiang.

Apa yang agak sedinya ialah beliau baru saja kehilangan nenek tersayang 3 bulan lepas kerana kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Baling bersama keluarga kerana urusan menyelesaikan harta pusaka. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarhamah.

Di Kpg Lincan, ana dikhabarkan berhubung dengan masalah gangguan jalan ke kebun getah yang sering tenggelam kerana dilimpahi air hujan apabila ada sedikit hujan lebat disebabkan tidak ada jalan air untuk saluran air melintas , penduduk yang mempunyai kebun disitu memohon untuk memasang pembetong ( kok) sebanyak 6 buah, dan insyaallah ana akan berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka dalam sedikit masa lagi dan menyeru akan mereka bersabar buat sedikit masa ini. mereka menyeluh kerana sudah lama masalah ini dihadapi , tetapi ana tidak diberitahu berhubung perkara tersebut sehinggalah MKK Gelong Gajah memanjangkan surat kepada pusat khidmat baru-baru ini.

Semasa dalam perjalanan pulang, sempat ana singgah melihat seorang remaja yang kena tetak tangan kiri diparas siku sehingga nampak tulang oleh seorang yang kurang siuman di Kpg berkenaan . Alhamdulillah beliau sekarang berada dalam keadaan sihat walaupun masih berjahit dan berbalut disiku . Beliau merupakan anak kepada seorang ibu tunggal.

Di Pokok Asam, ana juga sempat menziarahi rakan seperjuangan didalam AJK PAS kawasan sejak sekian lama , En Ahmad Ishak , pernah menjadi AJK Kawasan Pendang dan Ketua Cawangan dan menjadikan tanah beliau sebagai tapak untuk didirikan markas PAS Pokok Asam dan dengan berbagai aktiviti berjalan sekarang ini termasuk kelas tuisyen dan kelas jahitan serta pengajian untuk muslimat. En Ahmad sudah lama mengalami masalah hilang ingatan dan sejak beberapa hari ini muncul kayap ( herpes zooster ) dibelakang leher beliau. Moga beliau cepat sembuh dan kembali sihat semula insyaallah.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.