Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 3, 2008

Sejarah akan berulang.

Ana tak mau kata apalah pasal polis report Saiful dan akuan besumpah Bala tu. Cuma biar kita serahkan kepada polis buat siasatan dan buat keputusan. Cuma yang jadi masalahnya adalah ketua polis dan peguam negara pun dah kena dibuat report polis terhadap mereka, buat kelentong masa kes 10 tahun dulu, alah masa sibuk usung tilam tu la. Sapa yang tak kenal yang usung tilam tu. Masa Dr M jadi PM la. Harap PM yang la ni tegas sikit suruh polis siasat tengok kedua-dua suasana ini, jangan bila yang RPK buat kata tak betul dan perlu masuk tong sampah, yang Saiful buat kata polis perlu siasat sampai keakar umbi dan yang bala buat kata semua fitnah. Itulah sebabnya Islam dah sebut awal-awal ni dalam surah annur ayat 4, sesiapa yang tuduh tanpa 4 saksi yang nampak macam alu masuk dalam lesong tu, kena hukuman qazaf yakni 80 rotan, kalau tak tunggulah balasan Allah di akhirat kelak.
Jadi ana harap kena sedarlah kita sebagai seorang Islam.
Kalau nak suruh polis siasat, siasatlah semua, tapi kalau polis nak siasat TPM, rasanya macam Anuar dulu kena suruh dia berhenti jadi TPM dulu, atau gantung tugas dulu atau bagi cuti barulah boleh polis buat kerja dengan senang, ni kalau nak siasat orang besar yang masih pegang tugas, rasanya polis pun kecut perut. Ala macam siasat kes ketua polis tumbuk muka Anuar dulu la, polis siasat KPN, mana nak berani, last-last bila tubuh suruhanjaya diraja, baru mangaku KPN yang tumbuk bagai nak mati kawan tu. Ini lah manusia kalau ikut hati dan jadikan pemimpin tu macam sesuatu yang agung perlu dihormati walaupun benda tu salah, akhirnya Allah akan hukum juga kita. Insaflah wahai hamba Allah.

Adakah HDC rampas hak MAI negeri keluar sijil halal.

10. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) sejak HDC ditubuhkan berapakah jumlah produk Halal yang disijilkan
dan dari negara mana produk tersebut dan jenis produk; dan
(b) apakah sebab ditubuhkan HDC dan peranan JAKIM dalam pensijilan
Halal ini, siapa dan bagaimana pemantauan dilakukan terhadap sesuatu
produk tersebut.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan S.K. Devamany]: Tuan Yang di-
Pertua, sejak ditubuhkan pada 18 September 2006, HDC Halal Development Corporation telah
mengeluarkan sijil halal kepada 38 jenis produk daripada syarikat multinasional di Thailand yang
meliputi produk berasaskan minyak dan lemak serta produk dandanan diri.
HDC telah ditubuhkan bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai Halal Hab
di dunia. Peranan Bahagian Halal Hab JAKIM pada masa ini masih diteruskan dalam
pengeluaran sijil halal Malaysia. Pemantauan pensijilan halal adalah dilaksanakan oleh Bahagian
Halal Hab JAKIM dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
DR. 1.7.2008
27
Pemantauan dan semakan adalah secara berkala sekurang-kurangnya dua kali dalam
tempoh salah laku sijil. Pemantauan secara mengejut juga dijalankan berasaskan aduan yang
diterima daripada pihak awam, terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pasal NCER hari itu masih belum jawab lagi
secara bertulis.
Soalan tambahan saya adalah penganugerahan sijil halal ini adalah sebenarnya adalah
hak Majlis-Majlis Agama Islam Negeri yang diturunkan kepada JAKIM. Sekarang JAKIMlah yang
memulakan pensijilan halal ini. Pada permulaannya HDC memohon geran RM25 juta kemudian
RM95 juta dan pada tahun ini dipohon RM600 juta untuk proses pensijilan halal ini.
Saya hendak tahu Majlis-Majlis Agama Islam Negeri manakah yang telah
menganugerahkan hab untuk mengeluarkan sijil halal ini kepada HDC? Itu sahaja terima kasih.
Tuan S.K. Devamany: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon maaf kepada Yang
Berhormat kerana maklumat mengenai negeri-negeri mana yang telah memohon proses itu saya
tidak mempunyai. Saya akan membekalkan dan saya mohon maaf NCER itu masih belum
diketengahkan kepada Yang Berhormat. Kami akan pastikan bahawa perkara ini akan dapat
saya sampaikan kepada Yang Berhormat. Namun untuk makluman Yang Berhormat,
proses pensijilan itu syarat-syaratnya memang mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh
JAKIM. Ini kerana pegawai-pegawai JAKIM yang diamanahkan untuk menjalankan proses
pensijilan yang sedia ada. Walaupun HDC menjadi peneraju kepada pembangunan halal hab
Malaysia yang berpotensi.
Contohnya pada 2007, kita mempunyai pendapatan sebanyak RM35 bilion. Maka oleh
kerana itu, EPU beranggapan bahawa industri ini yang kita telah pelopori, sehingga piawaian kita
begitu cantik sekali. Sehingga kita merupakan negara pertama yang telah meletakkan piawaian
mengikut sistemnya yang begitu jitu sekali. Sekarang ditiru oleh negara-negara lain seperti Turki,
Thailand, Brunei, Singapura perlu kita gunakan sebagai satu potensi perniagaan seluruh dunia.
Akan tetapi pensijilan itu jaminan telah diberi supaya semua pegawai daripada JAKIM itu
akan diamanahkan untuk menjaga proses-proses mengikut hukum-hukum yang sedia ada.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.
Tuan S.K. Devamany: Maklumat itu akan saya sampaikan kepada Yang Berhormat.
Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Bila itu, bila?

Tahniah pemimpin kita.

Menurutnya, Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa dia telah diliwat oleh Anwar.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.
Dia datang kerana mahu pertolongan dari saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Najib berkata, Saiful telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohonkan biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak bila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata: "Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

http://malaysiakini.com/news/85537

---

1) Kenapa baru sekarang Najib mengakui yang pernah bertemu Saiful baru-baru ni? Dulu hanya cakap pernah jumpa beberapa bulan lalu kerana hal biasiswa, tak pernah dicakap beberapa hari lalu?

2) Atas kapasiti apa Saiful dapat berjumpa semudah itu dengan Najib, di mana kita diwar2kan kena melalui banyak tapisan birokrasi kerana dia TPM?

3) Najib mengakui tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis? Hairan, bagaimana seseorang bila mengetahui orang lain menjadi mangsa jenayah, tidak menasihati mangsa itu membuat laporan polis? Jadi apakah yang dinasihati Najib?"

Ini ana petik dari Tranung kite, bukan ana buat sendiri.
Saudara boleh ulas sendiri la, cuma satu nak ucap tahniah kepada TPM kita
.boleh menjadi kaunselor sekarang ni
.boleh tolong sesiapa yang ingin mendapat biasiswa.
.apa masalah yang merunsingkan fikiran boleh mohon berjumpa TPM atau isteri beliau.

Tuesday, July 1, 2008

Penjelasan TPM terhadap ucapan PM semasa Mid Term review RM 9

Saya ingin menjelaskan bahawa pelaksanaan strategi-strategi di bawah teras ini tidak
menafikan atau dengan izin exclude peluang-peluang golongan lain. Dalam menangani
DR. 30.6.2008
43
ketidakseimbangan tersebut tumpuan teras ketiga diberi kepada tiga golongan yang masih jauh
ketinggalan dari segi pendapatan dan hak milik kekayaan iaitu:
(i) golongan bumiputera, pemilikan dari segi ekuiti dalam sektor korporat
19.4%, hak milik premis 15% dan pendapatan purata RM3,156;
(ii) golongan bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi hak milik sektor
korporat 3% dan pendapatan purata antara RM2,063 hingga RM 2,858;
dan
(iii) masyarakat India dari segi hak milik sektor korporat 1.1%, hak milik
premis 3.8% dan pendapatan purata RM3,799.
Berasaskan fakta tersebut strategi penyusunan semula hak milik telah menggariskan
langkah penting untuk meningkat penyertaan berkesan dalam ekonomi bagi golongan yang
masih jauh ketinggalan iaitu bumiputera, bumiputera Sabah dan Sarawak dan masyarakat kaum
India.
Walau bagaimanapun usaha ini tidak akan menjejas atau mendiskriminasikan golongan
kaum Cina dan golongan lain selaras dengan falsafah pembangunan negara yang berteraskan
pertumbuhan dengan pengagihan atau dengan izin growth with distribution yang kita telah
amalkan semenjak tahun 1970 lagi. Sebenarnya masyarakat kaum Cina terus mencapai
peningkatan dari segi hak milik sektor korporat iaitu 42.4%, hak milik premis sebanyak 76.1% dan
pendapatan purata sebanyak RM4,853.
Salah satu strategi yang tercatat dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Kesembilan ialah graduan bumiputera berbakat yang mempunyai idea kreatif dan inovatif akan
dibantu bagi mengkomersialkan idea mereka. Strategi ini menekan kepada pendekatan baru
yang akan diberi keutamaan pada bumiputera yang berbakat iaitu berasakan merit dan
keperluan.
Namun saya ingin menegaskan di sini pelaksanaan strategi ini tidak sekali-kali
menghalang usahawan bukan bumiputera meraih peluang-peluang yang sama yang tetap
terbuka kepada mereka.
Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan juga mencatatkan instrumen
penyusunan semula sedia ada bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi akan
dikaji semula. Ini termasuk garis panduan jawatankuasa pelaburan asing, prosedur perolehan
awam dan Akta Penyelarasan Pengindustrian 1975.
Ingin saya memberi penjelasan bahawa kajian semula instrumen berkenaan tidak
bermaksud untuk memperketatkan syarat-syarat penyusunan semula ekuiti yang boleh
menjejaskan pelaburan dari dalam dan luar negeri. Malah Akta Penyelarasan Pengindustrian
1975 telah melonggarkan syarat penyertaan bumiputera dan membenarkan pemilikan asing
sehingga 100% sejak tahun 1980-an lagi.
DR. 30.6.2008
44
■1210
Sementara itu, sebagai langkah ke arah liberalisasi ekonomi secara berperingkat
ataupun dengan izin, progressive liberalization untuk menjana lebih pertumbuhan garis panduan
jawatankuasa pelaburan asing atau FSI dengan izin, sedang diteliti supaya garis panduan ini
tidak dilihat sebagai penghalang kepada penglibatan sektor swasta dalam ekonomi. Peruntukanperuntukan
yang tidak sesuai lagi akan dimansuhkan supaya garis panduan ini lebih mesra, lebih
serasi dengan tuntutan pasaran atau dengan izin, market friendly.
Satu lagi strategi utama dalam menangani ketidaksamaan sosioekonomi ialah,
penyusunan semula guna tenaga bertujuan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi. Ketidakseimbangan guna tenaga di kalangan kumpulan etnik akan dikurangkan dalam
pelbagai sektor dan pekerjaan dengan meningkatkan penyertaan bumiputera dan bukan
bumiputera dalam sektor yang masih kurang penyertaan mereka. Oleh itu, sektor swasta digalak
mengambil lebih ramai bumiputera dan lebih ramai bukan bumiputera akan digalak untuk bekerja
dengan sektor awam. Adalah penting strategi ini dipantau bagi tujuan pemantauan ini, syarikat
yang tersenarai di Bursa Saham diminta bekerjasama melaporkan maklumat mengenai bilangan
pekerja mengikut kumpulan etnik. Dengan ini, kedudukan komposisi guna tenaga mengikut
kumpulan etnik di kedua-dua sektor awam dan swasta akan dapat dipantau. Kerajaan tidak
berhasrat untuk memaksa mana-mana syarikat awam atau public listed company, dengan izin
menambah bilangan guna tenaga bumiputeraTuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat mengelak dari realiti bahawa terdapat jurang
pencapaian yang masih ketara antara kaum negeri dan wilayah. Dasar dan strategi
pembangunan di bawah Teras Ketiga, merupakan usaha bagi mengecilkan jurang tersebut yang
mana faedah bukan sahaja akan dinikmati oleh kaum bumiputera, bahkan semua golongan
masyarakat yang masih memerlukan bantuan daripada kerajaan. Selaras itu, usaha untuk
menangani ketidaksamaan sosioekonomi akan diteruskan bagi menentukan pengagihan
kekayaan yang lebih saksama, dan penyertaan semua kumpulan kaum yang akhirnya akan
meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menjamin perpaduan negara. Terima kasih.

Monday, June 30, 2008

Kenapa ia konspirasi.

Ekoran peristiwa hari ini yang melibatkan report polis terhadap DSAI , kes liwat versi kedua ini, beberapa kemungkinan yang berlaku menyebabkan timbul bermacam spekulasi terhadap toeri konspirasi ini, antaranya
1.usaha untuk mengalih tumpuan rakyat daripada akuan bersumpah RPK berhubung isu Altantunya.
2.Melambatkan proses peralihan sokongan kepada PR oleh mereka-mereka yang akan bertukar parti.
3.Menjadikan DSAI sibuk dengan kes mahkamah versi kedua ini sehingga tarikh 16 September akan luput dan tertinggal.
4.Manjadikan negeri pakatan rakyat goyah dengan adanya pimpinan yang hilang kepercayaan kepada keadilan kerana pimpinan mereka yang kononnya melakukan kerja terkutuk itu. Seterusnya akan tumbanglah 5 negeri pakatan tersebut.
5.Kalau tak goyah, mungkin diadakan pilihanraya parlimen sahaja untuk PM mendapat mandat baru.Ini disokong dengan adanya arahan agar diadakan kajian bajet PR oleh SPR dan pegawai sementara PRU sepatutnya tamat tempoh pada 30 Jun dilanjutkan kepada tak tentu tarikh.
6. Kewibawaan Pak Lah sudah terjejas ekoran DS Najib terpaksa buat penjelasan atas ucapan kajian semula RM 9 oleh Pak Lah Khamis lepas, dan ini dikatakan oleh veteran MP sebagai tidak ikut peraturan hingga menyebabkan pembangkang walk out tadi. Ini bermakna Pak Lah tidak lagi berupaya untuk membuat penjelasan kepada rakyat didalam Dewan Rakyat tetapi Timbalan terpaksa buat penjelasan, bermakna TPM nampaknya oleh rakyat lebih berwibawa.
7.Setelah didesak, baru lah kerajaan berani menyatakan bahawa keselamatan DSAI adalah terjamin, itupun setelah beliau telah berlindung didalam kedutaan Turki kerana ada ugutan nak bunuh.
8. Dalam kes Akuan Bersumpah RPK, pemimpin negara kata tak betul, sampah , rubbish, tetapi dalam laporan Pembantu PKR, PM kata polis kena isasat dengan teliti.Biar polis siasat dengan telus , teliti dan tanpa gangguan, tapi dalam kes yang diatas tak kata macam tu pun.

Tanda Pak Lah tak berwibawa, TPM terpaksa buat penjelasan.


Sidang akhbar Pakatan dan MP PAS tadi tanda tidak setuju dengan apa yang berlaku dalam negara sekarang ini. Adakah patut handak ajak rakyat kembali kepada skrip lama 10 tahun dulu dalam keadaan suasana negara getir dengan berbagai masalah. Oleh itu satu lagi taktik konspirasi diwujudkan untuk mengalih tumpuan rakyat kepada keserahan dan keperitan kenaikan harga hinyak ekoran pengstrukturan semula subsidi bahan bakar yang akan menjaimatkan wangkerajaan 13.7 billion, kes yang telah dikatakan sampah oleh DS Najib iaitu perakuan bersumpah RPK pasal 4 orang yang berada semasa Mayat Altantunya dipasang bom, iaitu DS Rosmah dan Pakar C4 dan isteri serta kemaraan Pakatan Rakyat dalam menerajui kepimpinan negara dalam suasana Paklah Cukup lemah sekarang ini sehinggakan tadi DS Najib terpaksa berkelahi dengan pebangkang untuk berucap setelah tidak mengikut peraturan mesyuarat menurut YB Karpal, Mahfuz dan Lim KS . DS Najib terpaksa buat penjelasan kerana apa yang dibuat oleh Pak Lah Khamis lepas masih belum jelas dan menimbulkan banyak persoalan terutama kepada bukan Melayu tentang pengagihan kekayaan selepas pemimpin MCA tidak jadi mahu pertahan jawatan dan Ketua Pemuda MIC juga bertindak keluar dari MIC dan BN. Apa yang ana sedih dengan hujahann DS Najib tadi adalah bila dibaca statistik, semuanya orang Melayudan Bumi yang jatuh dok dibawah baik dari segi perkapita, pemilikan equiti dan bangunan setelah tamat dasar ekonomi baru dan setelah 50 tahun UMNO jadi PM , MB dan dibawah naungan payung DYMM Raja-raja Melayu. Kalaulah suasana ini diteruskan, ana rasa makin teruk orang Melayu terperosok menjunam kebawah kalau tak diselamatkan oleh orang lain selain UMNO.
Kami, Ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato� Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.

Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.

Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini.

Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.

Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan "Qazaf" terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari'at.

Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat di sebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kami, Ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan 'skrip lama' dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti.

Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini. - mns _

Sunday, June 29, 2008

Tebang balak, kalau tak bayar 100 juta ,janji tau, bila nak tunai.


Sabtu malam,ada taklimat berhubung dengan kemajuan yang dilakukan PAS dan pakatan dalam memimpin negeri Kedah Darulaman.(Kedah sejahtera).Apa yang mencuit hati ana adalah bila meneliti rentetan peristiwa yang berlaku sejak Kedah diperintah Pakatan Rakyat, ini lah kalinya serangan yang cukup kuat melanda negeri jelapang padi ini.
Semasa MB membatalkan ZIPY daripada mengambil 3000 ekar tanah sawah rakyat pun, tak sebegini panas dihenyak musuh, tetapi dalam kes membalak didalam hutan simpan ni, memang banyak pihak yang hentam Kedah.
Seingat ana, Peristiwa membalak dengan cara 'heli harvesting' ini telah dipopularkan oleh Dato' Syed Razak masa jadi MB dulu, dengan syarikat WTK dari Sarawak, memang ketika itu kita lah yang tentang habis-habisan, merosakkan alam sekitar dan mengganggu kawasan tadahan air untuk petani MUDA, orang P Pinang dan Perlis serta rakyat Kedah mendapat bekalan air.Lalu sebagai balasanya adalah janji kerajaan pusat ketika itu untuk membayar pampasan kepada Kedah sejumlah RM 100 juta setahun sebagai balasan kepada tindakan Kedah tidak menebang balak yakni mengekalkan kawasan tadahan air.Ini berlaku pada tahun 2003 kalau ana tak lupa la,kalau silap maaf.
Sebenarnya janji hanya tinggal janji, tidak ada pampasan yang dibayar selepas itu, tetapi oleh kerana kerajaan ketika itu BN pusat dan BN negeri, maka tak ada apa yang berlaku selepas itu.
Lalu kajian dibuat oleh kerajaan yang baru ni,mengikut andaian ana , mungkin hasil balak yang ada dihutan simpan sekitr 3 empangan ini, berjumlah RM 16 billion ringgit, pokok yang ada agak tua dan kalau dibiarkan terus, nescaya akan mereput dan tumbang dengan sendirinya, lalu difikirkan bagaimana nak keluarkan agar tak jadi reput dan habis begitu sahaja, tanpa memberi sedikitpun sumber kewangan kepada negeri, , maka kaedah tebang 3 pokok satu ekar sesuai diperkenalkan . Lalu sesiapa yang ada kepakaran diseru masuk tender, maka syarikat dari Serawak masuk dan ini yang sedang diteliti oleh kerajaan negeri berdasarkan nasihat daripada semua pihak, NGO, Jabatan hutan, alam sekitar dan sebagainya, maka kalau sesuai, bolehlah balak diambil, tapi kalau tak sesuai, maka hanguslah khazanah negeri itu didalam hutan tanpa diambil manfaatnya. Allah beri otak untuk fikir bagaimana nak dapat wang, tetapi kita kena berusaha untuk mengorek wang tersebut dengan ilmu yang Allah taala beri. Memang hutan perlu dipelihara, tetapi apakah sampai kita tidak ada wanag nak sara anak pun kita tak nak berusaha lagi, biarkan kita pokai, tetapi orang lain dapat air dari kita lepas tu boleh list syarikat dalam bursa saham hasil kita jaga takunagn air kita untuk mereka dapat faedah. Ini ana rasa sedikit sebanyak ulasan yang dapat ana buat hasil dari kesimpulan kes balak dihutan simpan tersebut. Tak tau lah ana cara mana yang terbaik untuk keluarkan balak yang bakal mereput kalau tak dibuang tu, dan hasilnya akan beri pulangan kepada rakyat Kedah juga. Cara mana nak ambil, itu ikut kepandaian dan pengalaman syarikat la. Tapi kalau kerajaan pusat sanggup bayar pampasan saperti yang dijanji dengan Syed Razak dulu, tanpa tebang hutan simpan air ni, lagi baiklah. Bukan banyak RM 100 juta setahun saja.

Dunia sekali lagi tertawa kepada Malaysia.

Hari ini ana terpaksa bertolak awal ke KL kerana ada taklimat berhubung dengan perbahasan mid term review RM 9 yang dibentang PM Khamis lalu. Kedatangan pada hari ini penuh dengan sms dan berita berhubung dengan dakwaan liwat kali kedua terhadap DSAI , kali ini dizaman cucu ulamak jadi PM. Kalau dulu cucu mamak kutty yang jadi PM, tapi kali ini berlainan. Kononnya ianya dilakukan oleh DSAI terhadap pembantu khas Parti Keadilan Rakyat yang datang menawarkan tugas membantu didalam PRU 12 lalu. Lalu dibuat repor polis terkena liwat oleh DSAI dan ini berlaku setelah Sdr Ezam Mohd Noor diterima masuk menjadi ahli UMNO dan terdedah gambar beliau ( Saiful) berada bersama dengan aide Dato Sri Najib, TPM. Satu yang terlintas dalam benak fikiran ana adalah isu ini dibawa untuk mengurangkan tekanan rakyat kepada perakuan bersumpah RPK terhadap kehadiran DS Rosmah semasa kejadian menimpa Altatunya sewaktu beliau di bom dengan c4. Ana tidak tahu kisah sebenar, tetapi itu perakuan bersumpah oleh RPK, dan PM kata dan TPM kata itu semua tak benar dan sampah. Tetapi ana hairan bila Sdr Saiful buat report kata kena liwat, maka dengan tegas Pak Lah minta polis siasat. Nampak ada dua approach yang agak kontradik disini. Walau bagaimanapun ana agak terkilan dan terkejut juga bila dapat berita ini, tak kan lah tak mahu belajar dari sejarah, yang dulu pun mahkamah tolak, tak kan nak reka kali kedua pulak. Tak takut azab tuhan ka, hukum khazaf yang ada tak tahu ka, tuduh orang tanpa 4 saksi dan kes macam ni kena 80 rotan ooo. Rakyat tentu tertawa dengan lakonan dan konspirasi kali kedua ini dan sekarang rakyat akan tahu pulak siapa yang berada dipuncak polis dan AG , kerana pelakon dulu dan sekarang terdiri dari mereka yang pernah tercacat nama dalam sejarah hitam tanah air, maka seluruh dunia akan sekali lagi mentertawakan negara kita. Kalau macam ni bagaimanakah FDI nak masuk dengan hebat berbanding negara besar kelemboi diselatan tanah air nun... fikir lah sendiri inikah bentuk pemikiran orang yang menerajui negara kita. Otak taruk mana ha..

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.