Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, July 30, 2009

Macam-macam ada di Kedah ni!!

Sehubungan dengan rancangan jahat ini,saya telah mengarahkan dua pegawai Khas tersebut mengambil mengemukakan tindakan mahkamah (saman fitnah/malu) terhadap pihak-pihak yang terlibat membuat tuduhan fitnah/ menyalahgunakan mahkamah sehingga mendatangkan kesan buruk/mencemarkan nama baik mereka, melibatkan pihak seperti berikut:
1. Peguam yang mendakwa mewakili CH Lim dan mengikrarkan afidavit palsu (En. Zul Azri Bin Abdul Khalil Peguambela & Peguamcara dari Tetuan Malek & Associates). Satu laporan lengkap juga akan dihantar kepada Majlis Peguam untuk mengambil tindakan kepada peguam tidak beretika seperti mereka.
2. Media yang menyiarkan berita/kes fitnah ini - TV3, Sinar Harian, Harian Metro, RTM, Laman Blog "Sungguhkaaa", dan lain-lain.
3. Pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan ikrar afidavit palsu.
4. Bekas pekerja CH Lim (Ong Choon Seng) yang mendakwa mewakili/rakan kongsi CH Lim.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang berkomplot membuat rancangan ini supaya menghentikan rancangan jahat seperti ini segera.

Itu Tulisan yang SU Politik MB Kedah buat hasil dari satu laporan yang dibuat oleh desperado politik yang ujud di Kedah la ni.
Mereka telah membuat berbagai cara dan repot polis dan SPRM setakat ni untuk memecahkan pakatan yang sedang memerintah Kedah untuk melihat ia terkubur dan mereka ingin melakukan macam apa yang telah mereka buat di Perak.
Dulu mereka kata EXCO ada buat kenyataan yang tak menyenangkan hubungan dengan Tuanku Sultan , habis berbagai cara dilakukan agar EXCO ni kena tetapi setelah letih dan jenuh Pak Polisi buat siasatan, tak ada pula yang kena tangkap atau dakwa . Lepas tu buat heboh pulak pasal pusat potong babi , riuh juga seluruh Kedah dan Malaysia hingga terloncat keluar sat DAP daripada ikatan PR, tetapi setelah diterangkan suasana sebenar yang berlaku, maka DAP pun faham dan suasana jadi tenang balik dan ikatan makin kuat sekarang ni, maka hantu-hantu malam ni cuba cari cara lain pulak untuk memecahkan ikatan pakatan rakyat ni.
Demo demi demo dibuat disana sini termasuk dikawasan ana mendesak supaya tempat potong babi ni dinafikan kepada yang berhak, bahkan dikawasan yang terletak nun jauh didalam estate dikejauhan kediaman manusia pun dema desak supaya dinafikan hak golongan bukan Islam ni. Tetapi bila ada pusat buat arak dan judi yang ada kasino depa ni tak pula nak buat demo mendesak ianya ditutup .
Bila habis tanah rakyat yang jadi hak Melayu di Alor Setar nu digadai oleh bekas pemimpin mereka, tak pula rasa depa nak buat demo. Depa ni saja jelous bila MB Kedah nak buat pusat penapisan minyak didalam laut sehingga dapat menyelamatkan 4500 relong bendang yang bakal digadai oleh MB depa dulu sehingga dapat membawa masuk RM 35 billion pelaburan dan menghasilkan RM 400 juta setahun kepada negeri Kedah. Jadi bebagai perkara dilakukan untuk mengambil alih Kedah termasuk pelaburan yang bakal mencurah-curah datang ni.
Hasil balak yang mereka hanya dapat kumpul 10 juta setahun telah dapat dipungut oleh Kerajaan Pakatan Kedah 35 juta setahun melalui tender , bukan anugerah terus, pasal tu depa ni sakit hati dan buat repot sana sini, insyaallah kita berdoa moga segala tohmahan ini dpt didedahkan oleh Allah, siapa yang benar dan siapa yang salah.

Bahkan heran juga ana bila baca fatwa peribadi yang dibuat oleh Sahibussamahah Mufti Perak tu berhubung dengan pegang lilin oleh YB Nizar , tapi tak pula baca fatwa beliau berhubung dengan letak bunga di TUGU Negara yang pernah diharamkan oleh Majlis Fatwa suatu masa dulu. Begitu juga dengan ulasan beliau berhubung dengan tahanan ISA yang mengurung dan memisahkan ibu dan anak dengan bapa tanpa ada alasan dan dakwaan didalam mahkamah. Haram ke dak yang ni.

Wednesday, July 29, 2009

Makanan kita orang luar control

Untuk renungan semua yang cintakan negara dan umat, petikan ini diharap dapat memberikan sedikit renungan dan iktibar kepada kita apa akan terjadi jika dasar liberilisasi yang sedang dirancang kerajaan satu malaysia sekarang ini terlaksana sepenuhnya!

Walaupun dalam keadaan ada kouta dan sekatan pun Hong Kong boleh kuasai makanan kita, bayangkan kalau USA FTA dan dasar liberilisasi ini terlaksana!

Berita Harian (29/7/09): Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong,

Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.

Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.

Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.

Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.

Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,

"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.

Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.

Sunday, July 26, 2009

Menyantuni vateran PAS yang uzur.

Ahad 19 Julai 2009.
Sebagai menghargai jasa mereka yang telah lama berjuang didalam PAS Pendang dan memajukan PAS khususnya di kawasan Kubor Panjang, maka pada Hari Ahad lepas, 19 julai, isteri kepada AP Pendang, telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kepada mereka yang sakit dan kurang berkemampuan bersama AJK Muslimat Pendang sambil menyampaikan sumbangan.
Seramai 10 bekas aktivis dan veteran PAS telah menerima kunjungan tersebut. Antara kampong yang dikunjungi adalah sekitar Kubor Panjang dan Pokok Asam.
Bagi bekas AJK PAS kawasan Pendang Ust Zakaria Hj Ahmad,

beliau cukup gembira diatas kunjungan tersebut sambil member nasihat agar amilin PAS meneruskan perjuangan kerana baginya UMNO sekarang sudah dalam keadaan sangat lemah dan inilah ketika dimana kita perlu melonjakkan sedikit lagi usaha agar mereka dapat diganti dengan PR sebagai pemerintah Negara ini pula.

Segala ketidakadilan yang dilakukan termasuk diskriminasi didalam pengagihan peruntukan kepada rakyat amat jelas berlaku semasa BN memrintah, contoh paling nyata adalah penggunaan bangunan milik Majlis Daerah Pendang dan dewan sekolah baik menengah atau rendah.
Semasa mesyuarat UMNO di Pendang baru-baru ni, 17 dan 18 Julai, mereka bebas menyewa bangunan dewan tersebut tanpa gangguan dan dimasa lain pula pihak PAS juga dibenarkan menggunakan dewan berkenaan asalkan membayar sewa tetapi semasa BN perintah, tobat lahum mereka tak membenarkan PAS menggunakan dewan tersebut. Itu hanya contoh kecil yang Nampak jelas dan boleh dinilai oleh rakyat, tetapi kezaliman lain yang sukar dilihat adalah pengagihan pembangunan dikampong terutama pengagihan bantuan saperti bantuan kemiskinan dan pinjaman tekun dan PPRT dan rumah mesra rakyat semuanya ada pertimbangan politik bukannya ikut keperluan atau kemiskinan penduduk.

Yang pelik dan ajaibnya menteri Pertanian baru-baru ni juga dengan jelas membuat kenyataan tidak membenarkan pegawai pertanian daripada menghadiri mesyuarat dengan kerajaan negeri Pakatan berkuatkuasa serta merta, kalau macam nilah cara, macam mana Negara kita nak maju dan dapat bantu rakyat. Kerajaan PR didalam tindakannya tidak pernah mengabaikan atau memandang dari parti mana mereka asalkan ianya merupakan tugas yang perlu dipikul, maka itu adalah hak mereka untuk menghadiri perjumpaan dan dalam hal politik, MB kata itu hak individu pegawai asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab .
Memang kita banyak kali menghadapi berbagai bentuk tekanan dan diskriminasi didalam menyalurkan bantuan kepada rakyat . Kalau kita rajin memasuki kampong sudah pasti kita akan dapati antara rungutan yang datang dari penduduk adalah ketidak puasan hati dalam mengagihkan prasarana asas kepada mereka , saperti mini tar dikampong, lampu jalan dan sistem perparitan. Ana sering menyatakan didalam parlimen bahawa untuk melakukan culaan memang tidak susah dikampong sekarang ni, kalau tidak ada mini tar, itu mesti rumah penyokong PAS , kalau ada itu UMNO, kerana mini tar sekarang ini buklan hanya diturap didalam kampong, tetapi sudah sampai ketangga penyokong UMNO. Lihatlah di Sawa Kechil, Kpg Mahawangsa, Pokok Asam dan banyak lagi Kampong di DUN Sg Tiang. Maklumlah peruntukan sebanyak 500 ribu setahun diberikan melalui dana daripada tabung PM kepada ketua bahagian untuk projek di sesuatu kawasan Parlimen. Perlu diingat dana tersebut bukan duit dari kocek BN atau UMNO atau gaji PM, tetapi adalah hasil kumpulan wang yang disatukan, yakni hasil dari duit negara yang dikutip dari komuditi negara dan cukai dari rakyat, saperti getah, sawit, minyak serta cukai langsung dan tak langsung.

Untuk antara perbualan dengan veteran PAS dalam kunjungan santunan veteran ini.
Moga mereka terus ceria dan dapat memberi pandangan yang cukup bernas dan menambah semangat kepada amilin parti yang baru berjinak dengan jamaah ini.

Sekolah integrasi Faizin


Sekolah Integrasi Faizin, sebuah sekolah rendah swasta yang terletak di Guar Cempedak telah terbakar salah satu blok bangunannya dua minggu lepas 10/7/09.
Blok tersebut menempatkan kelas, bilek guru dan pentadbiran. Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif penggiat pendidikan didalam usaha untuk memantapkan lagi didikan anak-anak didalam bidang akademik dan keugamaan sejak dari peringkat rendah lagi.
Pelajar terdiri dari murid darjah satu hingga enam . Asrama juga disediakan untuk mereka yang ingin anak berada diasrama dan ada juga yang berulang-alik .
Dengan musibah yang menimpa ini sedikit sebanyak gangguan didalam perjalanan pengajian telah berlaku dan ubah suai terhadap prasarana telah dibuat untuk menyambung kembali kelas pengajian .
Sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kedah, ana telah melaksanakan amanah untuk membantu sekolah dengan sedikit sumbangan kepada pengerusi pentadbir sekolah Ust Musaddak Ahmad.

Kepada penderma yang berhajat untuk melabur saham akhirat bolehlah mengirim cek kepada sekolah integrasi faizin, Guar Cempedak, Kedah.
Sama-samalah kita membantu agar segala kerosakan akhibat kebakaran ini dapat dibina semula untuk anak-anak ini dapat meneruskan pendidikan mereka dengan sempurna semula.
Pada masa ini, surau telah diubahsuai menjadi bilik kelas dan khemah didirikan sebagai surau sementara.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.