Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 10, 2008

Cuba pembaca sekelian perhati dan renungi apa yang telah di jawab oleh PM dalam parlimen ni, jumlah wang yang kerajaan terpaksa keluarkan untuk ketiga -tiga penasihat yang hampir expired ni , bukankah ini semua duit rakyat, kenapa harus dibazirkan begitu saja hanya untuk menutup mulut mereka yang dah tak diterima rakyat ni, aku kenal sapa Mid Man t, tanya MP Sik la, Cikgu Uda, adik ipar dia, ana biasa dengar dia ceramah kat budak-budak sek men agama sik satu ketika dulu masa anak ana belajar disitu, dia baca ayat quran , bermaksud bumi ni diwarisi untukorang-orang yang soleh, maksud nya kata TS Mid adalah untuk menceriakan bumi dengan jalan, lampuletrik, lebuhraya, taliair dan sebagainya, itu maksud orang soleh, ana fikir juga yang Samy Vellu dan King Yik adalah orang yang ceriakan bumi, jadi mereka tu orang yang soleh ikut tafsiran mid man yang dapat gaji bertaraf menteri sebagai penasihat agama PM tu.
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi dibidas kerana membelanjakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak RM1,134,401.40 setahun untuk menanggung tiga penasihat beliau. -->-->
Tiga penasihat ialah Penasihat Petronas Tun Dr. Mahathir Mohamad;Penasihat Agama Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Penasihat Khas Hal Ehwal Pembangunan Wanita & Sosial Dato� Shahrizat Abdul Jalil.
Dalam jawapan bertulis Abdullah kepada soalan lisan Ahli Parlimen Zulkifli Noordin (KeADILan- Kulim Bandar Baharu) menyatakan bahawa peruntukan seperti gaji, emolumen, elaun dan kos untuk penasihat Petronas itu berjumlah RM15,000-00 sebulan.
Ini tidak termasuk kemudahan yang disediakan seperti kos kakitangan, pejabat, logistik dan lain-lain yang tidak diberikan jumlahnya.
Manakala peruntukan untuk Penasihat Agama Islam pula ialah RM27,163.00 sebulan dan RM18,643.25 untuk gaji serta elaun kakitangan.
Bagi Shahrizat selaku Penasihat Wanita, beliau dibayar RM33,727.20 sebulan dan tidak termasuk gaji dan elaun kakitangan yang masih dalam proses kelulusan JPA.
"Ini adalah satu jumlah yang besar untuk menanggung tiga orang Penasihat yang tiada sebarang fungsi ataupun fungsi yang bertindih (duplicate).
"Sedangkan Abdullah sudah punya Lembaga Pengarah Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Agama Dato' Dr. Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Wanita & Sosial Dato' Ng Yen Yen untuk menasihati beliau dalam hal-hal berkaitan,"
Patutla BN kalah pun, banyak duit untuk rakyat yang dibazirkan tak tentu hala dan boleh digunakan untuk kebajikan rakyat, pasai tu bila PR kata nak buat negara kebajikan, ooi marah bukan main, kerana banyak suku sakat yang dah labuh duit tu.
Tunggulah jawab depan Allah taala esok.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.