Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 16, 2008

Dari mana duit untuk komisyen kepada POS Malaysia diambil.

Hari ini masuk perbahasan peringkat Jawatankuasa mengenai keperluan untuk meluluskan bajet tambahan berjumlah 20 billion ringgit . Ini perlu diluluskan pada malam ni juga , kalau tidak , tidak boleh digunakan duit sebanyak untuk perbelanjaan terutamanya dalam pengstrukturan semula subsidi minyak. Ana ada menyentuh pagi tadi dengan perbelanjaan 10 billion untuk subsidi dan 5 billion untuk rebat kepada pembayaran road tax untuk jenis kenderaan tertentu.
Ana berbicara tentang 5 billion yang digunakan untuk bayar rebat , hari tu masa menjawab pihak kementerian Kewangan kata komisyen kepada POS Malaysia masih belum ditentukan lagi dan berapa jumlah yang patut diberikan kepada setiap sen yang diberikan kepada setiap ringgit rebat masih dalam perbincangan lagi, oleh itu ana tanya adalah 5 billion ini termasuk juga komisyen yang akan dibayar oleh kerajaan kepada POS Malaysia, atau adakah jumlah ini perlu pertambahan lagi lebih daripada 5 billion.. Begitu juga dengan kes kouta untuk diesel kepada nelayan terutama di Kuala Kedah yang menghadapi masalah kenaikan harga diesel 43 % , kepada 1.43 sen daripada 1.00 sen sebelum ini. Apakah tidak boleh kuota ini ditambah lagi dan difikirkan supaya subidi ini ditambah lagi. Ana rasa jumlah RM 200.00 yang diberikan setiap bulan kepada nelayan sebagai bantuan bulanan dan 10 sen setiap kilo ikan yang dibawa balik supaya mereka tidak jual kepada orang tengah ditengah laut , ana rasa ini mungkin akan menyebabkan permainan harga yang mungkin dikenakan kepada nelayan kita dipantai , kerana ini sudah tentu akan melibatkan harga yang dibuat ditengah laut lebih mahal dari harga ikan yang dijual di tepi laut, kementerian memerlukan pemantauan dalam hal ini.
Juga ada ana sentuh pasal janji timbalan Menteri di JPM untuk menjawab soalan saya mengenai negeri mana yang telah memberikan anugerah mengeluarkan sijil halal kepada HDC sehingga kini , kerana ana masih belum mendapat jawapan itu lagi. Juga ana tanya pasal perlunya JK peringkat menteri dalam merencanakan Iskandar Malaysia , kerana daripada jawapan Menteri kepada saya tidak ada syarikat Singapura yang melabur dalam IM setakat ini, jadi apakah peranan Menteri dalam JK peringkat menteri ini memberikan nasihat atau memantau projek yang akan dilaksanakan dalam negara kita terutamanya di Johor.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.