Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, August 27, 2008

ADUN lebih berkuasa dari Pegawai KEDA !!!


8. Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah menyatakan:-
(a) jumlah projek yang dirancang dan telah dilaksanakan oleh KEDA dalam
RMK-9; dan
(b) jenis dan jumlah projek yang masih belum terlaksana hingga kini dan
projek yang terpaksa ditutup dan punca penutupan.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II [Tuan Joseph Entulu anak
Belaun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pendang. Tuan Yang
di-Pertua, sehingga tahun ketiga, pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan, Lembaga
Kemajuan Wilayah Kedah ataupun KEDA telah melaksanakan 22 projek dalam pelbagai
peringkat pelaksanaan berbanding 23 projek yang telah dirancang untuk dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan.
Projek yang masih belum dilaksanakan merupakan projek pembangunan vendor bantuan
machine yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2009. KEDA juga tidak mempunyai sebarang
projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan yang terpaksa ditutup atau ditangguhkan
pelaksanaannya.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
terima kasih Timbalan Menteri. Di antara salah satu projek KEDA yang memberi faedah langsung
DR. 21.8.2008
12
kepada rakyat ialah perumahan KEDA. Di tempat saya ada dua perumahan KEDA ini iaitu di
Lahat Tunjung dan juga di Tanjung Setol, Junun. Baru-baru ini pada bulan April, dibuka
perumahan KEDA ini untuk rakyat yang miskin, tidak mempunyai rumah dan di jalankan
penyiasatan dan ditemu duga dan mereka ini dipanggil untuk kursus induksi di Pusat Latihan
KEDA di Sik.
Apa yang malang, setelah mereka ini mengikuti kursus, 13 orang daripada mereka ini
telah dikeluarkan daripada senarai. Saya bertanya kepada pihak pengurusan KEDA, adakah ini
merupakan prosedur biasa dan mengatakan ini bukan biasa. Setelah induksi, mereka ini akan
dimasukkan di dalam projek perumahan KEDA tersebut.
Jadi pertanyaan saya, adakah penyiasatan perlu ataupun akan dilakukan oleh pihak
kementerian kerana saya mendapat fahaman daripada mereka-mereka yang dikeluarkan ini,
ianya adalah campur tangan daripada Adun Sungai Tiang. Jadi saya harap pihak kementerian
dapat memberi jawapan kepada saya, apakah pihak Adun ini boleh mengatasi pegawai-pegawai
KEDA yang telah memilih orang-orang miskin ini untuk ditempatkan di kawasan perumahan
KEDA ini. Saya harap pihak kementerian dapat menjalankan penyiasatan, kalau tak dapat
jawapan hari ini, boleh bagi jawapan bertulis kepada saya, terima kasih.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat
dari Pendang. Jabatan ataupun kementerian ini dengan kerjasama lembaga atau pun
jawatankuasa yang tertentu dan dibantu oleh juga kerajaan negeri sendiri memilih siapakah
peserta-peserta atau pun orang-orang yang menerima bantuan yang dimaksudkan.
Sekiranya ada yang lari dari apa yang biasa kita laksanakan dan selepas komen dari
Yang Berhormat tadi kita akan lihat dan saya akan bagi tahu perkembangan yang seterusnya.
Terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita
semua tahu bahawa Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah bertanggungjawab
membawa pembangunan kepada kawasan-kawasan luar bandar. Saya mahu tanya dengan
menteri, adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membawa pembangunan melalui
kementerian kepada pekerja-pekerja estet yang dianaktirikan di negara ini di masa kini.
Dato’ Haji Lilah Yassin [Jempol]: Tak ada kena-mengena Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada kena-mengena.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ada Yang Berhormat. Saya tanya dengan
kementerian...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dia Menteri Sumber Manusia.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Tak ada, saya tanya Kementerian
Pembangunan Luar Bandar kerana ini bersangkut-paut dengan pekerja-pekerja di kawasan luar
bandar, estet-estet...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak ada kena-mengena.
DR. 21.8.2008
13
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat kena tumpu
agensi KEDA ini.
Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Sebab itulah tak masuk dalam Kabinet.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Menteri Luar Bandar.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Nanti, nanti pergi kursus, pergi kursus.
Yang Berhormat Padang Serai pergi kursus ya. Macam mana jadi Ahli Parlimen ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduklah Yang Berhormat.
Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: 19 September ini, Menteri Luar
Bandar itu.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Yang Berhormat Menteri, bolehkah mereka
membawa pembangunan untuk pekerja-pekerja ladang di kawasan luar bandar...
Dato’ Haji Lilah Yassin [Jempol]: Macam ini pun ada. [Ketawa]
Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua, soalan, soalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Di luar soalan, di luar soalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Duduk Yang Berhormat Padang
Serai, Yang Berhormat. Timbalan Menteri, nak jawab?
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tak payah jawab. Tak kena mengena.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tak kena-mengena, ya.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun: Tak apa. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tak payah jawab.
Tuan Joseph Entulu anak Belaun:... Yang Berhormat Padang Serai. Jawatankuasa
tertinggi telah dibuat, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri. Saya percaya soalan Yang Berhormat tadi sebenarnya adalah menumpu kepada orangorang
keturunan India ini, bangsa India.
Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang menteri dan juga ahli-ahli dari luar
kerajaan untuk membuat perancangan dan memberi penumpuan kepada isu-isu kemiskinan dan
pembangunan ekonomi orang-orang bangsa India. Sekian terima kasih.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Itu persoalan yang ana timbulkan pada 21 Ogos lalu, adakah patut bila KEDA dah pilih dan suruh depa pi kursus induksi, tapi bila sampai masa nak serah kunci si ADUn ni pi sekat , kononnya mereka ni sokong pembangkang. Ana pun heran, di Kedah ni sapa sebenarnya yang jadi pembangkang , dan yang dapat pulak tu sokong sapa. Dan yang paling pening, yang mintak tu tak ada rumah, miskin dan memerlukan kediaman, jika dah dalam senarai nak dapat, kita pi potong trip macam tu, bila masalah ni nak selesai, punyala tak dak otak orang yang buat nanya kat sesama manusia macam tu, moga Allah balas penginayaan mereka itu dengan ganjaran yang sewajarnya.
Ana nak minta hasil siasatan menteri tu bila ada peluang nanti agar kita tahu siapa punya kerja semua ni, tak kan tak serik lagi penolakan rakyat diatas ketidakadilan mereka selama ni.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.