Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, October 13, 2008

5 tahun gagal, 5 bulan akan laksanakan. Hebat Pak Lah.


Sejak Oktober 2003, jawatan PM yang disandang Paklah telah menjadikan beliau hak dan peluang untuk melaksanakan beberapa hasrat yang terpendam dalam naluri dan sanubari beliau yang kita rasakan cukup ikhlas , tetapi ternyata beliau tidak mendapat sokongan yang jitu dari sahabat dan rakan dalam kabinet . 3 teras utama hasrat dan matlamat bakal pesara PM ini adalah berhubung dengan rasuah, kehakiman dan integriti. Sepanjang 5 tahun yang lepas berbagai perkara berhubung kait dengan 3 teras tersebut telah diwar-warkan kepada rakyat, tetapi negara semakin menjunam jatuh didalam ketiga-tiga perkara tersebut kalau hendak dibandingkan dengan nilaian dan statistik dunia. Baru-baru ini Menteri yang menjaga kehakiman meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan pelaksanaan revolusi undang-undang. Begitu juga dengan teras yang lain, integriti dan rasuah . TI melaporkan bahawa negara kita semakin menjunam didalam persepsi rasuah ini dari tahun ketahun dan ini sudah tentu melibatkan integriti dalam negara kita juga turut menjunam jatuh sama.Kes video Lingan yang melibatkan campurtangan orang politik atasan negara dalam perlantikan hakim , walaupun sudah ada siasatan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat dan mengesahkan, tetapi sampai hari ini masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil, bahkan perlantikan dan penghakiman mereka ini masih lagi berjalan macam biasa tanpa ada apa-apa rasa curiga atas perlantikan mereka.
Apabila PM sedah menyatakan ia akan melepaskan jawatan pada Mac 2009, beliau baru berjanji akan melaksanakan semua tiga teras tersebut dalam masa berbaki 5 bulan ini. Inilah saya rasa salah satu 'mericle' perdana Menteri ini dalam melaksanakan misi reformasi dalam pentadbiran beliau, dalam susana 5 tahun tak boleh nak buta, tiba-tiba dalam masa 5 bulan beliau berjanji akan laksanakan. Satu janji yang perlu difikirkan oleh semua bahawa kemungkinan Mac 2009 bukanlah satu tarikh yang perlu difikirkan pasal perletakan jawatan beliau. Ana merasakan sesuatu strategi tertentu akan dilakukan untuk menggagalkan bakal Presiden menang dalam pemilihan dan sudah barang tentu janji kalau memang Presiden baru boleh jadi PM, apakah akan tercapai.
Bakal PM saperti yang ramai tahu , ada kes-kes tertentu yang boleh dikatakan menyimpan time bomb yang akan boleh diletupkan bila-bila masa saja untuk melanjutkan tempoh Mac 2009 tersebut?

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.