Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, October 5, 2008

Open House Eidul Fitri PAS Pendang 1429 H.




5 Oktober 2008.
Alhamdulillah petang tadi bermula dari jam 12.00 tengahari hinggalah jam 4.00 kami PAS Kawasan Pendang telah mengadakan rumah terbuka aidil fitri 1429 hijrah dan kali ini sempena dengan pemerintahan kerajaan PAS bersama Pakatan Rakyat di Kedah, pertama kali ianya diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang .
Kesempatan ini digunakan oleh PAS selaku pemerintah di Negeri Kedah ini, maka kemudahan yang ada perlu digunakan asalkan sewanya dibayar saperti yang ditetapkan, ini kerana sebelum ini yakni pada tahun dimana kita tidak menjadi pemerintah maka hak untuk menggunakan kemudahan ini dinafikan oleh BN yang memerintah ketika itu. Bagi kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah ini, sesiapa yang ingin menggunakan dewan ini boleh berbuat demikian asalkan membayar sewa dan masa kegunaan tidak bertembung dengan program yang telah dahulu dirancang disitu.
Ana berasa seronok kali ini kerana kami dapat mengadakan ditengah pekan Pendang dan ianya dihadhiri oleh berbagai golongan rakyat berbagai kaum bersama-sama menjamu selesa yang disediakan oleh pihak PAS Kawasan. Walaupun hari ini hari bekerja, tetapi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas mengambil kesempatan untuk hadhir kejamuan semasa waktu rehat tengahari.
Terima kasih ana kepada semua yang terlibat menyediakan juadah dan membuat persiapan sejak dari kelmarin dan kepada tukang masak yang menyiang daging sejak semalam dan memasak sejak awal pagi tadi untuk juadah nasi tomato pada jamuan tadi. Juga kepada muslimat dan amal nisak yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan hidangan serta unit amal yang menjaga kelancaran perjalanan majlis.
Kepada tuan DO dan Ahli Majlis serta kakitangan pejabat daerah ribuan terima kasih kerana membenarkan penggunaan dewan dan kesudian untuk hadhir. Kepada YB Dr Ismail EXCO Kerajaan Kedah yang sudi hadhir serta Man Letrik yang menyediakan PA system yang menceriakan majlis serta TK kepada semua hadirin dan tetamu yang datang memeriahkan majlis eidul fitri kali ini.
Kanak-kanak yang sudi hadhir dan disamping bergembira dengan juadah hidangan dapat juga menambah koleksi sampul berisi duit raya , harapan kita semoga duit raya kali ini dapat dikumpul untuk meringankn bebanan ibu bapa dalam menghadapi suasana keperitan dan peningkatan inflasi dalam negara mutakhir ini terutama menjelang musim bersekolah awal tahun depan. Walaupun Pak Lah hanya memberikan duit raya sekupang kepada rakyat jelata sempena hari raya baru-baru ni dengan menurunkan harga minyak , tetapi tak tergamak nak hulurkan sekecil itu , bahkan lebih daripada itu kepada kanak-kanak yang berkunjong pada majlis tersebut.

Segala kekurangan ana mohon maaf dan insyaalah kita akan adakan lagi ditahun depan sempena Eidul fitri kalau dipanjangkan usia.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.