Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, January 19, 2009

Serban atau topi keledar ?


Andainya ana seorang Haji atau Lebai, tetapi tak pakai serban , tetapi ana pakai topi keledar , dari segi hukum negara Malaysia, apakah ana bersalah dan boleh dihukum di Mahkamah, tetapi bagi seorang Islam, ana memang tidak mengikut sunnah Nabi saw.

Cuba lihat nukilan dibawah yang ana copy daripada blog Kedah lanie,

KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.

Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.

Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.

Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.

Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.

"Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.




Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.

Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.

Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. - mj

Ana sedikit keliru, kena hukum tu pasai dia bukan lebai tapi tak pakai topi keledar atau pasal memang salah tak pakai topi keledar, tapi bukanlah ada pengecualian kepada mereka yang pakai serban lalu tak payah nak pakai topi keledar, macam kaum Sikh yang pakai turban lalu mereka tak payah pakai topi keledar macam Dato' Suret Singh yang kata topi keledar perlu ada surat beranak tuh, lebih usia lima tahun, kena lupuskan, salah kalau pakai juga. Macamlah lupusnya ubat yang dijual dikedai ubat atau klinik.

Kalaulah hukum macam ni nak pakai, lain kali kerajaan kena buat satu kolum dalam KP menyatakan seseorang itu Haji ke, lebai ke dan Sikh ke barulah boleh dihukum bersalah atau tidak, sebab kalau dah mengaji pondok tu maknanya lebai lah tu, macam Dr M satu masa dulu Almarhum Ust fadhil kata bila dah pencen esok ,elok masuk pondok belajar ugama, maka ketika tu bolehlah dipanggil Lebai Tun Dr Mahathir, maka kalau bawa motor boleh pakai serban, tak payah atau tak salah kalau tak pakai topi keledar.




Atau pun macam Perdana Menteri yang kita sayangi ni, kalau macam ni naik motosikal memang tak payah pakai topi keledar dan polis pun tak boleh saman, kerana pakai serban dan beliau sudah bergelar Haji, tapi kalau mereka yang digelar lebai mana nak tahu bukti dia tu lebai pula ya? lain la kalau ada sebut dalam nama nya di KP tuh !

Atau pun macam Bapa Menteri yang jaga polis ni, kalau beliau naik motor macam ni tak perlulah pakai topi keledar sebab sudah pakai serban, atau hanya bila ada title haji atau lebai saja tak payah pakai topi keledar, atau kerana ada serban yang boleh melindungi kepala yang menyebabkan ia tak salah kalau tak pakai topi keledar.

Satu perkara yang ana rasa nak tanya Menteri Pengangkutan, berapa jumlah penunggang motosikal yang mati kemalangan yang pakai topi keledar, yang mati tak pakai topi keledar dan yang mati pakai serban ketika berlaku accident dalam negara kita ini.




Bagus juga sahabat kita nak masuk penjara daripada nak bayar duit kepada kerajaan RM 90.00, biar jadi pengajaran kepada semua bahawa undang-undang yang manusia buat ni memang macam sarang labah-labah, yang kecil kena yang besar selalu terlepas, sampai bunuh orang pun tak boleh cari siapa yang buat, last-last terlepas.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.