Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, February 23, 2009

Persoalan bomba sukarela-soalan tambahan 23/2/09

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Menteri dan juga kepada Yang Berhormat Sri Gading yang mengemukakan
soalan tadi. Saya rasa ini cukup penting kerana kita dapati bomba sukarela ini yang pertama
sekali sampai ke tempat kebakaranlah. Macam di tempat saya, sudah tiga atau empat kali
berlaku. Bomba sukarelalah yang membantu memadamkan kebakaran. Ini kerana jikalau
mengharapkan kepada bomba biasa, memang kenderaan mereka besar dan juga sukar untuk
sampai kerana jauh. Jadi kalau kebakaran sudah habis, barulah bomba yang digaji biasa
sampai.
Soalannya, saya hendak bertanya tentang kadet bomba di sekolah ini. Apakah hasrat
daripada pihak kementerian supaya mereka-mereka yang telah mendapat latihan dan bimbingan
daripada bomba ini, apabila mereka telah tamat ataupun habis pengajian, akan secara automatik
diserapkan ke dalam sukarela ataupun bomba biasa dengan insentif-insentif yang diberikan oleh
kementerian ini. Misalnya, kerajaan memberikan iaitu tolong membeli polisi untuk insurans
kepada mereka ini supaya mereka lebih berhasrat menyertai pasukan bomba. Terima kasih.
DR. 23.2.2009
4
Dato’ Seri Ong Ka Chuan: Terima kasih di atas soalan itu. Sebenarnya tujuan
mengadakan kadet bomba di peringkat sekolah dan maktab juga adalah kita hendak
kembangkan satu kerjaya di dalam bidang kebombaan. Di mana sekiranya mereka berminat,
apabila tamat pengajian mereka dapat menceburi diri di dalam bidang jawatan tetap dalam
Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ini memang adalah satu galakan. Sekiranya mereka menyertai dalam pasukan kadet di
sekolah, kita akan memberi keutamaanlah kepada mereka untuk diterima ataupun mungkin kita
akan memberi biasiswa dan sebagainya. Ini adalah kerana sekarang ini, pasukan bomba kita
sudah berkembang kepada aspek forensik. Jika kita perlukan kepakaran dan sebagainya, maka
kita juga akan memberi keutamaan kepada mereka yang pernah menyertai kadet bomba ini.
Begitu juga sekiranya mereka hendak masuk dalam pasukan bomba sukarela pada masa akan
datang, kita juga akan kenal pastikan orang ini pernah menyertai dalam pasukan kadet. Maka
kita akan track perkembangannya, kemudian kita galakkan mereka menyertai pasukan bomba
sukarela di tempat yang berhampiran dengan tempat duduk mereka. Itu sememangnya tujuan
kita.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.