Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, May 29, 2009

Program PEWANGI Pendang.

29 Mei 2009
Pewangi –Pertubuhan wanita prihatin Daerah Pendang telah mengadakan satu program pada 29 May 2009 bertempat di Surau Kampong Panchor Charok Kudong petang semalam . Seramai 30 orang telah dijemput untuk menerima bantuan dan sumbangan daripada Syarikat Era Edar
yang berpengkalan di Bandar Darulaman , Jitra, Kedah.
Syarikat Bumiputera Islam yang berstatus barangan halal ini telah beroperasi sekian lama yang terkenal dengan Examo 500 , untuk kecergasan minda dan berbagai lagi produk kesihatan berdasarkan peubatan homeopathy yang diasaskan oleh Allah yarham Prof Dr Azizan Ismail, seorang pengamal homeopathy yang disegani di Malaysia dan pernah menjadi pensyarah homeopathy di Rusia dan Germany.
Semalam, Isteri Allahyarham, Prof Dr Hamsiah telah sudi menyampaikan ceramah produk halal dan menyampaikan sumbangan kepada penerima yang dipilihn oleh JK MKK dan surau Kampong Panchor dan Charok Kudong.
Sebelum Majlis berlangsung, juga diadakan satu ceramah kesihatan oelh Dr Rahimah Sahit, isteri kepada YB Dr Mohd Hayati Othman, Ahli Parlimen Pendang tentang masalah kesihatan terkini di Kawasan Pendang sekarang ini iaitu penyakit Chikungunya .
Pihak Pewangi melalui Pengerusinya Ustazah Kalsom , mengucapkan terima kasih kepada pihak Era Edar atas sumbangan dan juga MKK Kampong Charok Kudong dan AJK surau Panchor serta semua AJK Pewangi dan semua individu yang terlibat didalam penganjuran majlis tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.