Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 29, 2009

Makanan kita orang luar control

Untuk renungan semua yang cintakan negara dan umat, petikan ini diharap dapat memberikan sedikit renungan dan iktibar kepada kita apa akan terjadi jika dasar liberilisasi yang sedang dirancang kerajaan satu malaysia sekarang ini terlaksana sepenuhnya!

Walaupun dalam keadaan ada kouta dan sekatan pun Hong Kong boleh kuasai makanan kita, bayangkan kalau USA FTA dan dasar liberilisasi ini terlaksana!

Berita Harian (29/7/09): Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong,

Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.

Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.

Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.

Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.

Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,

"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.

Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.