Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, August 11, 2009

Alahai, apo nak dikato!!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Padang Merdeka, Batu Pahat dalam waktu terdekat bagi melaungkan perkataan ‘pengkhianat’ terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tergelak sakan kawan ana bila membaca petikan diatas.
Nampaknya beginikah tahap pemikiran Naib Presiden depa ni , tu pulak dah jadi Menteri pulak tu la ni. Kalau tak silap ana dia nilah yang pangku jawatan Ketua Pemuda lepas DSAI kena tendang dari kabinet Dr M dulu. Tapi lepas tu seghot kepala macam kepala kora bila kena acah sikit, penakut piang.
La ni dah jadi Naib , nampak garang dan berani maklumlah jadi Menteri jaga tentera, tapi nampak macam otak dok dalam kepala lutut, atau kurang neuron bila dok dalam kepala betul. Dek kerana hanya nak kata khianat kepada seseorang, maka sanggup berhimpun , lepas tu mungkin dia rasa puas hati la kot. Bila balik pejabat, mula lah berkira agaknya berapa banyak tanah rezab Melayu yang tergadai di Johor akan dapat semula, berapa banyak rumah bangalow yang berharga 1/2 juta di JB akan dapat dibeli oleh orang Melayu, berapa ramai anak muda yang jadi penagih akan pulih, berapa ramai peniaga yang bukan kroni menjadi jutawan hasil tak khianat mereka, berapa ramai anak muda yang bersekolah aliran perdana yang pandai membaca jawi, berapa ramai murid yang mahir bahasa inggeris bila belajar Sains dan Matemetik dalam bahasa inggeris tapi lepas ni TPM kata nak hapuskan dah, berapa banyak Bank yang terpaksa tutup kerana orang yang tak khianat konon pinjam tak mau bayar walaupin sampai insolvansi terpaksa istihar muflis dan banyak lagi kalau nak tulis.

Apakah cerdik sifat begini, bila himpun, lepas tu kata pengkhianat, makan nasi bungkus, lepas tu balik. Apa tak dapat upah sekupang dua ke. Tak kan tak boleh claim kerana perniagaan rugi kut, itu pun kalau FRU berani bertindak sembur gas dan pancut air pemedih mata. ka dapat permit kot.

Rasanya tak kan Menteri nak laung khianat kepada seseorang pun polis tak boleh bagi permit. Kumpulan yang nak membela rakyat daripada dizalimi oleh akta ISA kerana tangkap dan kurung hingga 7 tahun tanpa bicara apa kesalahan yang jelas bertentangan dengan Islam sungguhlah tak boleh bagi permit. Kalau berkumpul secara aman tanpa senjata macam GMI buat tu memanglah tak boleh bagi permit kerana mereka bukan Menteri, tapi yang berkumpul nak laung khianat ni adalah untuk kepentingan negara. Polis memang boleh beri kerana ini adalah menepati Perlembagaan Malaysia. Akta polis mana boleh pakai dalam situasi ini kera ia tertakluk dibawah perlembagaan malaysia.

Dulu tak silap ana Menteri ni juga kata pegawai pusat tak boleh hadiri mesyuarat dengan kerajaan PR Perak, kalau tidak akan dikenakan tindakan. Lepas tu Menteri Pertanian pula buat kenyataan serupa, nampaknya memang Kabinet satu malaysia ni dipenuhi dengan Menteri-menteri yang kurang sel neuron didalam otak.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.