Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, October 28, 2009

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Soalan saya ialah di antara agensi kerajaan
yang bertanggungjawab untuk memantau kejayaan pertanian di luar bandar ini iaitu Majlis
Pertanian peringkat Parlimen yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian. Saya ingin
penjelasan daripada pihak kementerian, apakah agensi kerajaan negeri dilibatkan di dalam Majlis
ini dan apakah fungsi, peranan Majlis ini dan kenapakah semua Ahli Parlimen tidak dilibatkan
dalam Majlis ini untuk kita sama-sama menjaga kepentingan rakyat? Minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Ini walaupun luar
daripada soalan asal, tetapi oleh sebab telah dibangkitkan saya akan memberikan penjelasan.
Saya ingin menyatakan bahawa di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kita ada
mempunyai lebih 12, 3 jabatan dan 9 agensi. Oleh sebab agensi ini banyak dan kita dapati ada
juga berlaku pertindihan tugas di antara beberapa agensi, maka pihak kementerian telah
menubuhkan Agro Inn, ertinya semua pegawai ini kita satukan dan kita lantik seorang pegawai
untuk menyelaraskan projek. Itu di pihak kakitangan kementerian.
Untuk memastikan delivery system yang selalu dibangkitkan oleh rakyat termasuk juga
pembangkang terutamanya Kementerian Pertanian yang kita lihat begitu banyak subsidi, begitu
DR. 28.10.2009
4
banyak bantuan, untuk memastikan ia betul-betul sampai ke peringkat akar umbi, maka kita
menubuhkan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen di mana ahli-ahlinya terdiri daripada
kakitangan dan juga pegawai-pegawai agensi kementerian dan juga wakil-wakil daripada NGO’s
yang terlibat yang ada kepentingan di dalam pertanian seperti wakil peladang, nelayan, kelab
usahawan dan sebagainya. Maka saya selaku Menteri telah pun melantik Pengerusi-pengerusi
Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen ini untuk memastikan segala apa yang telah kita
rancang mengenai polisi ini sampai ke peringkat akar umbi.
Sebagai Menteri yang melantik pengerusi-pengerusi ini, pertamanya, sudah tentulah
saya kena melantik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional kerana Ahli-ahli Barisan Nasional
mempunyai dasar yang sama, polisi yang sama. [Tepuk] Jadi kerana itu bagi kawasan-kawasan
yang Ahli Parlimennya bukan Barisan Nasional, kita juga adil lantik penyelarasan penasihat
Parlimen. Jadi duit ini duit Persekutuan. [Dewan riuh] Ya, dengar dahulu! Ini Yang Berhormat
Tumpat, saya tak sangka jadi Setiausaha Agung sudah lama pun tak faham juga dasar kerajaan.
[Disampuk] Ya, tetapi pembangkang kena faham. Kita, pentingnya rakyat. Yang kita lantik ini
adalah jentera dan bagaimana duit ini boleh sampai kepada rakyat tanpa mengira fahaman
agama..
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Itu materialist.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Kalau kita lantik daripada pembangkang, nanti
duit-duit Kerajaan Persekutuan dia buat pencapaian. Dia akan kata, “tengok, ini duit yang diberi
oleh pihak pembangkang”.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Apa ini Menteri? Apa jawapan macam ini?
Apa jawapan macam ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat..
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Apa jawapan macam ini?
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang pentingnya ialah rakyat! Apa? Apa Yang
Berhormat Kuala Selangor?
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Apa jawapan macam ini Menteri? Tak
fahamkah federalism?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tak boleh macam ini Yang
Berhormat, tak boleh...
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Okey, saya nak fahamkan. Mekanisme kita ialah
kita menggunakan jentera Barisan Nasional. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat daripada
Kuala Selangor, saya boleh bagi kepada JKK. Dengan syarat lantik balik JKK yang dahulunya
dilantik oleh Barisan Nasional yang hari ini dipecat oleh kerajaan negeri.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Hari ini kita Ahli Parlimen... [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
DR. 28.10.2009
5
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tak boleh
berbahas macam ini Yang Berhormat.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Selangor,
Yang Berhormat, Yang Berhormat duduklah. [Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Saya kena jelas sekarang, pembangkang...
Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang Berhormat Kuala Selangor,
sabar.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang penting ialah rakyat. Yang penting ialah
rakyat. Bagi kita...
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar
suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yalah, kerajaan parti pembangkang
pun dia lantik orang dia juga. Yang kita lantik, dia tak ..
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat, ini soalan budak-budak. Ini,
soalan ini soalan budak-budak yang cuba berikan...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta maaf Yang
Berhormat Menteri, saya minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Yang penting ialah rakyat dan jentera kita.
Bagaimana duit kerajaan hendak disampaikan kepada rakyat?
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Yang Berhormat
Menteri, kenapa orang Ketua Bahagian UMNO dilantik?
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Mesti ada jentera kita sendiri! Kerajaan
pembangkang, kerajaan pembangkang ada negeri sendiri, ada peruntukan sendiri, gunalah
jentera sendiri. Tak faham-fahamkah? Terima kasih banyak.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Jangan tak faham Federalismlah!

Ni sorang lagi Menteri yang masih ada dalam zaman DS Najib la ni.
Bila kata menteri tak faham apa itu federalisma, mereka marahkan kita pula, tapi inilah tindakan yang mereka buat. Bila bercakap bukan main rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sampai nak keluar anak tekak PM tu, tapi bila sampai kepada menteri nak laksanakan, lain pula yang terjadi.
Ana rasa cara yang Menteri Pertanian yang baru ni buat, tunggulah masanya nanti perkara yang akan berlaku saperti apa yang telah dibuat oleh rakyat Kelantan masa krisis baja di Kelantan dulu. Last sekali habis semua terguling, insyaallah kita tunggu dan lihat apa yang akan rakyat buat bila berlaku masalah pengagihan beras dengan kupon kepada golongan miskin tegar dibuat dengan cara menteri ini melalui ketua bahagian dikawasan pembangkang akan menunggu bantahan rakyat nanti.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.