Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, January 11, 2010

Tak dak sapa yang tuduh aih!!

Jangan tuding jari kepada UMNO pasal isu yang meletup sekarang ini , penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald weekly tu la, kata PM DS Najib Tun Razak.
Kita tak nak tuduh siapa-siapa dalam isu yang hangat dan terkini ini, cuma beberapa persoalan muncul dalam pemikiran rakyat terbanyak sekarang ini.
Saperti yang kita baca dalam akhbar dan tengok dalam kaca TV , PM kata kita tak boleh halang rakyat nak demo dalam kawasan masjid.
Menteri Dalam Negeri kata kita tak boleh tegah rakyat nak buat demo membantah akhbar Herald weekly menggunakan perkataan Allah dalam akhbar mereka kalau buat dalam kawasan masjid , kita tak boleh halang mereka nak buat bantahan. Kata dia lagi, kerajaan tak teragak-agak untuk ambil tindakan termasuk ISA kepada yang terlibat.
Rakyat masih ingat apa yang disebut ‘op lalang’ , yang ramai kena berehat didalam Kemunting sana kes dia rasanya lebih kurang macam ni la, rakyat tak kata UMNO terlibat. Rakyat masih ingat-ingat lupa nama DS Najib dan Lee Kim Sai pada masa itu. Yang masuk berehat dalam Kemunting Mat Sabu, Mahfuz , LKS dan rakan-rakan depa. Ada yang pi bercuti di Australia, rakyat masih ingat lagi.
IGP mula-mula pun macam gayanya tak nak kata tak boleh juga, tapi bila ada kata-kata yang menyatakan kalau orang lain buat depa tembak air dan asid serta gas pembersih mata, maka barulah ketua polis ini kata depa akan bertindak jika buat demo juga. Memang nampak macam ramai yang pedih mata hari tu agaknya lah.
Kita tak kata UMNO terlibat, tapi rakyat tanya apasal Polis FRU tak kepong dan tak bawa gas pembasuh mata dengan lori hujan asid macam rakyat beribu berhimpun masa PPSMI hari tu. Hari yang sama juga depan kedutaan Mesir, awat uniform merah ini ramai yang berkumpul disana. Apakah mereka tersilap alamat antara demo yang dibuat didepan kedutaan Mesir lebih sensitive berbanding yang dibuat diperkarangan masjid dalam kontak hubungan antara kaum dan agama dalam Negara atau hubungan Israel dengan Mesir- Palestin yang seluruh dunia tengah marah tuh.
Agaknya kalaulah yang buat perhimpunan dalam perkarangan masjid Negara atau Masjid Kpg Baru diketuai oleh Mat Sabu ka, Dr Hatta Ramli ka, atau YB Azmin Ali ka, rakyat tentu akan tanya adakah sabahat uniform merah dan lori hujan acid dan pencuci mata nak mai ??
Rakyat tak kata macam DS Najib rasa tu, tak dak sapa nak tuding jari kepada UMNO pasal demo di masjid ni, tapi rakyat tengok yang arak kepala lembu hari tu pun tak ada juga nampaknya uniform merah mai , mungkin agaknya rakyat kata jumlahnya ramai sangat kut, sampai juta-juta orang yang terlibat dalam demo tu. Macam demo yang dibuat untuk desak PAS tarik diri daripada Pakatan di Selangor hari tu. Last-last bila cari nama dalam keahlian kawasan Gombak, kena buat laporan polis pasai cuba tipu rakyat kata depa tu ahli PAS.
Kesian juga, sanggup mengaku ahli walaupun tak jumpa dalam senarai, kot ahli kawasan lain kot, silap cari kawasan lah tui. Tapi kalau teringin sangat nak jadi ahli, apa salahnya isi borang dan masuk secara resmi. Boleh panggil RTM ke TV3 ke, siar secara langsung.
Rakyat tanya juga, sampai nak bakar gereja dan musnahkan gereja ni pasai apa. Kalau yang selalu buka kitab dan tadah kitab tu, rasanya rakyat faham bahawa memusnahkan tempat ibadat ugama lain tu berdosa, bahkan Mufti dan Tuan Guru pun ada ajar hukumnya haram. Bahkan masa Rasulullah berpesan kepada panglima perang Islam , masa berperang pun jangan bunuh wanita, kanak-kanak, sami atau paderi sedang beribadat ,jangan musnahkan tempat ibadat mereka , tapi kalau sanggup bakar dan cuba musnahkan tu, rakyat kata depa tu tak pernah buka kitab kot,atau ka tak pernah tadah telinga dengar tok guru baca kitab kut. Rakyat tak tuding jari kepada UMNO buat kerja tu aih.
Ana harap polis kita yang cekap tu dapat kesan dan tangkap segera mereka yang buat kerja tak berfaedah untuk keharmonian Negara dan agama ini dan humban mereka dalam lokap cepat supaya tak berlaku pula nanti bom masjid dan surau pula sampai nak sembahyang jemaah pun susah nanti.
Harap jangan lambat siasat macam siasat siapa yang bakar bendera di Terengganu hari tu sudah la. Ana pernah bertanya dalam parlimen pasal isu bakar bendera ni, SU dewan tolak soalan tu kata masih dalam siasatan polis lagi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.