Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, February 17, 2010

Gong Xi Fa Cai di Mentaloon

Suatu majlis yang julung kali diadakan ,kali ini untuk kaum Cina pula setelah AidilFitri diadakan selepas Puasa dahulu dan Deepavali untuk masyarakat India dan kini untuk kaum Cina pula diadakan. Seramai 400 orang warga emas dan mereka dari rumah kebajikan serta organisasi kebajikan untuk warga tua dari seluruh negeri Kedah telah menerima sumbangan daripada Menteri Besar Kedah.

Dalam ucapan beliau MB telah mengucapkan terima kasih diatas kerjasama ketua Komuniti Masyarakat yang bertanggungjawab menyampaikan hasrat kerajaan negeri didalam melaksanakan moto Kedah sejahtera yakni memberi hak kepada semua kaum yang menjadi rakyat negeri Kedah tetapi kerajaan tidak akan berkompromi didalam masalah agama .

Oleh itu beliau meminta kejasama semua pihak untuk sama-sama memajukan negeri Kedah agar semua dapat hidaup dengan aman dan harmoni tidak berlaku saperti sesetengah negeri yang lain.
Tahun ini adalah tahun harimau, datang selepas tahun lembu, walaupun nampak garang, tetapi kegarangan ini diharap dapat memberikan satu impak yang positif kepada rakyat dan bukan impak untuk merosakkan rakyat.
Setiap wakil rakyat yang mewakili kawasan masing-masing termasuk wakil rakyat angkat dijemput untuk sama-sama memberikan sumbangan kepada mereka yang layak menerimanya pada hari tersebut.
Moga program julung kali ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.