Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 7, 2010

Perbahasan kutuk Israel.

Hari ini bermulalah kembali sidang dewan rakyat sehingga 13 Julai 2010.
Parlimen pada hari ini juga telah membawa usul mengutuk Israel laknatullah yang dibentang oleh PM dan disokong oleh pihak BN dan pembangkang.
Beberapa persoalan dibangkitkan bukan hanya kepada Israel tetapi juga kepada pihak kerajaan yang nampak tidak berapa konsisten didalam penentangan kita terhadap rejim Yahudi ini dari dulu hingga kini oleh pihak pembangkang.
Ada beberapa perkara yang kita amat kesali saperti perlantikan APCO Worldwide sebagai penasihat imej pemimpin negara walaupun didalamnya terdapat diplomat dan bekas perisik tentera Israel, tetapi dijawab oleh Menteri Luar bahawa hanya 3 daripada 53 pengarah didalam syarikat ini rakyat Israel. Satu jawapan yang amat mendukacitakan kita.
Begitu juga kekecewaan kita terhadap sikap kerajaan Malaysia yang sihingga kini masih tidak mahu mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang pilihanraya Palestin, tetapi kita masih lagi memberikan pengiktirafan kepada Fattah yang kalah, maknanya kita membantu mereka yang kalah daripada yang menang dan dipilih oleh rakyat Palestine sendiri. Ana juga pernah membahaskan hal ini pada 4 Julai 2007 berhubung dengan kerajaan tidak mengiktiraf Dr Mahmud Zahar sebagai menteri luar Palestin ketika satu persidangan dinegara kita ketika itu.
Begitu juga dengan sikap kita didalam desakan kepada dunia semasa kita menjadi pengerusi OIC didalam mendesak dunia mengiktiraf negara Palestin dan ketidaksungguhan didalam dunia melaksanakan segala resolusi PBB dari dulu hinggalah kini hanya atas desakan kuasa veto Amerika .
Sikap kita semasa PM lepas yang membawa masuk pemain kriket Israel kononnya nak menunjukkan kepada mereka kesatuan kaum di Malaysia yang boleh hidup rukun dan damai sehingga ada rakyat kita yang terpenjara atas isu tersebut. Dan sekarang orang itulah kononnya se4dang membela rakyat Palestin diatas segala kekejaman Israel laknatullah tersebut, apakah contoh aman dan damai Malaysia ini sudah diterima dan dihayati oleh pemimpin Israel hasillawatan semasa bermain kriket tersebut.
Juga dibahaskan tentang sikap negara kita yang mempunyai perangai saperti Yahudi yang sanggup menyekat segala bantuan kepada rakyat Gaza dengan apa yang berlaku kepada rakyat di Negeri Kelantan dan sebelum ini Terengganu yang dihalang daripada mendapat royalti minyak dan lain-lain bantuan yang dijamin perlembagaan pun dilewat-lewatkan.

Israel ini sebenarnya merupakan satu bangsa yang tidak pernah patuh kepada perjanjian dan hasil daripada tekanan antarabangsa inilah sedikit sebanyak telah mengurangkan keangkuhan mereka kepada aktivits keamnusiaan ke Gaza pada ketika ini setelah mereka melakukan kesilapan dan kekejaman yang amat dahsyat kepada orang awam yang hendak memberi bantuan secara aman yang dijamin oleh undang-undang dunia.
Usul hari ini juga merasa bangga diatas usaha para aktivis ini membantu para aktivis dunia didalam memberi bantuan kepada sesama manusia dan umat Islam Gaza tetapi terhalang atas serangan pengganas Yahudi Israel ini.
Oleh itu gesaan terhadap badan dunia supaya hentikan permainan sandiwara agar Israel tidak lagi mempermainkan resolosi badan dunia yang diluluskan tanpa apa-apa tindakan keatas keengganan mereka mematuhinya , tidak saperti Iran yang yang dikenakan tindakan berbagai hanya kerana mempertahankan logi nuklear untuk tenaga letrik mereka.
Dibawah ini ana turunkan antara ucapan yang telah ana bahaskan semasa menyentuh isu hubungan Malaysia dengan kerajaan Palestin yang dipimpin Hamas ,tetapi diberikan keutamaan kepada Fatah oleh kerajaan Malaysia pada 4 Julai 2006
.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pendang.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya ingin
mengingatkan ada 30 minit untuk pihak Yang Berhormat. Jadi, ada lagi 14 minit..
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: …setakat 30 minit..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada 14 minit, kalau Yang Berhormat
nak ambil semua masa pun boleh, nak berikan kepada Seputeh pun boleh..
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: ..Okey,okey,okey..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: ..terpulang kepada Yang Berhormat.
Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Mengucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua,
dan saya dengan ini bangun untuk menyokong usul yang di bawa oleh Yang Berhormat bagi
DR.4.7.2006 93
Kubang Kerian berhubung tindakan ganas Israel ke atas umat Islam Palestin. Sebagaimana
yang kita tahu daripada sejarah Israel ini merupakan satu bangsa yang dilaknat oleh Allah
Subhanawatallah.
Saya ada beberapa keratan daripada pembicaraan pemimpin-pemimpin Israel yang
dipetik di sini iaitu General Shlomo Lahat pada Oktober 1983 beliau mengatakan, “We have to kill all the Palestinians unless they are resigned to live here as slaves,” iaitu salah seorang Datuk
Bandar Tel Aviv 1983. Kemudian di sokong oleh Perdana Menteri Ariel Sharon pada Oktober
2001, “everytime we do something, you tell me America will do this and will do that. I have to tell you something very clear; don’t worry about American pressure on Israel. We, the Jewish people are controlling America and that America knew it”, maknanya Amerika Syarikat sekarang ini sebagaimana yang diketahui tentang dicontrol oleh Israel dan Israel ini merupakan pengganas yang terulung di dunia ini. Bermakna kita sebagai negara umat Islam tidak boleh berharap kepada Amerika untuk memberi bantuan kepada Palestin.
Sebab itulah saya menyeru kepada Malaysia selaku pengerusi OIC dan juga NAM
supaya mengambil tindakan segera untuk menghadapi kemelut yang berlaku sekarang ini. Oleh
kerana seorang askar Israel iaitu Koperal Gilad Shalit yang diculik oleh - dikatakan sebagai
pengganas di Palestin maka 1/3 daripada menteri-menteri Palestin telah ditangkap dan ditahan
oleh askar-askar Israel. Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima oleh dunia
sekarang ini. Kerana Amerika merupakan salah satu daripada mentor Israel dan Israel juga
merupakan mentor kepada tentera Singapura di sebelah timur ini.
Sebab itulah apabila saya mempersoalkan tentang kerjasama tentera Malaysia dengan
tentera Amerika telah dijawab oleh Timbalan Menteri Pertahanan pagi tadi, ini merupakan satu
yang amat sedih bagi kitalah kerana selepas 11 September 2001, menurut jawapan yang
diberikan oleh Timbalan Menteri tadi sebanyak 58 buah kapal perang dan lebih 200 jet pejuang
dari Amerika Syarikat telah melawat Malaysia. Ini merupakan satu perkara yang saya rasa cukup menyedihkan kita kerana ketua kepada pengganas atau pun terrorist dunia ini telah melakukan banyak lawatan ke negara kita, dan kita harap Malaysia sebagai pengerusi OIC dan NAM perlu memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini.
Sekurang-kurangnya kita boleh memanggil pemimpin negara-negara umat Islam
mengadakan sidang tergempar ataupun perhimpunan melahirkan kutukan kita ke atas negara
haram Israel ini ataupun mendesak Bangsa-bangsa Bersatu mengambil tindakan yang tegas ke
atas negara haram Israel ini walau pun sejarah telah menggambarkan bahawasanya Israel tidak
pernah mematuhi apa-apa juga ketetapan yang telah ditetapkan oleh PBB. Pada masa ini kita
tahu Mesir sedang mengadakan rundingan dengan Israel berhubung dengan penahanan Koperal Gilad Shalit ini dengan pembebasan bersyarat yang diberikan oleh Hamas iaitu kepimpinan
Palestin sekarang ini. Dengan syarat Israel mestilah membebaskan tahanan-tahanan wanita
dan juga kanak-kanak yang dipenjarakan di penjara Israel tetapi ini tidak diterima oleh Israel.
DR.4.7.2006 94
Kesan yang diberikan kepada Palestin adalah serangan demi serangan ke atas kemudahan-kemudahan awam yang terletak di negara Palestin sehingga melibatkan mereka kehilangan
punca tenaga, kehilangan air dan juga sumber minyak yang digunakan oleh rakyat Palestin.
Satu perkara lagi yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh terutamanya Kementerian
Luar berhubung dengan jawapan yang telah diberikan baru-baru ini oleh Setiausaha Parlimen di dalam Parlimen ini menyatakan bahawa PAS telah menghina Hamas dengan mengeluarkan
Menteri Luar iaitu Dr Mahmood Zahar daripada perhimpunan yang diadakan baru-baru ini.

Daripada kepimpinan PAS sendiri saya ingin melahirkan rasa kesesalan di atas tuduhan tersebut kerana kita bukannya mengeluarkan Menteri Luar tersebut daripada perhimpunan tersebut tetapi Menteri Luar itu sendiri yang telah menghubungi PAS dan menyatakan ia tidak berpuas hati terhadap layanan yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Malaysia telah membenarkan bekas Menteri Luar untuk berucap dan juga
mengutuk dan menghina kepimpinan Palestin yang baru. Maknanya bukan PAS yang
menjemput dia tetapi dia yang hendak menjadi tetamu PAS dan PAS telah membawa beliau
sebagai tetamu kepada PAS
.
Jadi, saya harap pihak Kementerian Luar memberi perhatian di
atas perkara ini.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat sudah lari tajuklah.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada hubung kait dengan Palestin dan juga
Israel. Jadi, saya rasa itulah sedikit sebanyak yang saya hendak tambah kepada apa yang telah
dibawa oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.