Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, June 4, 2010

Program ziarah dan dialog di Kpg Bukit Choras Luar.

4 Jun 2010.
Petang tadi, sejak jam 5.30 petang , ana bersama pembantu ,SU Lajnah Kebajikan dan MKK Bukit Choras Luar serta SU Pemuda Pendang serta AJK Cawangan PAS Bukit Choras telah mengadakan sesi lawatan dan ziarah kepada beberapa orang penduduk dicawangan tersebut.
Program telah disusun lama tetapi oleh kerana kesuntukan masa dan beberapa halangan lain , maka hari ini baru dapat ditunaikan. Ziarah disebelah petang dan dialog dengan penduduk disebelah malam selepas waktu maghrib.
Beberapa orang yang sempat ana dan rombingan ziarah kebanyakannya ibu tunggal dan warga emas dan pesakit kronik yang tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak.Ada diantara mereka yang sudah lanjut usia dan menghadapi masalah penyakit lumpuh dan hanya berbaring diatas katil dijagai oleh isteri yang juga kurang berada , jadi mereka dalam kategori inilah rasanya memerlukan bantuan.
Ada seorang warga emas yang sudah berusia hampir 100 tahun , agak nyanyuk dapat ana ziarahi pada petang tadi. Warga emas tersebut bernama Che Puteh bt Mat Isa , dalam keadaan berbaring sahaja diatas katil , mengharapkan bantuan makan dan minum dari anak cucu kerana sudah terlalu uzur.



Kesempatan bertemu dengan pemuda di Kampong tersebut, ana juga menyumbangkan sebiji bola untuk kegunaan mereka sempena dengan demam bolasepak piala dunia sekarang ini.



Program dilanjutkan disebelah malam dengan majlis dialog yang juga disertai oleh EXCO kerajaan YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul , berligar disekitar hal kerajaan negeri, kepimpinan kerajaan, kemudahan untuk rakyat di kampong serta keperluan dan hajat rakyat perlukan dikampong serta sedikit sebanyak kemarahan kepada wakil rakyat dan kerajaan negeri. Secara amnya apa yang diharapkan adalah perubahan yang perlu dilakukan agar kerajaan yang ada ini dapat dibezakan dengan kerajaan dahulu.

" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5478958428739121106" />


Majlis dilangsungkan dalam keadaan harmoni namun ada beberapa soalan yang agak panas terutama dari golongan muda, namun apapun, dari program ini dapatlah disimpulkan bahawa ianya perlu diadakan selalu semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik melalui saluran tertentu.
Diharap segala keperluan untuk peringkat kampong, dapat disalurkan melalui permohonan daripada MKK di kampong tersebut , cuma diharap mereka dapat bersabar kerana kekangan yang dihadapi adalah peruntukan yang agak kurang .
Kita bedoalah agar rancangan yang diatur oleh kerajaan negeri dan projek yang dirancang dapat dilaksanakan dan berjalan mengikut jadual supaya ianya boleh menmbah dana kerajaan dan ini sudah pasti akan dapat mempercepatkan turunnya peruntukan keperingkat kampong.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.