Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, August 19, 2010

Sumbangan PIKAT di bulan Ramadhan..

Ramadhan diawalnya rahmat, dipertengahannya keampunan dan diakhirnya pembebasan daripada api neraka, hadis Nabi Muhammad saw.


Begitulah setiap kali tiba Ramadhan,maka berbagai bentuk bantuan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan sebagai memenuhi tuntutan sedekat di Ramadhan ini, siang tadi Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat PR Kedah telah mengadakan suatu majlis penyampaian sumbangan di Markas PAS Alor Setar Kedah di Batu 2 Tandop.

Ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang kurang berada telah diberikan sumbangan keperluan harian sebagai memperlihatkan keprihatinan mereka kepada golongan ini.
Ada yang sebak menangis kegembiraan menerima sumbangan tadi, maklumlah selama ini mereka tidak pernah dipandang sebagai anggota masyarakat yang layak menerima sumbangan.

Moga majlis ini dapat memberikan manfaat kepada semua terutama ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.