Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, September 15, 2010

Jamuan Eidul Fitri di Mentaloon.

Hari ini , majlis Jamuan Eidul Fitri YAB MB Kedah telah diadakan di Mentaloon.
Puluhan ribu rakyat jelata telah memenuhi perkarangan kediaman resmi MB yang bermula sejak 11 pagi dengan beranika jenis juadah disediakan untuk dimakan oleh para tetamu sekelian yang hadir memenuhi kawasan yang disediakan.
Berbagai ragam dan cara manusia dari segenaplapisan masyarakat dan golongan serta berbagai bangsa telah hadir menjamah jamuan yang disediakan kepada para tetamu .
Nampaknya pada tahun ini, sambutan agak lebih meriah berbanding tahun lepas , dan diharap acara ini akan menjadi satu atucara yang akan berkekalan selaras dengan berkekalannya kerajaan negeri pimpinan PR di Negeri Kedah dan insyallah negeri lain juga dimasa yang akan datang nanti.
Apa yang lebih meriah adalah ketika mana sampai masa untuk pemberian duit raya yang disempurnakan oleh YAb MB dan wakil rakyat lain.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.