Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, September 19, 2010

Jamuan Eidul Fitri PAS Parlimen Pendang.


Hari ini Jamuan Eidul Fitri bagi PAS Parlimen Pendang telah diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat di pekan Pendang selamat diadakan.
Kami selaku wakil rakyat bagi Parlimen dan DUN mengucapkan terima kasih kepada semua penyunjung dan juga petugas yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan majlis tadi dengan jayanya . Dengan bantuan AJK Muslimat , MKK dan AJK PAS Kawasan dan Pemuda maka para tetamu dapat menjamu selesa yang telah disediakan.


Banyak menu yang disediakan, antara yang menjadi tarikan tetamu adalah nasi tomato, satey, laksa, meehoon sup, teh tarik disamping ketupat dan lemang serta beranika jenis kacang dan buah-buahan.
Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MDP yang telah sudi memberi kebenaran menggunakan ruang didepan pusat khidmat dan juga canopy serta kerusi yang disediakan untuk para tetamu serta mereka juga telah mengambil balik canopy sebelum 5 petang dimana peniaga gerai makan pula akan menggunakan kawasan tersebut untuk perniagaan mereka dimalam hari .

Kepada tetamu jemputan Khas dari Pejabat Daerah , En Norizan, Pemangku Pegawai Daerah,Puan Maznim, Penolong Pegawai Daerah, En Abd Halim Setiausaha Majlis serta kakitangan lain, Penghulu dan ketua-ketua Jabatan yang hadir, diucapkan jutaan terima kasih.


Kehadiran tetamu yang ramai dan kemeriahan kanak-kanak mendapat duit raya amat menggembirakan AJK yang mengendalikan majlis pada hari ini.
Moga sambutan yang lebih meriah dapat diadakan pada tahun hadapan.Insyaallah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.