Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, September 26, 2010

Sejak bila lumba kuda ni wujud ha!

Bagus juga artikel ini, so ana copy dan paste disini, pasal kita masih lagi terasa panasnya isu judi bola sepak piala dunia masa sidang parlimen sebelum bulan Puasa hari tu, entah siapa yang desak maka senyap la sat isu judi bola yang sat kata dah beri lesen dan sat kata tak beri, tapi yang sahih ada wakil UMNo yang ada perlu beri lesen judi bolasepak piala duni tu kerana takut ada judi haram yang yang rugi kerajaan tak dapat hasil cukai.
Mentaliti pemimpin UMNO ini perlulah diberi penjelasan oleh LGE KM Pulau Pinang yang bukan Islam, rasanya dah cukup pengajaran yang diberi tu , maka tak perlulah lagi YB Ngah Koh Meng dari Taiping nak baca ayat judi itu haram dari al Quran pula, kut-kut la sipemuda UMNO yang di Penang sorang tu tak erti apa itu ayat judi tu haram kut? Rasanya ramai pemuda PAS yang boleh beri kuliah kepada si pemuda UMNO yang tak arif pasal judi sorang ini. Pelik juda , dia heboh pasai Lumba Kuda , kita pun nak tanya yang boleh aDA LUMBA KUDA dari dulu ,kini dan insyallah tak selamanya kalau PR perintah, adakah depa tu sedar ke tidak, yang mentekedarah selama ini hasilumba kuda tu siapadia sebenarnya ha? tanya mai sat dan tolong jawab sat?.
Ana paste artikel tu dibawah yang ana ambil dari Kedah lanie, TQVM Kedah la nie,jangan marah na.
Menurut Guan Eng, 90 peratus orang miskin tegar di Pulau Pinang adalah Melayu. Mereka diberi bantuan tetapi bukan dengan duit judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang seperti yang didakwa oleh Umno.

Guan Eng kata, dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh kepada orang Islam. Maksudnya, kalau duit itu pernah diterima sekali pun, ia tidak disalurkan kepada orang Islam.

Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang wujud semenjak entah bila. Pada zaman BN kuasai Pulau Pinang pun kelab itu sudah wujud. Umno pun tahu perkara itu.

Di utara semenanjung, orang Islam tahu mengenai kelab itu semenjak mereka kenal ‘Kalendar Kuda’. Itulah kalendar yang tergantung di rumah, sekolah, pejabat bahkan kadang-kadang di masjid pun ada.

Sampai sekarang pun kalendar itu masih ada. Samada ada kalendar itu dikeluarkan oleh kelab itu atau bukan, yang mustahak kalendar itu tetap ada jadual judi lumba kudanya. Menariknya, aturan kalendar itu adalah tepat termasuk tarikh hariraya orang Islam.

Zaman BN perintah Pulau Pinang dulu pun ada orang miskin tegar juga. Ada Islam dan bukan Islam. BN juga memberi sumbangan kepada mereka. Persoalannya, BN ambi duit mana?

Semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, tidak pernahkah kerajaan BN menerima duit daripada kelab lumba kuda itu?

Mustahil tidak pernah. Kalau duit kelab itu diterima pada zaman ini, tentu juga diterima oleh kerajaan sebelum ini. Kalau sumbangan kelab itu pernah diterima kerajaan BN, kemana duit itu digunakan? Adakah duit itu ada akaun berasingan?

Adakah tidak mustahil, kerajaan terdahulu juga pernah memberi sumbangan duit judi kepada orang miskin tegar zaman itu? Mungkin pada masa itu Reezal belum sedar, atau belum warak lagi atau belum teringat nak kata apa-apa sebab Pulau Pinang diperintah BN.

Ketua Penerangan Pemuda Umno ini macam kucing. Dia warak di depan orang. Di depan Guan Eng dia bukan main warak lagi. Mengapa dia tidak sewarak itu di hadapan Najib atau Muhyiddin?

Pernah atau tidak Reezal mempersoalkan Najib yang ‘sebat’ duit saman ekor? Mengapa Reezal tidak mempersoalkan duit saman ekor yang dikutip oleh kerajaan Najib, halal atau haram? Atau, sekurang-kurangnya sybubhat. Orang warak tak ambil duit syubhat.

Orang yang kena saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah. Mereka adalah tertuduh. Tertuduh tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Beban pembuktian terletak kepada pendakwa bukan tertuduh. Semua orang asalnya adalah bersih dan bebas daripada kesalahan.

Dalam kes saman ekor, tertuduh didenda sebelum dibuktikan bersalah. Adakah Najib sedar bahawa mendenda orang yang belum terbukti bersalah adalah suatu kesalahan?

Kalau orang yang didenda itu tidak bersalah bagaimana? Najib patut tahu bahawa tersilap membebaskan orang bersalah adalah lebih baik daripada tersilap menghukum orang tidak bersalah.

Justeru, adakah duit saman ekor yang terkumpul berjuta ringgit itu adalah halal? Kalau duit itu digunakan untuk memberi gaji polis, adakah polis menerima duit halal? Reezal pernah persoalkan perkara ini?

Tentulah ia tidak akan dipersoalkan kerana perkara itu dibuat oleh Najib. Reezal tidak perlu warak di hadapan Najib kerana dia kenal siapa Najib. Bukan setakat Najib, Rosmah pun naik hairan kalau Reezal tunjuk warak di hadapan mereka.

Dia hanya perlu tunjuk warak di hadapan Guan Eng kerana kalau dia tidak tunjuk warak di hadapan Guan Eng, kepada siapa lagi dia nak tunjuk warak. Nak tunjuk warak depan si dia itu dan itu?

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.