Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, November 1, 2010

Bahas bajet 26 dan 27 Oktober 2010.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat
Pendang.
7.19 mlm.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Saya mulakan dengan Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam
sejahtera dan selamat petang.
Dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri telah memulakan dengan
suatu yang kita rasa sedap didengar iaitu memulakan dengan Surah al-Qasas Ayat 77,
[membaca sepotong ayat], ”Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah
kepadamu yakni kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagian
mu, hari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi ini.”
1920
Akan tetapi apabila kita melihat daripada apa yang disebut oleh Perdana Menteri
dalam pelancaran ETP (Economic Transformation Program) semalam di mana beliau
mengatakan akan menambah kelab malam dan juga melonggarkan syarat konsert
penghibur antarabangsa melalui PUSPAL yang akan dipinda iaitu pada hasratnya pada
2014 akan menambahkan sepuluh kelab malam bertaraf antarabangsa yang akan
menghasilkan RM0.7 bilion daripada kemasukan pelancong asing. Saya rasa ini
merupakan satu contradict daripada ayat yang telah dibacakan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri tersebut.
DR. 26.10.2010
151
Begitu juga apabila kita melihat kepada laporan audit berhubung dengan Tabung
Haji. Saya merasa agak sesuatu yang sedih berlaku di sini di mana Tabung Haji
sekarang pada tahun 2009 mempunyai lebih daripada lima juta pendeposit dan
mempunyai RM23.59 bilion wang daripada pendeposit yang disimpan di dalam Tabung
Haji di mana menurut Laporan Ketua Audit Negara, lebih daripada RM435,850 wang
telah dikeluarkan tanpa persetujuan daripada pendeposit iaitu lebih daripada 113
transaksi daripada 56 akaun pendeposit iaitu daripada tahun 2007 hingga 2009 di mana
Sabah merupakan jumlah pendeposit yang duit mereka dikeluarkan tanpa izin ini iaitu
sebanyak 46 akaun berjumlah RM355,100.
Ini kerana berlaku pakatan di antara penyelia dan juga juruwang di pejabatpejabat
Tabung Haji. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian,
apakah ini selepas daripada Bank Islam dan juga Tabung Haji mengadakan kerjasama
yakni wang boleh dikeluarkan daripada akaun Tabung Haji melalui Bank Islam begitu
juga transaksi menggunakan internet dan juga transaksi menggunakan ATM daripada
wang Tabung Haji dengan ATM daripada Bank Islam Malaysia Berhad kerana ini
merupakan salah satu daripada harapan rakyat di kampung-kampung dan juga mereka
yang kita golongkan sebagai mereka-mereka yang menyimpan wang untuk persediaan
mereka menuju ke tanah suci. Apakah perkara-perkara ini boleh dibiarkan berleluasa
kerana ini merupakan teguran daripada AG yang terdapat dalam laporan pada tahun
yang lepas.
Kedua Tuan Yang di-Pertua adalah berhubung dengan iklan-iklan barangan
perubatan yang telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan termasuklah iklaniklan
daripada hospital swasta dan juga mereka yang mengiklankan barangan-barangan
perubatan. Ini kerana saya rasa sebelum ini kita tidak benarkan, kementerian tidak
membenarkan iklan-iklan servis begini tetapi oleh kerana mungkin desakan daripada
pelancongan kesihatan dan juga hospital-hospital swasta yang ingin memberikan
perkhidmatan kepada pelancong luar, maka mereka telah membenarkan iklan-iklan ini.
Ini merupakan salah satu daripada perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak
kementerian kerana banyak barangan perubatan ini yang diiklankan tetapi kita merasa
risau, merasa begitu apa yang diiklankan itu mungkin tidak bersesuaian dengan apa
yang sepatutnya berlaku kepada barang-barang yang diiklankan. Contohnya barangbarang
perubatan yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kronik yang
sebagaimana yang kami pelajari bahawa penyakit kronik tidak dapat disembuhkan tetapi
dapat dikawal atau dikontrol misalnya darah tinggi dan juga kencing manis.
DR. 26.10.2010
152
Itu penyakit yang simplelah, kita tidak bincangkan lagi dengan penyakit end
stage urinal failure kah ataupun liver failure, kegagalan hati dan juga kegagalan buah
pinggang. Ini perkara ini sering kita dapati di iklan-iklan di akhbar dan juga di stesenstesen
televisyen dan juga kalau internet ini memang kita tidak boleh kawal tetapi yang
boleh dikawal oleh pihak kerajaan, saya rasa ini perlu diberi perhatian. Ini kerana kalau
orang-orang di kampung melihat iklan-iklan begini, mereka mengatakan kalau
kegagalan hati pun boleh dirawat macam biasa, maknanya ini satu perkara yang saya
rasa rakyat mungkin tertipu dengan apa yang diiklankan hasil daripada kelonggaran
yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Begitu juga dengan apa yang berlaku, saya rasa kementerian perlu memberi
perhatian terhadap pembangunan ataupun upgrade hospital-hospital yang saya nampak
sudah pun terlalu lama. Kalau PNB kata bangunan dia 30 tahun pun nak buat pencakar
langit seratus tingkat, Warisan Merdeka kerana sudah berusia 30 tahun tetapi kalau
Tuan Yang di-Pertua pergi ke hospital bersalin, mungkin Tuan Yang di-Pertua tak
bersalin ya tetapi isteri bersalin, pergi ke hospital bersalin. Saya pernah bertugas tahun
1983 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur dan baru-baru ini saya pergi ke situ saya lihat
perubahan seolah-olah tidak ada langsung.
Kalau tahun 1983 saya bertugas sebagai pegawai perubatan di situ pesakit
datang tidur di atas lantai beralaskan tilam yang nipis dan juga kanvas, sekarang pun
perkara yang sama masih lagi berlaku di situ. Apakah dengan jumlah RM212 bilion ini
tidak boleh kita salurkan kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur? Bandar raya Kuala
Lumpur, pusat pentadbiran negara yang kedualah selepas Putrajaya. Apakah ini tidak
boleh kita berikan upgrade kepada Hospital Bersalin Kuala Lumpur kerana ia
merupakan salah satu daripada pusat untuk melahirkan rakyat negara ini walaupun
apabila kita lihat di dalam hospital bersalin tersebut ramai rakyat daripada kalangan
rakyat Indonesia dan juga mereka yang tidak menjadi warganegara Malaysia pun lahir di
situ. Bila lahir anak duduk atas lantai beralaskan kanvas dan juga tilam, tidak
hygieniclah kita kata. Jadi saya rasa ini perlu diberi perhatian oleh pihak Kementerian
Kesihatan.
Begitu juga dengan institut radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear. Ini
merupakan salah satu daripada pusat rujukan yang merawat kes-kes barah. Barah ini
merupakan penyakit yang paling meningkat, paling naik dia punya peratusan pesakitnya
mutakhir ini, mungkin disebabkan oleh suasana kehidupan kita, suasana makanan kita.
Alam sekitar kita menyebabkan perkara-perkara ini boleh berlaku dan pertambahan ini
DR. 26.10.2010
153
merupakan sesuatu yang tidak menggembirakan kita. Akan tetapi apabila pesakit ini
bertambah, pusat radioterapi, onkologi dan juga perubatan nuklear tidak nampak
berkembangnya.
Kita mengharapkan Pusat Kanser Negara yang telah dipecah tanahnya pada
tahun 2007 untuk mengambil pesakit ataupun merawat pesakit. Selepas 30 bulan
dipecah tanah tapi sampai sekarang tidak berlaku perkara yang kita harapkan. Jadi saya
juga ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah punca sebenarnya Pusat
Kanser Negara kita ini tidak dapat disiapkan walaupun Yang Berhormat Pokok Sena dan
juga Yang Berhormat Machang telah menyentuh tentang harga yang meningkat
daripada RM340 juta kepada RM960 juta itu, saya tidak mahu bincang bab itulah.
Saya harap perkara ini dapat diberi jawapan oleh pihak kementerian kerana
Pusat Kanser Negara ataupun institut radioterapi ini sudah tidak boleh menampung lagi
pesakit-pesakit kerana ia merupakan pusat rujukan daripada Utara, daripada Selatan,
daripada Timur dan juga Barat. Di Utara mungkin kita boleh merujuk kes ke
Mount Miriam Cancer Hospital, itu hospital swasta yang merawat kes-kes kanser tetapi
di bahagian tengah dan juga bahagian Selatan. Di bahagian Selatan, di Melaka ada satu
pusat kanser. Itu pun dikendalikan oleh pihak swasta. Jadi maknanya pesakit terpaksa
membayar apabila mereka ingin mendapat rawatan di pusat kanser di Melaka tersebut.
Jadi saya harap pihak kementerian memberi perhatian terhadap Pusat Kanser Negara
ini. Janganlah biar ianya dijangkiti oleh kanser juga. Saya tak mahu pusat kanser
dijangkiti kanser sampai mungkin lima tahun, enam tahun lagi tidak boleh digunakan
oleh pesakit.
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan di tempat saya. Kita mempunyai
sebuah hospital yang baru, Hospital Sultanah Bahiyah. Apa yang saya rasa mungkin
tidak kena, tidak tepat dengan apa yang dihasratkan oleh pihak Kementerian Kesihatan
iaitu pusat tabung darah di Hospital Sultanah Bahiyah. Sepatutnya tabung darah ini dia
perlu berada di hospital sebab apabila kita memerlukan darah, kita kena pergi ke pusat
tabung darah tersebut dan mengambil darah untuk melakukan operation ataupun keskes
emergency tetapi tabung darah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ini ia
terletak di Hospital Alor Setar yang lama iaitu lebih kurang lima kilometer daripada
hospital yang telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah ini. Mereka mengatakan
pusat tabung darah ini boleh menerima dan memproses darah di situ tetapi sepatutnya
pusat untuk menerima darah, ya, boleh berada lima kilometer jauh tetapi pusat untuk
DR. 26.10.2010
154
memproses dan juga memberikan darah kepada pesakit sepatutnya berada di hospital
tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sambung esok Yang
Berhormat.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya sambung esok,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
sidang Dewan hari ini disambung pada pukul 10.00 pagi, 27 Oktober 2010.
11.33 pg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera. Saya
ingin menyambung perbahasan berhubung dengan apa yang saya ulas semalam
iaitu berhubung dengan tabung darah. Saya ingin bertanya kepada kementerian,
DR.27.10.2010 33
setakat ini berapa peratuskah darah yang dikumpulkan oleh tabung darah ini
dilupuskan, disebabkan oleh tidak digunakan?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
Ini kerana apa yang saya sentuh semalam adalah berhubung dengan tabung
darah di Hospital Sultanah Bahiyah terletak jauh daripada kompleks hospital itu
sendiri. Ini menyukarkan kerja-kerja doktor ataupun pegawai perubatan untuk
melaksanakan tugas di unit A&E, unit surgeri dan juga unit O&G. Jadi, saya harap
kementerian kalau boleh memberikan perhatian terhadap letaknya tabung darah
yang jauh daripada kompleks hospital. Begitu juga dengan senarai-senarai mereka
yang menderma darah daripada kumpulan-kumpulan nadir iaitu kumpulan “RH-, B”
dan juga senarai nama mereka yang dikumpulkan dalam biometrik sistem di dalam
negara kita ini, supaya senang untuk kita mendapatkan bekalan darah daripada
kumpulan nadir ini.
Keduanya, dalam perbahasan pada hari saya ingin menyentuh tentang IPTS,
perubatan swasta ini kerana banyak keluhan yang ditimbulkan oleh sahabat-sahabat
yang menjadi pensyarah-pensyarah di IPTS terutamanya di unit perubatan IPTS ini
berhubung dengan perebutan pensyarah-pensyarah. Ini kerana ada antara IPTS ini
tidak mempunyai pensyarah yang cukup. Ada sesetengah IPTS itu dia kata ada dua
orang sahaja pensyarah tetap. Yang lain menjadi rebutan antara IPTS-IPTS
perubatan ini.
Jadi, saya berharap perkara ini perlu diberikan perhatian oleh Kementerian
Pengajian Tinggi kerana untuk mendapatkan seorang pengamal perubatan ataupun
doktor yang kompeten mestilah mempunyai pensyarah yang tetap, pensyarah yang
juga kompeten, tidaklah bertukar di antara sebuah IPTS dengan IPTS yang lain.
Kadang-kadang mereka terpaksa juga mengambil doktor-doktor ataupun pensyarah
daripada Kementerian Kesihatan untuk memberikan tutorial di IPTS-IPTS ini.
Ini merupakan satu daripada masalah kerana wujudnya, tumbuhnya IPTS
bagai cendawan selepas hujan sejak mutakhir ini. Mungkin mereka ini akhirnya
apabila mendapat latihan daripada IPTS ini, mereka tidak mempunyai skil yang
sepatutnya terdapat pada seorang doktor ataupun pengamal perubatan tersebut.
Saya hendak beri contoh di sini. Misalnya kita hendak set grade perkara yang simple
tetapi kadang-kadang mereka ini tidak dapat melakukan ataupun membuat lumbar
puncture.
Saya pernah memerhatikan ada antara mereka yang sampai sepuluh kali
buat... tiub, sepuluh kali dan sepuluh tiub yang kita gunakan, masih lagi tidak dapat
DR.27.10.2010 34
mereka capai hasrat untuk melakukan CPR. Maknanya, skil yang perlu diberikan
perhatian kepada mereka ini, kalau sekiranya pensyarah-pensyarah ini tidak ada
pensyarah tetap sebagaimana yang saya sebutkan tadi memang menjadi masalah
kepada doktor-doktor itu nanti.
Berhubung dengan soalan IPTS ini, saya juga ingin bertanya kerana dalam
ucapan bajet Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyentuh tentang RM15.2
bilion diperuntukkan untuk pembinaan hospital baru, latihan kejururawatan, latihan
doktor, bekalan ubat dan juga peralatan perubatan. Adakah di dalam bajet ini
Hospital Pendang dimasukkan? Ini kerana dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan
Menteri pada sesi Mesyuarat yang lepas mengatakan pertengahan tahun 2011 akan
diwujudkan ataupun dibina hospital di Pendang kerana saya hari-hari lalu di kawasan
tersebut, ditumbuhi oleh hutan, banyak binatang buas tersebut, hanya harimau
sahaja yang belum ada, yang lain semua ada berkumpul di situ. Gajah dan harimau
belum ada.
Jadi, saya harap kementerian dapat memberikan perhatian terhadap Hospital
Pendang yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tersebut. Ketiga
adalah tabung...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
Saya ingat Yang Berhormat, harimau semua sudah masuk Dewan. [Ketawa]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Sebelah sana mungkin. Di
sini belum ada. Tabung bantuan perubatan. Kalau kita lihat di dalam surat khabar
dan juga ada siaran dalam televisyen, rayuan untuk mendapatkan rawatan daripada
rakyat – saya rasa cukup sedih jugalah. Kadang-kadang meleleh air mata kerana
hendak membuat pembedahan jantung, anak yang dilahirkan congenital heart
defects misalnya, perlu RM30,000 atau RM40,000. Ibu bapa hanya bekerja di
kampung ataupun dengan gaji yang rendah. Untuk mendapatkan bantuan daripada
tabung bantuan perubatan ini saya rasa kerajaan perlulah memberikan perhatian
ataupun memberikan kemudahan kepada mereka. Kadang-kadang seperti bola yang
ditendang ke sana ke sini untuk mendapatkan bantuan daripada tabung bantuan
perubatan ini.
Saya biasa, ada antara ibu bapa pesakit ini yang datang, dia kata pergi ke
hospital, hospital suruh pergi ke jabatan kebajikan, jabatan kebajikan suruh pergi ke
JKKK, JKKK suruh pergi ke Penghulu dan akhirnya anak mati atas katil, tidak dapat
dilakukan pembedahan kerana tidak dapat menyediakan RM30,000.
Apakah salahnya tabung bantuan perubatan ini dimudahkan untuk rakyat
yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan terutama sekali rawatan di
DR.27.10.2010 35
IJN? Selalunya pembedahan jantunglah RM30,000 atau RM40,000 sampai RM45,
000. Mengapakah kosnya begitu tinggi sekali? Adakah kerana wujudnya pusat-pusat
perubatan swasta yang hendak merawat pelancong kesihatan ini, menyebabkan kos
ini terlalu tinggi? Kalau perubatan swasta, pusat perubatan swasta hendak rawat
orang luar yang datang dengan kos yang tinggi itu, hak mereka. Akan tetapi, di pihak
IJN ini saya rasa perlulah memberi perhatian banyak kepada rakyat kita yang
mempunyai masalah kewangan ini.
1140
Begitu juga dengan kemudahan rawatan jantung. Di sebelah utara itu KMC
ada tetapi swasta, yang kerajaan hanya Hospital Pulau Pinang. Saya mendapat
keluhan daripada pakar-pakar kita di sana kita tidak mempunyai banyak katil di
Hospital Pulau Pinang. Seluruh bahagian utara, Kedah, Perlis, Perak Utara, Pulau
Pinang hendak mengendalikan kes-kes jantung koronari bypass kah ataupun kita
hendak buat slanting kah? Ini masalah yang dihadapi oleh rakyat di sebelah utara.
Diharap pembukaan Pusat Jantung di Hospital Sultanah Bahiyah kita segerakan
kerana ini akan dapat memberi bantuan kepada rakyat di sebelah utara.
Seterusnya yang keempat, 300 barangan yang dihapus cukai oleh – yang
dibicarakan oleh Perdana Menteri dalam perbahasan ucapan bajet beliau pada 15
hari bulan hari itu. Saya mintalah bukan setakat seluar dalam, baju dalam, kelambu
dan juga selimut yang diberikan lupusan cukai tetapi barangan perubatan. Hendak
buat operation katarak misalnya, pesakit perlu membeli kanta – orang menoreh
getah mungkin sekarang getah mahal tidak mengapalah Tuan Yang di-Pertua tetapi
orang yang kampung biasa yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi. Satu
kanta RM600, kalau tidak buat tidak boleh nampak. Hendak bawa motosikal tidak
boleh, hendak kayuh gerek pun tidak boleh, hendak pergi ke ladang pun tidak boleh.
Hendak cari RM600 ini memang agak sukar bagi mereka.
Seorang Ahli: [Menyampuk] Gerek tidak faham, gerek.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Gerek tidak faham?
Basikal. Maknanya sepatutnya dalam 300 senarai barangan ini masukkanlah barangbarang
perubatan yang boleh diberikan kepada rakyat kita. Takkanlah kita hendak
membuka barang ini bagi pelancong datang untuk beli barangan di dalam negara
kita. Tidakkanlah pelancong hendak cari beg tangan hendak datang ke Malaysia,
hendak beli seluar dalam hendak datang ke Malaysia, hendak beli selimut datang ke
Malaysia, kelambu hendak datang ke Malaysia. Selimut, kelambu ini orang beli
sepuluh tahun sekali sahaja Tuan Yang di-Pertua.
DR.27.10.2010 36
Begitu juga dengan plat skru yang digunakan untuk kes-kes patah. Banyak
wang terpaksa digunakan oleh pesakit-pesakit. Kadang-kadang terlantar di hospital
sampai enam bulan. Kenapa pakcik masih belum boleh berjalan? Doktor kata
hendak bubuh besi, hendak masukkan besi, hendak bubuh besi. Dia kata kena ada
RM1,200. Maknanya inilah masalah yang dihadapi kalau sekiranya dilupuskan cukai
ya, Yang Berhormat Padang Rengas. Lupuskan cukai untuk barang-barang
perubatan ini saya sokong Yang Berhormat Padang Rengaslah. Saya harap perkara
ini perlu diberi perhatian.
Soalan yang saya tanya kepada kementerian, kepada kerajaan berhubung
dengan FTA USA ini. Kalau beberapa tahun lepas kita berbahas tentang FTA USA
ini di dalamnya ada diletakkan tentang patency ubat-ubatan sehingga 20 tahun.
Apakah USA FTA ini diteruskan ataupun tidak, kerana kalau sekiranya ini berlaku
saya rasa amat malang bagi rakyat kita kerana 20 tahun patency sesuatu ubat itu
akan dikekalkan sebelum kita dapat membuat ubat-ubat generik.
Ini kerana saya telah memberi contoh pada sesi yang lepas pada perbahasan
Parlimen ke-11 yang lalu. Berhubung dengan panadol sahaja misalnya. Kalau
sekiranya kalau kita mengekalkan patency sesuatu ubat itu, harganya 60 sen satu
biji. Jika sekiranya kita dapat membuat ubat generik kita boleh memberi dengan
harga 10 sen satu biji ya, Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya, ini tentang masalah kawasan sayalah. Mereka kata kalau hang
tidak bagi tahu dalam Parlimen ini balik ini kami tembak. Tembak dengan cap
pelurulah. Bukan tembak dengan peluru betul ya. Berhubung dengan jejambat di
Bukit Pinang. Kerajaan sekarang sedang – GAMUDA sedang membina double
trekking di situ. Saya merayulah kepada pihak Kementerian MOT ini Kementerian
Pengangkutan. Kami telah berbincang beberapa kali dengan MMC-GAMUDA ini
berhubung dengan jejambat di Bukit Pinang ini. Lebuh raya telah mengadakan
terowong. Petani-petani dipisahkan di antara rumah mereka dengan sawah
disebabkan oleh wujudnya lebuh raya, jalan kereta api tetapi masih lagi boleh
melintasi landasan kereta api yang ada sekarang sebab landasan kereta api itu
orang kata sempitlah.
Lebuh raya mengadakan terowong tetapi apabila double trekking ini bermula
dia akan bina tebing yang tinggi, jadi jentera bajak tidak dapat melintasi tebing
tersebut. Jadi perlu kepada jejambat dan minta mengadakan beberapa kali dengan
technician GAMUDA. Mereka berkata kalau sekiranya Kementerian Pengangkutan
meluluskan, kami boleh bina. Saya rasa kementerian boleh melihat apa yang dibuat
di Dewan Wawasan di Jitra. Di Jitra dia ada lintasan yang sempit tetapi mereka boleh
DR.27.10.2010 37
melakukan membuat jejambat dalam kawasan yang sempit. Saya rasa kaedah ini
boleh digunakan di Bukit Pinang ini supaya petani boleh membawa jentera mereka
melintasi double trekking tersebut.
Tuan Yang di-Pertua kalau tractor itu mungkin dia boleh laju tetapi kalau jenis
kubota tayar tiga ini hendak pergi sepuluh kilometer orang sudah siap bajak sawah
dua ekar, tiga ekar dia masih lagi berada di atas jalan raya. Jadi saya harap perkara
ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan ataupun kementerian.
Akhirnya, saya rasa yang kedua terakhir NCER ini pada Perdana Menteri
yang lepas Tun Abdullah mengatakan RM636 juta diberikan kepada NCER untuk
mengendali 33 projek. Saya nampak NCER ini mereka tidak melakukan, NCIA ini
tidak melakukan kerja-kerja yang digariskan di dalam NCER iaitu membaik pulih
saliran-saliran. Ini kerana yang kita dapati yang dibuat oleh NCIA adalah menurap
tepi-tepi sungai MADA. MADA korek sungai buat ban di tepi sungai, NCIA pergi turap
sungai habis semua kawasan yang tidak ada kampung pun di turap. Turap ini di atas
Kedah kata kelebuklah iaitu lumpur di tepi itu, sekali mesin padi lalu habis pecah.
MADA telah mengadu kepada saya. Siapakah yang hendak maintain ataupun
menjalankan pembaikan kepada jalan-jalan tar yang dibuat oleh NCIA ini. Ini kerana
apabila pecah MADA terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membaik
pulih jalan-jalan tar yang diturap oleh NCIA ini. Kita tidak mengatakan tidak boleh,
kita mengalu-alukan pembuatan jalan tersebut tetapi biarlah kawasan-kawasan yang
ada penduduk, kawasan-kawasan yang sesuai untuk di tar. Kalau kawasan yang
lembut itu cukup dengan letakkan – Tuan Yang di-Pertua ada banyak masa lagikah
tengok jam sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
[Mengangguk]
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Ada lagi insya-Allah. Jadi
saya harap ya pihak kementerian memerhatikan juga tentang...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih. Yang Berhormat bersetuju atau tidak daripada...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
Yang Berhormat masa tidak banyak Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Yes, sikit... Sikit lagi. Bersetuju
atau tidak bahawa peruntukan kepada NCIA itu lebih baik diberikan kepada jabatanjabatan
ataupun agensi yang sedia ada contohnya kepada MADA. Itu lebih baik
untuk MADA sendiri mengaturkan apa programnya sebab saya berjumpa dengan
pengerusi MADA baru ini di kedai bekas Menteri Besar Kedah. Saya kata apa tidak
DR.27.10.2010 38
buat itu, tidak buat ini. Dia kata hendak buat apa duit pun tidak ada. Jadi ini masalah
yang dihadapi oleh MADA sendiri.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:
Jawab dan gulung Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: 101.2% saya sokong apa
Yang Berhormat Pokok Sena kata itu. Sepatutnya, NCIA ini dia membesarkan tali air,
membina tali air ‘tertiary’ dan juga membersihkan tali air tetapi itu tidak dilakukan ya.
Saya harap pihak MADA pihak NCIA ini duduk semeja berbincanglah di Kedah ini
pengerusi NCIA ketua pembangkang itu yang agak susah sikit ini Tuan Yang di-
Pertua.
Kemudian, seterusnya yang akhir sekalilah, kes kecurian minyak di Lapangan
Terbang Subang ini. Ada pihak MAS memberi tahu saya mereka telah pun
melakukan report polis 066609 iaitu sebanyak RM1.3 juta telah di lebih bayar oleh
MAS kepada Petronas Dagangan iaitu dari Januari 2008 hingga Mei 2009. Sebanyak
800,000 liter minyak telah ditempah tetapi tidak tahu di mana minyak itu hilang.
Mereka telah buat report dan saya harap kementerian dapat menyiasat perkara ini
kerana yang menjadi mangsa kambing hitam adalah kerani di bawah tetapi mereka
yang berkereta besar, berumah besar, bergaji besar, beristeri besar terlepas.
Jadi saya harap pihak kementerian tolong beri perhatian kepada hal ini.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan Tuan Yang di-Pertua.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.