Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Friday, January 14, 2011

Akan selesaikah masalah?

Tempah 22 kompaktor baru, tingkat urus sisa pepejal
-UTUSAN-

YAN 14 Jan. - Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) menempah 22 buah kompaktor baru dianggarkan bernilai lebih RM5 juta bagi meningkatkan lagi tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Saiful Anuar Zainal berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima dua kompaktor tersebut yang ditempatkan di Unit Perkhidmatan Yan (YSU), manakala bakinya dijangka diterima pada hujung bulan ini dan awal Mac.

"Kompaktor baru ini yang mampu memuatkan antara lapan hingga 10 tan sampah untuk satu operasi akan diagihkan bagi penggunaan di kawasan bermasalah iaitu Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim," katanya selepas pelancaran dua kompaktor syarikat itu di pekarangan pejabat YSU, di sini semalam.


Pelancarannya disempurnakan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Zahari Ismail.

Dua kompaktor tersebut akan digunakan oleh YSU bagi operasi melibatkan laluan Yan, Yan Kechil, Tanjung Dawai, Sungai Limau, Dulang, Bukit Besar, Singkir dan Guar Chempedak.

Ia juga akan melalui sembilan kawasan taman perumahan di daerah ini dan 17 taman di Guar Chempedak.

Mohd. Saiful berkata, pembelian kenderaan itu yang berharga kira-kira RM250,000 sebuah bertujuan membantu syarikat berkenaan mempertingkatkan prestasi kutipan sampah berikutan lori lama yang sudah uzur dan sering mengalami kerosakan tidak lagi efisien untuk digunakan.

Katanya, kehadiran kompaktor berkenaan diyakini dapat membantu menyelesaikan masalah terlepas kutipan yang berlaku sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, selepas lebih setahun mengambil alih pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini dan Perlis, E-Idaman terus merangka strategi bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatannya.

Katanya, ia termasuk meletakkan papan tanda di laluan utama yang memaparkan jadual kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dijalankan syarikat itu.

"Masih ada penduduk yang tidak mengetahui masa lori mengutip sampah di kawasan mereka. Dengan adanya papan tanda ini, membolehkan penduduk mengetahui jadual kutipan sampah dan mengelakkan masalah terlepas kutipan," katanya.

Harapan rakyat bahawa maslah sampah tak dikutip sehingga berhari-hari dapat diselesaikan dengan adanya kompakter baru dan alasan bahawa lori rosak memanjang tidak akan kedengaran lagi selepas in ya wahai E Idaman. Kalau berlaku juga, maka kita harap pihak PBT diberi peluang balik untuk melaksanakan kerja sampah ini kerana semua staff E Idaman adalah dulunya petugas di PBT juga, bermakna mereka telah berpengalaman melaksanakan kerj-kerja tersebut.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.