Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, March 22, 2011

Apakah budaya ini ingin diteruskan ? dimana maruah kita.

Politik Malaysia menuju era politik lucah!
PETALING JAYA: Cubaan pihak yang cuba mengaitkan tokoh utama pembangkang dengan individu di dalam rakaman video seks yang ditayangkan kepada wartawan di Hotel Seri Carcosa semalam dianggap sebagai permulaan bagi menghalalkan kepada percaturan politik menjatuhkan maruah sekaligus menjatuhkan musuh politik.

Ketika sesetengah pihak menganggap ia bukanlah sesuatu yang baru dalam arena politik negara, pihak lain pula berpendapat, walaupun ini bukan pertama kali berlaku tetapi ia merupakan petanda satu permulaan baru yang lebih buruk dan tidak terkawal dalam politik negara.

Penayangan video seks semalam juga dianggap membawa dimensi baru kepada percaturan politik lebih menjengkelkan dengan peningkatan berganda dan terbuka terhadap tindakan berbalas serangan demi menjatuhkan maruah dan moral musuh politik kedua-dua belah pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Labis, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dikatakan 'diperangkap' oleh musuh dalamannya sendiri apabila rakaman video seksnya disebarkan kepada umum dan membawa kepada perletakkan semua jawatannya dalam MCA dan juga kerajaan.

Cuma bezanya, ketika itu tiada media dipanggil untuk 'tayangan perdana' dan Soi Lek sendiri membuat pengakuan bahawa lelaki di dalam rakaman video lucah terbabit adalah beliau.

Selain Soi Lek, Elizabeth Wong dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menerima nasib yang sama apabila foto beliau sedang tidur yang diambil tanpa pengetahuannya di kediamannya sendiri tersebar di internet.

Selain isu yang mengaibkan maruah Adun Bukit Lanjan itu, ketika itu beliau juga hampir berputus asa dengan niat untuk mengundurkan diri daripada arena politik negara.

Tindakan berkepentingan politik

Bagi pihak yang mahu percaya dakwaan pihak-pihak tertentu bahawa tindakan seperti ini merupakan tindakan demi kepentingan moral masyarakat dan bukannya satu tindakan berkepentingan politik merupakan sesuatu yang bodoh pada masa ini.

Lebih-lebih lagi, pada hari yang sama juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru sahaja dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu yang ke 10 diadakan.

Pada masa artikel ini ditulis indentiti 'host tayangan perdana' terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk T semalam masih belum dikenal pasti dan pemimpin Barisan Nasional (BN) pula tentunya menafikan penglibatan mereka dalam pembikinan dan penayangan video tersebut.

Jadi bahan kempen PRN Sarawak

Ketika pemimpin BN menafikan penglibatan mereka dan pada masa sama mengaku 'tidak mempraktikkan' sebarang tindakan serangan peribadi yang mengaibkan, juga adalah bodoh untuk mempercayai isu ini tidak akan digunakan sekurang-kurangnya di peringkat jentera mereka dalam kempen PRN Sarawak nanti.

Malahan ketika Pilihan Raya Kecil DUN Tenang sebelum ini tindakan menyerang peribadi lawan turut dipraktikkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila membuka isu kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya ketika berkempen.

Bagaimanapun, serangan tersebut dibalas kembali secara umum dengan kejadian yang di dalam pengetahuan Anwar ketika masih di dalam kabinet, namun enggan memperincikan lebih mendalam tentang skandal yang dimaksudkannya itu.

Di pihak PR, meskipun turut mengambil kesempatan keuntungan politik terhadap sebarang isu yang membabitkan moral pemimpin BN, namun tindakan mereka seringkali dilapikkan sebagai demi mendapatkan keadilan.

Antara kes berprofail tinggi yang pernah mendapat perhatian masyarakat dan pemimpin pembangkang ialah kes kematian model warganegara Mongolia, Altantuya Sharibu beberapa tahun lalu.

Ketika perbicaraan kes ini telah lama selesai, ia tetap menjadi ingatan apabila dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Polis DiRaja Malaysia yang didakwa oleh peguam bela mereka merupakan pihak yang tidak menerima sebarang faedah atas kematian mendiang telah dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, beberapa isu lain yang membabitkan moral pemimpin BN, pada masa ini masih kurang tersebar secara terbuka dan meluas melainkan secara terpencil di alam siber.

Bagaimanapun, 'tayangan perdana' rakaman video lucah semalam dikatakan mampu menjadi penyebab kepada pendedahan demi pendedahan isu moral yang membabitkan pemimpin BN walaupun status sesetengah isu tersebut masih diragui kesahihannya.

Tindakkan itu nanti juga akan menimbulkan reaksi berbalas serangan dengan membuka pekung lawan masing-masing sekaligus menjadikan politik Malaysia maju setapak lagi melangkah ke era politik lucah.

* Free Malaysia Today

Memang menjadi hasrat musuh politik , menjayuhkan lawan didalam pertandingan, tetapi apakah cara begini yang menjadi pilihan kita, dimana pegangan Islam dan Iman kita.
Bali ana, bila sebut saja Carcosa Seri Negara, maka kita dah mendapat idea bahawa ianya mesti melibatkan manusia 5 atau 6 bintang, ini bukan kerja orang cokia , bawahan dan taraf marhaen, kerana nak mendapat sekuriti kesitu dan hendakmendapat tempat disitu pun sudah sukar bagi rakyat biasa. Memang agak kurang pintar perancang show video ini, kerana memilih tempat sebegini kerana manusia berakal sudah pasti akan membuat keputusan baha ini adalah perancangan peringkat atasan.
Daripada maklumat rakan wartawan yang dijemput, mereka sebenarnya diberitahu lebih awal sebelum tayangan itu, ada yang seawal 1 jam, apakah kalau ini tidak dilindungi , maka pihak SB dan polis tidak tahu program ini dan pihak polis semacam biasa ditempat lain bahkan dalam hutan belantara pun biasa membuat serbuan blue film show ini, tidak melaksanakan tugas mereka apatah lagi di tayang kepada wartawan kanan pula tu.
Kenapa kbusukan teknik dan cara politik kotor ini dipilih, apakah kerana masalah DNA yang sudah kantoi itu menjadi penyebabkan fitnah sex ini pula terbit?
Awat mereka ingat rakyat Mlaysia ini jenis dahagakan sex kah atau mereka itu yang sangat dahagakan sex.
Macam sering disebut oleh DSAI, tunjukkan kepada saya mana satu antara pemimpin mereka yang bersih sebelum mengajak semula saya masuk kedalam UMNO, jawab beliau ketika beberapa pemimpin Sabah suatu ketika dulu mengajak semula beliau masuk UMNO selepas kes beliau dibebaskan dari hukuman penjara 6 tahun dizaman DSAB.
Ya Allah, lindungilah negara kami dari bencana dan malapetaka dek kerana perbuatan fitnah melampau ini, aamin.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.