Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, April 8, 2009

Kemenangan jangan melekakan kita.

Walaupun PKR menang di Bukit Selambau dan PAS menang di Bukit Gantang, suasana gembira ini tidak harus melekakan kita didalam menghadapi suasana politik negara seterusnya. Kita jangan hanya mengharapkan kelemahan lawan untuk kita menang, tetapi harus mempunyai kekuatan sendiri untuk mengharungi pertandingan tersebut.
Daripada perhatian awal yang dapat dilihat kepada trend pengundian yang telah berjalan didua kerusi yang dimenangi Pakatan tersebut, penelitian perlulah diberikan oleh semua pihak terutamanya kepimpinan pakatan bahawa trend pengundi masih lagi tidak banyak berubah terutama bagi pengundi Melayu diluar bandar, kampong tradisi Melayu dan kawasan grass root UMNO walaupun kerajaan sekarang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Memang kita tidak menafikan bahawa baru satu tahun pakatan menguasai kerajaan di Kedah dan Perak sebelum ini, tetapi perancangan teliti harus dilakukan untuk menghilangkan status quo UMO yang menguasai kerajaan selama lebih 50 tahun sedikit demi sedikit. Oleh sebab itu, sokongan kaum bukan Melayu untuk memenangkan Pakatan harus diterjemahkan dalam bentuk contoh teladan yang baik dan berlainan berbanding contoh teladan buruk dan negatif oleh UMNO dan BN sepanjang mereka memimpin kita.Sejarah kemenangan PAS di Kelantan dan dapat mengekalkan kemenangan seterusnya hingga kini perlu diteladani.
Dasar-dasar diskriminasi politik, rasuah, penindasan minda dan media, penyalahgunaan dana rakyat untuk kepentingan politik peribadi, rasuah , penyalahgunaan kuasa oleh JKKP, ego yang tak keruan oleh pemimpin masyarakat ikut fahaman politik penguasa sahaja, dan berbagai penyelewengan lain yang sudah mendarah daging dalam masyarakat haruslah diketepikan oleh pemimpin Pakatan agar perubahan yang dibuat rakyat dan contoh yang ditunjukkan setakat ini dapat diteruskan sehingga perubahan total dapat dikecapi nikmat oleh seluruh rakyat jelata.
Memang sikap ego dan pilih kasih didalam pengagihan hak kerajaan kepada rakyat menjadi topik hangat pada PRU 12 lalu, dan rakyat sudah jelak dengan karenah itu lalu perubahan dilakukan , apakah kesempatan ini diambil oleh kita Pakatan untuk membuat pembetulan keatas sifat negatif kerajaan sebelum ini. Inilah yang perlu diberi perhatian sungguh-sungguh oleh kita semua agar perubahan ini tidak ditarik balik oleh rakyat.
Kewujudan MKK atau JKK negeri Pakatan perlu dimanfaatkan sepenuhkan agar sifat diskriminasi dan berat sebelah serta ketidakadilan JKKP yang dahulunya JKKK tidak diwarisi oleh MKK atau JKK Pakatan sehingga nanti rakyat akan menolak kita pula.
Harapan kita agar apa yang dilakukan sekadar kuasa yang ada pada kita adalah melaksanakan keadilan untuk semua agar semua rakyat dapat nikmat anugerah Ilahi ini dengan penuh keadilan dan saksama sehinggalah nanti semua akan memberikan senyuman puas kerana mereka membayar cukai dan mereka juga akan dapat hasil dari cukai yang dibayar mengikut kadar kemampuan kita tersebut, kalau kerajaan negeri maka sekadar hak negeri dan kalau pusat maka kadar di pihak pusat. Tidaklah nanti wujud TEKUN memerlukan borang keahlian UMNO, AIM perlu disokong ketua UMNO, PPRT kena no keahlian UMNO padahal semua itu adalah wang rakyat daripada hasil negara yang disatukan hasil cukai dan khazanah negara yang diluluskan didalam parlimen dan bukan hasil dari persidangan agong UMNO atau Persidangan BN atau persidangan parti-parti komponennya.
Begitu juga nanti kalau Pakatan yang memimpin, harap kaedah menghina dan menekan rakyat ini tidak dipraktikkan oleh pemimpin pakatan, kalau tidak samalah kita dengan BN yang dibenci rakyat tersebut, lalu kita juga akan menerima penolakan rakyat didalam PRU 13 nanti. Sama-samalah kita lakukan perubahan demi untuk kebaikan semua rakyat. Ingat bahawa kita akan mati dan kita akan hidup semula lepas mati untuk dipersoalkan apa yang kita telah lakukan semasa kita hidup ini.
Segala isu yang dimainkan oleh mana-mana parti didalam menghadapi pilihanraya, memang tidak dinafikan akan sedikit sebanyak memberi sumbangan kearah kemenanangan, tetapi ianya untuk sementara, tetapi khidmat atau service yang menusuki hati dan sanubari rakyat itulah yang lebih memberi kesan jangka panjang. Oleh itu ana harap selepas analisa dibuat, maka segala kerja yang menyebabkan punca rakyat menolak BN harus tidak lagi dipraktikkan oleh Pakatan supaya nanti PRU memberikan kekuatan kepada kita untuk terus mendapat kepercayaan daripada rakyat.
-peyalahgunaan media untuk siran langsung kempen politik
-pengharaman media untuk parti politik menyebarkan pemikiran mereka
-penafian hak rakyat untuk mendapat hak mereka saperti termaktub dalam perlembagaan
-diskriminasi oleh pemimpin peringkat kampong /taman atas alasan politik
-ugutan dan tekanan yang bakal dikenakan jika tidak menyokong politik tertentu
-berita fitnah dan palsu melampaui batas susila Melayu dan ketimuran
-ketidak adilan dalam menyebarkan misi parti masing-masing , dalam pemberian permit dan tajuk-tajuk ceramah tertentu.
-penggunaan badan penguatkuasa yang tidak sama rata, saperti berlawan dengan tangan terikat.
-rasuah didalam mendapat undi, padahal kita berusaha hendak menghapuskan rasuah.
-badan penguatkuasa yang menjalankan tugas saperti mendapat arahan atau tegahan daripada pihak penguasa, apabila kena Pakatan, cepat-cepat ambil tindakan, bila kena pihak penguasa tunggu dan lihat baru nak bertindak.
-penggunaan agensi kerajaan secara berleluasa sehingga menyebabkan kakitangan menjadi serba salah, untuk laksana atau tidak. Kalau laksana salah peraturan, kalau tak laksana, kena tindakan pihak atasan.

Harapan agar Pakatan tidak membuat keilapan sapaerti yang pernah dibuat BN sehingga ditolak rakyat didalam PRU 12 dan PRK 4 kerusi yang lalu.

Berusahlah untuk memperbaiki suasana negara kita agar rakyat faham apa itu sokongan dan hak bukan sokongan kita akan membawa kepada penginayaan dan ketidakadilan sesama rakyat didalam negara ini.

Kesian dia, kena pemain dek orang bawah !!


Satu perkara yang ana rasa menjadi punca yang sangat dikesali oleh rakyat adalah apabila negarawan ulung Negara mencemar wibawa beliau menjadi balaci suruhan UBN . Apa tidaknya, atas kapasiti apa maka Menteri Penerangan telah menggunakan peruntukan kerajaan mensiar langsungkan ucapan ini melalui RTM 1 atas dasar kempen pilihanraya.

Beliau sebenarnya tidak ada apa-apa kapasiti untuk mendapat siaran langsung, tetapi saperti yang diratipkan oleh rakyat, rasuah punya pasal semua boleh jadi. Masa beliau menjadi PM dan mendapat keistimewaan ini sudah lama berlalu.
Bahkan orang yang menghina rasuah dan konon tak mahu bersekongkol dengan rasuah pun, sudah masuk bersama dalam tong najis rasuah ini. Itulah betapa hinanya seorang negarawan akhirnya menjadi balaci upahan. Tahniah sekali lagi kerana anda mempercepatkan terlupusnya UBN dari bumi Malaysia yang mempunyai rakyat yang sudah insaf dan sedar ini.

Ana rasa manusia yang paling gembira disaat ini adalah Pak Lah, dulu masa kalah 2008, beliau menjadi sasaran tohmahan, masa kalah Permatang Pauh, beliau menjadi penyebab orang meluat kat UBN, dan bila sekali lagi kalah di KT, beliau langsung didesak terus percepatkan turun takhta PM dan Presiden, tetapi kini setelah selesai semua turun demi turun tersebut, maka naik seorang lagi yang kononnya cukup hebat dengan sejarah derhaka kepada Raja ini, maka makin Nampak liabiti semakin terserlah pula.
Siapakah sebenarnya punca kepada kekalahan didua bukit ini, sudah pasti rakyat akan menuding jari kepada seorang ini. Mungkin kalau beliau tak hadir dan tak merapu kekalahan taklah seteruk dan sebesar yang dihadapi ini.
Soal pembangunan, soal jalan tar, soal air paip dan api letrik, nak bercakap zaman 2009 ni, rasanya kalau pi Batang Air bru lah boleh Tun ooi, tapi disini rakyat akan tanya pula berapa komisyen kapal selam, siapa bunuh Altantunya, berapa komisyen untuk balak itu dan ini, berapa harga rumah menteri itu dan ini, berapa pula harga uniform pelatih PLKN dan banyak lagi kalau nak senaraikan. Itulah Ust Fadhil Nor kata kalau dah pencen, pi dok pondok buka kitab, tak mau, dok campur balik dengan tong rasuah , politik rasuah ni buat apa, kan dah susah ni, nanti orang tudoh pasai Tun lah UBN kalah di Bukit Gantang dan Selambau tu.
Atau kalau RTM tak siar secara langsung, mungkin rakyat tak semeluat dan seteruk itu menghina UBN dalam kotak undi mereka, tetapi kerana RTM telah menyalahgunakan hak rakyat dalam kempen PRK, maka kemeluatan ini tergambar terus dalam kotak undi mereka.
Pengajaran buat mereka ini, janganlah isu yang tak masuk akal dibawa kepada rakyat, kerana ia akan member kesan negative balik kepada mereka nanti. Contoh isu ayat quran yang di baca YB Nga Kor Meng, AP Taiping, ana rasa hairan kenapa mereka sampai ke mufti sensitive sangat isu ni, kalau kita Tanya para sarjana kita yang membuat Phd dalam bidang Islam di England, Scotland dan lain-lain Negara barat, siapakah yang menjadi pensyarah mereka, ada diantara mereka bukan Islam dan sudah pasti mereka lebih hebat Ilmu daripada sarjana kita yang nak buat tesis Phd , saperti Dr Hamid Osman, bekas penasihat Agama PM. Mreka bukan Islam ini ada yang hafal al Qurqn, bukan setakat baca, apa nak diherankan, dan mereka boleh menafsirkan pulak , disebut sebagai orientalis barat, memang lah iman itu adalah anugerah Allah, tetapi kebolehan mereka itu untuk mempelajari itu amat kita alu-alukan, apa yang UBN sedih bila selama ini mereka berkawan dengan MCA dan MIC, tak ramai yang boleh buat begitu dan tak ramai yang faham saperti KM Pulau Pinang yang nak memimpin secara Umar Abd Aziz, kerana pemimpin UBN memimpin dengan berbagai perkara negative yang dibenci rakyat.

Tuesday, April 7, 2009

Macam mana rakyat nak percaya lagi!!

Jangan tanya pasal apa rakyat tak percaya kepada media kerajaan sekarang ini. lihat paparan disini dan anda boleh buat ulasan sendiri.
Bekas Timbalan Menteri Penerangan punya penangan , itulah sebenarnya yang menghakis kepercayaan rakyat kepada media kerajaan. Penipu, pembohong , putar belit, manipulasi, berat sebelah dan apa juga tuduhan yang boleh diberikan padahal itu semua adalah duit rakyat, walaupun ada yang kata swasta, tapi rakyat juga bayar sewa nak dapatkan khidmat mereka, bukannya mereka berjalan atas wang BN atau UMNO, atau duit gaji menteri BN atau UMNO.
Harap PM baru ni kalau nak dapat balik sokongan rakyat, berikan semua tu dan jauhkan diri dari segala bentuk penipuan, penyelewengan, rasuah, diskriminasi, pilih kasih, kezaliman kepada rakyat dalam apa juga bentuk dan jangan mengkedarah duit rakyat.
Ana dikesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada UMNO kerana menerima kembali Tun Dr M dan kalau boleh ambil balik yang sorang tengah bebas tu, supaya bertuan dan harap dengan adanya mereka dalam UMNO akan cepat lagilah terhapusnya UMNO dari bumi Allah ini. Penghapus kekebalan raja, penderhaka kepada raja, pengkhianat bahasa Melayu, pendiskriminasi nombor wahid ,pemfitnah yang terhebat hingga kemahkamah, dan berbagai gelaran yang boleh diberikan kalau nak diberikan kepada mereka.

Tahniah dua bukit.

Syukur dan tahniah diatas kemenangan YAB DS Nizar, MB Perak yang sah dan YB Manikumar

bagi kedua-dua PRK yang berlangsung hari ini. Rasanya segala letih dan lenguh bertiduran atas simen dan berbantalkan lengan dimarkas Bukit Selambau berbaloi pada malam ini. Dengan majority yang bertambah bagi kedua-dua kerusi tersebut, maka rasanya lepas ni tak adalah lagi hasrat PM baru ni nak merampas kuasa secara haram dimana-mana negeri dalam negara kita ini.
Kemenangan Pakatan Rakyat di dua kerusi ini juga memberikan gambaran yang buruk buat PM baru ini bahawa ini adalah satu daripada referendum rakyat terhadap beliau dan inilah sebenarnya yang merupakan mimpi nyeri TS Mahayuddin Yasin tempoh hari, tetapi bagi rakyat inilah sebenarnya caranya untuk menunjukkan bahawa kepada itulah sebenarnya yang tak disukai oleh rakyat.
Ana ingin mengcapkan tahniah yang amat tinggi kepada Sdr Manikumar kerana walaupun tak berpengalaman berbanding Dato' Ganesan, beliau memang diberi kepercayaan oleh rakyat Bkt Selambau untuk menjadi wakil mereka. Memang beliau tidak ada pengalaman menipu orang saperti yang berlaku pada orang lain dalam projek perumahan, tiada pengalaman rasuah, tiada pengalaman diskriminasi politik dan tidak pengalaman mengkayakan anak dan kroni dan diharap semoga beliau akan terus maju jaya didalam kerjaya politik beliau.

P059 BUKIT GANTANG (RASMI)
PAS : 21,860 (MB DS Ir. Muhammad Nizar)
BN : 19,071 (Ismail Sapian)
BEBAS : 62 - Hilang Deposit
ROSAK : 71
MAJORITI PAS : 2,789 (bertambah)
Pilihan Raya Umum 2008
Roslan Shaharum (PAS) – 20,015
Azim Zabidi (Umno) – 18,449
M Morgan (Bebas) - 872
Majoriti PAS: 1,566

N25 - BUKIT SELAMBAU
PKR : 13,327
BN : 10,936
BEBAS (longgok semua dalam sebakul) : 532
MAJORITI PKR : 2,391
Pilihan Raya Umum 2008
V Amurugan (Bebas*) - 13,225 (menyertai PKR)
S Krishnan (MIC) - 10,863
Majoriti Bebas: 2,362

Friday, April 3, 2009

Tahniah semua.

Tahniah diucapkan kepada DS Najib yang sah diangkat menjadi PM Malaysia keenam pada 3 Mac 2009 setelah gah seantara dunia nama beliau diwar-warkan oleh akhbar Liberation Perancis, di Australia, di India, di Thailand, Di Indonesia dan di Korea Selatan.
Tahniah juga kepada DS Rosmah yang sah menjadi wanita pertama setelah suami menjadi Perdana Menteri.
Tahniah juga kepad Tun Dr M dan isteri serta anak beranak yang diterima semula menjadi ahli UMNO tapi mungkin yang bernombor jutaan kut, sebab ahli UMNO sekarang ini dikatakan sudah 3 juta orang.
Ana juga berharap ada seorang lagi yang menjadi kebanggaan untuk dijadikan ahli UMNO tetapi telah di pecat seumur hidup dizaman Tun Pak Lah, berikrar dan agaknya nak mohon masuk UMNO kembali setelah Tun Dr M masuk semula, tetapi tak diterima lagi, harap PM baru ni dapatlah terima beliau kerana kita tak mahu beliau manjadi hantu raja yang mencari telur merata tempat tetapi tak bertuan.
Juga dengan kemasukan semua itu nanti diharap juga agar peritiwa 99 akan berulang kerana arkitek kepada scenario 99 sudah berada didalam bahtera tersebut, dan harapan agar arkitek tersebut akan menjadikan bahtera itu cepat karam adalah makin terserlah. Masakan tidak, hari ini kutuk dan 'menyebai' pasai marahkan rasuah, esok boleh masuk dok dalam satu khemah walaupun memang sah dan disahkan bahawa rasuah itu telah berjalan .
Dalam keghairahan memperkatakan pasal orang dibelakang PM baru kita ini, ana juga terperasan bahawa manusia yang mengangkat nama PM kita diawal mula dulu adalah manusia yang digambarkan oleh Tinta Merah dalam blog beliau, baru sekarang kita teringat , berapa agaknya umur anak beliau sekarang agaknya, sihat lagikah beliau dan apakah yang dibuat dalam meneruskan hidup beliau sekarang ini. Mujur juga ada Tinta Merah yang dapat menyelongkar nostalgia ini, harap dapat meneruskan cerita tersebut wahai MSO.
Apapun ana nak ucapkan syabas kepada bekas PM Tun Pak Lah yang sekarang ini sudah kembali menjadi ahli MP biasa macam kami, agaknya dalam sidang akan datang dah sediakan soalan ke untuk dijawab oleh Menteri yang bakal dilantik nanti, agaknya dalam blok mana kerusi Tun akan diletakkan dan agaknya apakah soalan tambahan yang akan Tun tanya jika ada wakil pembangkang bangun mengemukan soalan, apakah tindakan susulan kerajaan kepada akhbar liberation jika sekiranya ia menyiarkan satu berita fitnah tentang Negara dan pemimpin Malaysia? Apakah Kerajaan akan menyaman akhbar berkenaan?.

Thursday, April 2, 2009

Kontradik yang nyata.

Semasa melayari internet hari ini, tertarik ana dengan 2 berita yang agak kontradik dan boleh dijadikan panduan kepada semua rakyat terutama yang beragama Islam , tetapi bukan berfahaman Islam Hadhari le, kerana pelopornya sudah angkat bungkus, pengganti belum tahu nak bawa Islam bagaimana pula.
Satu, Datok Siti dan Datok Seri K berjumpa TGNA di Kota Bharu.

Sejuk hati ana lihat Datok K dan Datok Siti bertemu dengan TGNA di Pejabat MB Kelantan tersebut dan dengan penuh sopan dan takzim sambutan diberikan kepada kedua tetamu tersebut oleh YAB MB Kelantan serta masing-masing bertukar cenderamata sebelum pulang . Semuga hasil perjumpaan ini akan dapat memberikan kekuatan kepada kedua Datok dari KL ini dalam mendalami lagi ilmu Islam serta membantu menyebarkan dakwah Islam kepada peminat mereka sesuai dengan peranan yang sedang dimainkan oleh penyanyi negara ini saperti peranan dakwah yang sedang dan telah dimainkan oleh penyanyi terkenal Yusof Islam atau dulunya Cat Steven. Muga dengan kunjunagn Datok Siti dan K ini, suasana kerancakan dakwah dan pemahaman Islam dapat menyinari juga hati nurani anak-anak muda yang menjadikan penyanyi Datok Siti sebagai idola mereka.
Juga harapan kita agar kunjungan kepada MB Kelantan ini akan menyemarakkan lagi sambutan golongan artis kepada Ulama tanahair dan menjadikan Ulama sebagai ikutan mereka dan mengambil ulama sebgai pembimbing hidup mereka demi untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Tanya lah kepada ahli ilmu jika sekiranya kamu tidak mengtahui.

Berita kedua yang ana kata kontradik adalah bila buka malaysiakini alangkah terkejutnya bila seorang Menteri kerajaan Islam Hadhari yang telah hampir pergi tu menyatakan kita perlu menghormatai kebudayaaan orang Cina .

Tak tahu pula ana adakah yang Menteri Agama dari Bagan Datuk kata tu betul budaya orang Cina atau budaya orang UMNO. Dalam usaha kita untuk berkempen pun, tak kanlah tak ada batas batas susila bangsa dan agama yang boleh kita tonjolkan kepada masyarakat yang menjadi rakyat kita. Kita seorang menteri Agama dan menjaga Agama , tetapi takkanlah ini yang harus kita lebarluaskan supaya rakyat tahu bahawa kita ini adalah sebahagian daripada bentuk budaya itu. Ana rasa kalau tanya orang Cina pun mereka sudah tentu tidak bersetuju dengan kata-kata menteri itu bahawa itu adalah budaya mereka, macam juga mereka kata pada kes judi yang dihebohkan sebagai budaya mereka sedikit masa dulu, bahkan apabila Kelantan mengharamkan judi disana, merekalah orang yang cukup seronok kerana rumahtanggga mereka tidak lagi porak peranda kerana tidak ada lagi yang bengkrap kerana kalah judi.
Ana tak fahamlah, apakah penilaian Menteri Islam Hadhari yang jaga JAKIM ini nak kata bila gambar video ni tersebar kedalam masyarakat, bolehlah bawa nanti pergi ketanah suci untuk dilihat oleh Pak-pak Syeikh disana inilah dia Menteri yang jaga Islam Hadhari disini. Ana pernah mengcapkan tahniah kepada Bagan Datuk ni kerana beliau memberikan saham yang banyak untuk mempercepatkan kejatuhan UMNO dengan melarang Pegawai Pusat memberikan kerjasama kepada kerajaan Negeri Perak suatu masa dulu bahkan akan diambil tindakan, dan sekarang ini dah kesan yang Allah tunjukkan kepada rakyat antara salah satu faktur kejatuhan tersebut.

Friday, March 27, 2009

Bila lagi nak letak!!!!!!!!

Undi sudah,keputusan pun sudah, maka orang yang menang sudah pasti gembira memuncak dan yang kalah ada yang sudah letak jawatan, tetapi hari Rabu baru nak mula, mungkin tunggu ada oang nak pujuk dan rayu baru lepas tu baru tarik balik kata rakyat nak dia lagi. Tetapi apa yang ana tertarik dan dari awal-awal sudah jangka akan kalah terperosok dan terperonyok adalah menteri yang sorang ini dari kawasan dimana dikawasan dia sendiri sudah tidak mendapat pencalonan majority manjadi ketua bahagian , tetiba lawan dia dikenakan tindakan disiplin maka menanglah dia jadi ketua bahagian, dan bila dia gantung 2 akhbar alternatif maka makin sahih dia akan kalah dan berbagai lagi tekanan dikenakan kepada kepimpinan pembangkang , termasuk kes di Perak dan lain-lain, maka sudah barang pasti saperti yang dikatakan oleh YB Gombak YB Mohd Azmin Ali bahawa manusia macam ini pasti akan kalah dalam pertandingan MT , beliau yang dimaksudkan adalah Menteri Dalam Negeri.
Oleh sebab itu maka bila beliau kalah, ana sikit pun tak terkejut kerana dah kami jangka lebih awal dalam perbahasan parlimen hari tu.
Sebab tu benar kata Pak Lah, kalau nak menang dengan rakyat, jangan tindas dan tenyeh rakyat, nanti rakyat bangun lawan balik.

Jadi harap menteri yang nak naik nanti perlu belajar dari sejarah lah.
Satu lagi yang juga ana tertarik bila disebut oelh Tn Dr M bahawa yang menang dalam sayap utama parti sekarang adalah yang terbukti terlibat dengan rasuah oleh lembaga disiplin parti sendiri, bukan lagi tuduhan melulu dari luar, maka sahlah yang akan memimpin negara dimasa depan adalah mereka yang menjadi sayap kanan, dah kanan terlibat, maka yang kiri tak kan tak kena tempias kut.

Wednesday, March 25, 2009

Tunggu masa nak musnah.

The Nation, 13 Mac 2009. Tajuk: “The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed”

Times Online, 22 Mac 2009. Tajuk: “Arms deal link to death of model”. Berita: “A FRENCH arms company is at the centre of a deepening scandal involving the sale of three submarines, the murder of a beautiful Mongolian interpreter and the man most likely to become prime minister of Malaysia next month”

The Times of India, 23 Mac 2009. Tajuk: “Arms deal scam”. Berita: “Death of model rocks Malaysia. A French arms company is at the centre of a deepening scandal involving the sale of three submarines, the murder of a beautiful Mongolian interpreter and the man most likely to become PM of Malaysia next month.”

The New York Times, 23 Mac 2009. Tajuk: “Scandals Cloud Succession in Newly Unsure Malaysia.”

9News, 24 Mac 2009. Tajuk “Model’s jungle death linked to arms deal”. Berita: “The murder of a stunning Mongolian model who moved within Malaysian political circles has been linked to an international arms deal.”

Asian beauty Altantuya Shariibu, 28 who was shot and then blown up with explosive in 2006, may have been killed to silence he demands for a share in arms profits, UK newspaper The Times reports.”

Dah satu dunia tau cerita tu, tapi tak kan nak tutup bawah nyiru kot. Busuk dah hampir seluruh dunia dah,kan Sirrul kata dia jadi kambing hitam saja dalam mahkamah ari tu, kita nak tanya sapa yang jadi gembala kambing tu.

Siapa sebenarnya yang jadi petualang dan pengkhianat ni. Nak tanya DS Hishamudin sat.
Nak teruskan PPSMI yang hanya menaikkan 4 % markah anak-anak kita pandai Inggeris tetap melurutkan minat nak belajar sains dan math lebih teruk lagi tu apasal tak nak ulas. Berapa banyak lagi meja bulat nak buat. Takkanlah pakar bahasa dah bagi nasihat pun tak mau dengar lagi ni.

Juga ana keliru yang didapati salah main rasuah politik dibenarkan masuk berlaan dan boleh menang pulak tu, tapi yang satu lagi juga rasuah tapi tak dibenarkan masuk bertanding, kalau beliau masuk memang sah pasti akan menang punya, kerana semua dah tau siapa yang rasuah , pasti akan terus disokong. Buat lah apa pun peraturan dan undang-undang, kalau dah memang jenis nak makan suap, itu juga yang akan dapat nanti.

Lagi bengong bila bakal PM sebut jangan cuba tempah jalan pintas keneraka kerana pilih orang yang kaki rasuah jadi pemimpin kita.

Kalau rakyat Mongolia faham dan boleh baca Sinar , ana rasa memang depa akan gelak besar dengan kita.
Bagus la tu kalau dah ada kesedaran macam tu, tapi hakikat yang jelas terjadi yang didapati bersalah oleh lembaga tatatertib tulah menang. Apa nak kata lagi wahai bakal PM ooi.

Tertarik ana baca blog pak Bakar ni,
Pilihan raya umum ke 12 (8 Mac tahun lalu), Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat kata Umno mesti ditendang sampai rebah

Pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Gantang dan Batang Ai mungkin akan talkinkan Umno yang dah jadi jenazah

Pilihan raya ke 13, khas untuk Umno rakyat akan buat kenduri arwah

Tuesday, March 24, 2009

Kelupor sebelum diam, terus tamat.

Harakah dan suara Keadilan digantung 3 bulan.
Itu bunyi berita yang dihebahkan oleh akhbar dan media hari ini, padan muka kata mereka kepada PAS dan Keadilan .
Memang dari awal lagi semua sudah nampak wakil MP Kota Tinggi ini nak masuk bertanding tapi tak ada talent untuk menang dan tak nampak gaya nak jadi pemimpin besar , maka dicari alasan untuk menampakkan ia seorang yang begitu berani dan ada kuasa maka digantungnya akhbar pembangkang selama 3 bulan. Awat hanya 3 bulan dan awat bila dekat dengan pilihanraya baru nak gantung.
Baru-baru ni didakwanya MP Bukit Gelugor atas akta hasutan yang ada hubung kait dengan DYMM Sultan Perak, lepas tu digantungnya MP Puchong atas alasan bantah Speaker dan tuduh TPM dalam parlimen berhubung kes Altantunya.
Lepas ni apa lagi yang nak berlaku kita tak tahu la, orang lain semua ada bakat dan niche masing-masing tetapi yang sorang ni di tempat dia sendiri pun nampak nak kalah ketua bahagian, maka dikenakan tindakan kepada pencabar beliau, maka tak boleh lawan la pencabar Ketua bahagian Kota Tinggi tu, maka menang la tak bertanding kawan kita Menteri KDN ni.
Oleh itu sebagai seorang menteri yang ada kuasa keluarkan permit dan bermacam lagi sekatan, maka dikatakan ceramah dalam premis sendiri pun perlu permit, padahal dah berapa kali bawa kes dan dakwa orang ceramah dalam premis sendiri, semuanya belum ada yang polis menang lagi, ni bila nak PRK baru sibuk nak tahan dan tangkap orang dan nak minta permit bila nak ceramah.
Punya lah haru macam ni punya cerita. Ana teringat apa kata Almarhum Ust fadhil Nor , lembu yang kena sembelih , dia kelupor cukup kuat , tendang sana, terajang sini sebelum nyawa dia nak habis, ana rasa yang sorang ni pun macam tulah insyaallah, nak hilang kedudukan dalam kedudukan ranking MT ni, maka dia kelupor habis tenaga sebelum terus dia senyap.

Monday, March 23, 2009

Sendiri buat hal, sendiri selesai lah.

gambar ehsan Kosmo.



32 murid Tadika Kemas Mergong diusir, terpaksa belajar atas tikar plastik dan bumbung kanvas, kata Cikgu Che Gayah sambil menangis.

Lepas tu marah kerajaan negeri tak ambil peduli pasal pengusiran itu.

Lalu jawab pengerusi persatuan penduduk,
Menurut beliau, pihaknya mempunyai alasan tersendiri mengapa Kemas terpaksa diusir dari bangunan yang ditadbir oleh badan berkenaan sejak setahun lalu.
Beliau mendakwa, selain bayaran sewa, Kemas langsung tidak melayan permohonan penduduk di situ yang mahukan prasarana rosak seperti tandas dibaiki.

Dan jawab MB Kedah pula, itu bukan bangunan kerajaan, kalau rumah depa, maka depa suroh keluar tu, kena ikut keluar sajalah, tapi kalau bangunan tu kerajaan punya, maka bolehlah pihak kerajaan negeri masuk campur tangan, tapi kalau dah guna bangunan orang nak buat macam hak sendiri, maka itulah kesannya. Dok tak mahu bayar sewa memang patut diusir , dan yang sewa pula Kemas, bawah Menteri yang jaga luar bandar, tak kan tak boleh minta Menteri arah Kementerian jaga Kemas bayar kot.

Tak tau ana takut duit tu dah habis dilarikan orang tertentu , atau dibawa keluar negara umpamanya Australia atau diguna untuk sumbat perwakilan dalam perlawanan lomba lari yang sedang berlangsung sekarang ini.
Berdasarkan dari kata-kata Pengerusi tersebut disini jelas siapa yang mempolitikan perkara ini... Salah siapakah sebenarnya... Kenapa Pihak Kemas tidak mencari premis yang lain dengan seberapa segera kerana masa yang diberikan adalah selama 3 bulan..dari bulan januari lagi...pergilah cari Rumah sewa kaa...Lot Kedai kaa pastu sewa premis tuu dan bawak anak-anak tu belajaq disana dengan amannya..bukan susah pon...saja nak mempolitikkan anak2 yg tak berdosa tuu....
sekarang nie apa salah Kerajaan Negeri KEDAH langsung tidak nampak disini...pengerusi dengan jelas menyatakan ianya tidak bermotifkan politik.

Saya merasa memang banyak perkara serupa ini yang sedang berlaku dinegeri sebelah utara sana , kalau di Kelantan tu dah lama dan depa masak dah dengan suasana macam ni disana, dah hampir 20 tahun diskriminasi dan fitnah ini. Depa buat, depa kata kita buat lalu panggil TV 3 buat berita, lepas tu bila tak lepas, maka isu politik.

Macam yang kita dengar pada mula PAS perintah Kedah dulu, maka banyak Tadika Kemas dan dewan orang ramai yang dikunci dan dilarikan kelengkapan didalamnya lepas itu dikatakan ianya atas arahan kerajaan negeri yang baru , maka bersilatlah kami sekelian menerangkan kepada rakyat bahawa itu semua kerja-kerja pengkhianat bangsa yang tak mahu tengok umat Melayu harmoni dalam masyarakat saperti mana yang berlaku didalam mengagihkan mini tar dan rumah PPRT kepada rakyat miskin dalam masyarakat Melayu.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.