Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, May 21, 2008

Celahan kepada Menteri Wanita.

20/5/2008.
Dato’ Dr. Ng Yen Yen: Yang Berhormat Pendang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan kajian semula pemberian bantuan ini, saya dapati ada ramai di antara mereka yang kebiasaannya mendapat bantuan, tetapi apabila pejabat kebajikan mendapat maklumat bahawasanya ada di antara anaknya ataupun sesiapa yang duduk dengan dia telah bekerja, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat terus memberhentikan bantuan bulanan yang diberikan. Sebenarnya mereka yang bekerja ini bukanlah boleh support ataupun membantu keluarga ataupun mereka yang mendapat bantuan tersebut.
Jadi saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi. Walaupun ada di antara anak dia itu yang telah pun bekerja, kerana pekerja ini mungkin pekerja kilang, tidak mendapat sumber kewangan yang cukup untuk membantu keluarga. Jadi saya minta kementerian dapat memperjelaskan perkara ini.
Dato’ Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang...
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sedikit.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Boleh minta jawab, tanya soalan sekali?
Dato’ Dr. Ng Yen Yen: Sama tak?
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tentang bantuan juga.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ada sedikit tentang bantuan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Okey, Yang Berhormat Titiwangsa.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan bantuan ini, adakah Yang Berhormat Menteri menyedari bahawa masih ramai lagi kumpulan-kumpulan yang diperkatakan tadi seperti ibu tunggal, keluarga miskin, OKU dan sebagainya masih lagi belum mendapat bantuan dan sebahagian daripada mereka telah menderita bertahun-tahun sebagai ibu tunggal tetapi tidak mendapat bantuan.
Ini adalah kerana mereka tidak berapa tahu prosedur. Yang keduanya juga minta maaf
dengan izin, hassle hendak pergi ke jabatan, hendak pergi ke pejabat, kemudian mungkin hendak ini dan sebagainya yang juga memerlukan kos, sedangkan mungkin duit mereka RM5.00,RM10.00 duit untuk tambang teksi itu adalah merupakan mungkin belanja untuk mereka makan sekeluarga pada hari tersebut. Bolehkah agaknya kementerian turun ke lapangan, terutama ke tempat-tempat penempatan misalnya PPR dan sebagainya untuk secara proaktif mencari pihakpihak seperti ini dan memberi bantuan yang sewajarnya. Terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.