Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, May 26, 2008

Jawatankuasa penyelaras Civil Syariah dah siap, Kedah dan terengganu belum setuju.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang
Jawatankuasa Penyelaras Mahkamah Syariah Sivil, kerana saya dah menyentuh perkara ini
dalam sesi yang lepas dan diberitahu bahawasanya kerajaan sedang membentuk
jawatankuasa dan dalam proses pembentukan itu disebut oleh Yang Berhormat tadi ada
negeri-negeri yang tidak bersetuju.
Jadi saya ingin mendapat penjelasan di negeri-negeri manakah yang masih lagi belum
mendapat persetujuan tersebut dan setakat manakah di pihak kementerian, di pihak JAKIM
ataupun di pihak Jabatan Perdana Menteri, jawatankuasa penyelaras ini sedang berada
sebelum kita mendapat persetujuan daripada Duli-duli Yang Maha Mulia tiap negeri.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua...
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Minta jawab sekali.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Kulim Bandar Baharu bangun. Ada hendak bagi dua kali ke atau seorang satu.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Perkara yang sama Yang
Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya ingat, okey satu-satulah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk dulu
Yang Berhormat.
Dr. Lo' Lo' bin Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Perkara yang sama dalam
mahkamah.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat ...
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya akan beri peluang kepada...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat Kulim Bandar Baharu dan Yang Berhormat daripada Titiwangsa...
DR.22.5.2008 88
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Perkara yang sama Yang
Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tak apa saya beri peluang untuk, bagi saya
peluang untuk menjawab dulu ya.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk,
duduk Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Fasal lanjutan daripada soalan
tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang
Berhormat tak apa Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tak apa saya akan baru peluang. Saya
akan beri peluang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kita akan
lanjut lepas itu Yang Berhormat.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya akan beri peluang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Yang Berhormat Pendang tadi menyatakan
dalam sesi yang sudah jawapan mengenai perkara ini telah diberikan oleh menteri terdahulu.
Sebenarnya jawatankuasa ini telah dibentuk dan saya sendiri telah menghadiri muzakarah itu dan jawatankuasa itu memang telah jalankan tugas.
Bukan setakat itu sahaja, penyelarasan antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah
Sivil, peguam syarie dan peguam sivil juga telah dilakukan. Ertinya perkara ini telah diambil tindakan. Negeri mana yang tidak menggunakan guna sama ini Tuan Yang di-Pertua, baru baru ini saya telah menerima surat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu,negeri Terengganu telah menarik balik penggunaan guna sama ini selain daripada negeri Yang
Berhormat sendiri.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.