Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, September 27, 2008

Terima kasih Harakah.

Dalam laungan takbir membesarkan Allah, betapa hiba dan sayunya hati ini mengenangkan nasib mereka yang kurang bernasib baik dalam syahdu pagi aidil fitri. Bagi mereka yang ada ayah dan ibu, mungkin kerinduan itu dapat diubati dengan belaian kasih sayang tangan ayah dan ibu disubuh hening pagi hari, tapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah tiada ayah dan ibu, dipanggil menemui tuhan rabbul jalil lebih dulu dari kita disamping meninggalkan zuriat untuk dibela dan dibelai oleh mereka yang lebih tua didalam rumahtangga tersebut.
Itulah yang berlaku di Kampong Bukit Nibung Jenun, Pendang, ayah dan ibu sudah pergi dalam suasana beliau masih belajar, tetapi apakan daya takdir sudah menentukan bahawa walaupun pelajaran itu penting, tetapi menjaga adik yang masih bersekolah juga penting, lalu diambil tindakan nekad berhenti sekolah untuk menjaga adik yang masih ramai bersekolah.

Itulah yang dipikul oleh saudara Yusof Aziz yang terpaksa menamatkan pengajian setakat STAM untuk memberi laluan kepada adik seramai 4 orang meneruskan pelajaran.
Beliau kini menjadi guard di Sekolah Menengah Teknik Pokok Tai untuk mencari sesuap nasi setelah pemergian ayah dan ibu beberapa tahun lalu. Dengan jumlah wang gaji itulah maka beliau membesarkan adik-adik , menyekolahkan mereka dan membantu memberi pelajaran kepada mereka walaupun beliau sendiri terpaksa berkorban menamatkan pelajaran dalam usia yang masih lagi menjadikan dunia pelajaran gelanggang untuk beliau berada. Namun dek kerana memegang amanah ayah dan bonda yang pergi mengejut, maka beliau terpaksa lakukan juga.
Ana berterima kasih kepada pengurusan Harakah terutama Pengarah Urusan yang telah sudi memberikan sumbangan dalam bulan Ramadhan ini untuk meringankan bebanan beliau menyambut hari raya yang menjelang tiba beberapa hari saja lagi.
Dengan wang tersebut bolehlah beliau membuat persiapan untuk adik-adik membeli baju raya dan juadah untuk menyambut syawal nanti.
Juga terima Kasih ana kepada En Kunasegaree SU Kelab penyokong PAS yang tinggal di Kilang Besar, Jenun yang memberikan maklumat berhubung dengan masalah En Yusof ini sebelum ana panjangkan ke pihak pengurusan harakah. Moga Allah menambahkan lagi rezeki Harakah dimasa akan datang.
Minnal aaidin wal faizin, kullu amin wantum di khair.
Illal liqa'.

1 comment:

Shahkasahias said...

Tahniah doktor hayati..
sebenarnya saya nie org jenun saja..kedai runcit man jenun tu yang sebelah kedai mamak tu ayah saya la..

salam perkenalan..
saya sokong pas..hehe
http://shahkasahias.blogspot.com

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.