Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, October 27, 2008

Muhibbah tergambar di Jenun petang tadi.


Muhibbah sebenar tergambar pada hari ini semasa Kelab Penyokong PAS Pendang mengadakan Majlis Jamuan di rumah SU Kelab En Kunasegaree di Kilang Besar, Jenun. Tetamu yang hadir terdiri dari pelbagai kaum, Melayu, India, China dan Siam, menjamu selera yang disediakan oleh En Rosdin, katerer yang tidak asing lagi bagi PAS Pendang. Jamuan diadakan daripada jam 3 petang hinggalah habis bekalan.
Kehadiran dari berbagai kaum kerumah En Kuna amat menggembirakan beliau dan anak-anak seramai 5 orang itu.


Kehadiran EXCO Kedah, YB Dato' Hj Mohd Taulan Rasul, DO Pendang, Tuan Harun Jasin , SU PAS Kawasan Pendang En Sobri Awang serta ramai ahli majlis daerah Pendang En Tan, Cikgu Tiang, En Ai Min, Pengerusi Lajnah Antara Kaum Kawasan En Rosli Mat serta AJK PAS Cawangan dan Kawasan serta turut hadir sama Tok Penghulu Mokhtar serta kakitangan pejabat Daerah. Masyarakat sekitar Jenun juga turut sama memeriahkan jamuan tersebut.


Majlis dihidangkan dengan jamuan meehoon dan laksa serta buah-buahan dan kekacang dan kuih muih .Diakhir majlis tersebut, mejlis penyampaian sumbangan yang disediakan oleh Kelab telah diberikan kepada beberapa orang kaum India yang daif dan miskin disitu.
Tergambar wajah ceria dan gembira oleh mereka yang menerima sumbangan dan keluarga En Kuna dengan kehadiran kami petang tadi 27 Oktober 2008.

Harapan semoga dengan adanya majlis sebegini, maka dilain masa En Kuna atau ahli majlis yang lain dari berbagai kaum akan mengadakan lagi majlis yang sebegini mengikut kaum masing-masing dengan menyediakan makanan yang halal dan boleh dijamah oleh semua.


Terima kasih kepada Kelab Penyokong PAS Pendang dimana En Kuna adalah Setiausahanya.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.