Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, January 27, 2009

Jawapan di Dewan Rakyat pada tahun lepas, seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007. Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!


Sedih , pilu , gulana, gundah, takut, terancam dan sebutlah apa saja yang boleh kita katakan sekarang ini. Mati dalam tahanan polis, jumlahnya melebihi jumlah yang mati di GAZA akibat kekejaman Israel Yahudi laknatullah kepada rakyat Palestine.

Kita teringat kembali apa yang berlaku kepada TPM DSAI sekitar 1998 dulu siapa yang melebamkan mata beliau , tak tahu. TS Rafidah kata dia lebamkan mata dia sendiri, ada yang kata dia jatuh dan berbagai alasan bodoh yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berkuasa ketika itu, tetapi bila polis buat siasatan buntu tak dapat tahu siapa yang lebamkan mata DSAI, tetiba bila tubuh suruhanjaya diraja baru tahu yang buat tidak lain dan tidak bukan adalah KETUA POLIS NEGARA Ketika itu, TS Rahim Nor, nama bagus, rahim , belas kesihan tetapi peragai lebih buruk dari ......, sebab dia ketua segala pasukan keselamatan, kalau ketua segala samseng kita tak kisah lah, memang peragai macam tu.

Kita juga tidak lupa siapa yang usung tilam turun naik mahkamah dengan tompok air mani seolah-olah orang tidur tak pakai cadar, bahkan bila yanya Taukeh jual tilam, dia kata tarikh beli tilam lewat daripada tarikh kena percekan air mani, tu yang lucu tu, macam mana orang ni sanggup buat kerja kita pun tak tahu. Dunia la ni memeang dah terbalik. Dok dalam jagaan polis, maka jadilah saperti jawapan menteri dalam Parlimen tu, lebih 1500 orang sudah hilang nyawa.

Dimana adik Shalinie, entah sampai la ni belum boleh dijawap.

Satu lagi yang menghairankan rakyat Malaysia sekarang ni setelah kita ada bermacam pakar termasuk pakar forensik, bila keputusan bedah siasat mayat mengambil masa 4 minggu untuk tahu jawapan, dan yang pelik lagi keputusan bedahsiasat yang pertama hanya mengambil masa 1 hari saja untuk mengetahui keputusannya.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.