Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Tuesday, January 27, 2009

Nisa' dan kraftangan, ilmu untuk masa depan!

Sebagai seorang remaja yang sedang meningkat usia, persediaan dengan ilmu didalam berbagai bidang perlulah ada didalam diri seseorang wanita, maka oleh sebab itulah maka baru-baru ini Nisa' Pendang telah mengadakan kursus kraftangan di Pejabat PAS Gajah Mati, Pendang .



Kursus tersebut telah diajar oleh seorang AJK PAS Cawangan Pokok Asam, Puan Wan Zaiton. Kali ini kursus menganyam bakul bunga telor menggunakan kertas surat khabar terbuang. Mengikut penganjur kursus, ini merupakan kursus siri pertama yang diadakan dan selepas ini ada banyak lagi kursus kraftangan yang lain yang akan diajar saperti membuat bunga sabun, bunga roti, anyaman dan hantaran untuk pengantin.

Minat dari remaja dikalangan ahli Nisa' nampaknya begitu mendalam dan mereka meresakan ianya memberikan satu ilmu yang cukup berguna didalam mengharungi masa depan sebagai suri rumah atau bakal suri rumah kelak. Walaupun dalam siri ini ilmu nya agak senang, tetapi jika kesungguhan tiada, maka ianya sukar untuk menjadi suatu kenyataan.

Antara yang diajar pada kali ini , iaitu membuat bakul bunga telor dengan akhbar lama, ianya bukan saja dapat membantu ahli didalam menjana pendapatan tetapi ia juga dapat mengurangkan kos untuk majlis perkahwinan seandainya setiap ahli bersedia untuk membantu ahli yang lain apabila tiba masa untuk melakukan kenduri kahwin atau hantaran. Selama ini kalau kita lihat mungkin harga satu bakul bunga telor mungkin mencecah hingga 2 ke 4 ringgit , tetapi dedngan adanya ilmu dan kerjasama ini, ianya mungkin dapat mengurangkan kos sampai seribu dua ringgit.

Walaupun kali ini hanya bakul bunga telor saja yang ditunjukajar, tetapi memang banyak lagi jenis benda lain yang boleh dibuah menggunakan akhbar lama ini. Bahannya cuma akhbar lama, gam, shellek dan riben untuk hiasan. Apa yang lebih penting adalah usaha dan kepakaran.

Diucapkan syabas kepada Nisa' Pendang dan selamat maju jaya dalam menempuh ilmu.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.