Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 16, 2009

Bahas Bajet ransangan 60 billion.

Sedia 7 muka surat, dapat bahas hanya 10 minit, itulah suasana dalam dewan rakyat, sebab ramai yang nak berbahas, terpaksalah kita berkorban.

DR. 12.3.2009
17
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri. Sekarang ini petani tak ada jelapang lagi dah, daripada mesin terus naik lori,
masuk kilang. Soalan yang saya nak timbulkan adalah di dalam program NCER, salah satu
daripada program untuk petani sawah padi ini adalah mengestetkan ladang ataupun sawahsawah
padi. Di kawasan saya berhampiran dengan Pendang ada kawasan Jelai di mana
dijadikan kawasan estet padi dan di dalam musim yang lepas, hasilnya agak tinggi.
Saya hendak tahu bagaimanakah respons ataupun penerimaan daripada petani-petani
ini terhadap pengubahsuaian daripada sawah milik individu kepada estet padi ini setakat ini yang
diterima baik oleh petani-petani di kawasan-kawasan lain selain daripada kawasan Jelai yang
dijadikan pioneer project untuk NCER ini. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan
Menteri. Terima kasih.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya tahniahlah kepada Yang Berhormat kerana kawasan pun telah dimasukkan menjadi
satu projek perintis untuk mengadakan estet, penanaman padi secara estet. Ini Yang Berhormat,
saya berharap semua yang ada di sini mendengar bahawa kita tidak pernah mendiskriminasikan
dari segi kawasan-kawasan. Kita tidak Yang Berhormat sebab bagi kami khasnya...
Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Peruntukan khas, diskriminasi.
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Khasnya pertanian, kita tidak melihat dari
segi.. yang penting bagi kami ialah kumpulan sasaran. [Dewan riuh]
Seorang Ahli: [Menyampuk]
Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Jadi Yang Berhormat, sebab bagi kami di
bawah dasar jaminan bekalan makanan ini adalah untuk kita semua sebab saya pernah
memberitahu di sini semasa kita membentangkan peruntukan untuk dasar jaminan bekalan
makanan bahawa makanan atau pertanian tidak kira politik dan kami pun tidak pernah
mendiskriminasikan.
Jadi berbalik kepada soalan Yang Berhormat, satu, tahniah sebab itu adalah satu projek
perintis dan NCER sebenarnya memang seperti dikatakan telah memulakan projek ini dan insya-
Allah kalau ia dapat kejayaan menggunakan tempat Yang Berhormat Jelai itu supaya ini adalah
satu usaha untuk kita dapat meningkatkan lagi produktiviti. Walaupun ianya dahulu tanah-tanah
individu tetapi mereka adalah share holder, mereka boleh menjadi share holder dan juga boleh
menjadi pekerja di dalam projek tersebut. Jadi ini adalah satu kaedah yang sebenarnya kami
hendak gunakan di bawah dasar jaminan bekalan makanan dan lebih-lebih lagi dengan
penglibatan pihak swasta yang telah Yang Berhormat katakan tadi.
Yang Berhormat, sebenarnya saya rasa penerimaan petani pada mulanya memanglah
ragu tetapi sebenarnya ini adalah cara yang baik untuk kita meningkatkan SSL kita kepada 86%
atau insya-Allah kepada 100% dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kinabatangan,
sudah saya sebut tadi bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat yang nama tidak disebut boleh
mengambil bahagian sewaktu peringkat Jawatankuasa. Sila Yang Berhormat Pendang 10 minit.
11.39 pg.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum Warahmatullaahi
Wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab saya orang setia menunggu
sehingga 10.31 semalam, diberi peluang insya-Allah. Begitu juga dengan Yang Berhormat Balik
Pulau Tuan Yang di-Pertua, kami tunggu sampai 10.31.
Terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk bersama-sama dalam perbahasan
bajet mini ini. Seperti mana yang kita tahu sejumlah RM60 bilion diperuntukkan dalam empat
teras di mana sebanyak RM12 bilion digunakan untuk mengurangkan pengangguran dan
menambah peluang pekerjaan iaitu RM2 bilion, meringankan beban rakyat terutamanya
golongan mudah terjejas sebanyak RM10 bilion dan RM48 bilion lagi adalah untuk membantu
sektor swasta menghadapi krisis RM29 bilion dan juga membina keupayaan masa depan
sebanyak RM19 bilion.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
mempengerusikan Mesyuarat]
■1140
Nampaknya kalau dilihat daripada jumlah di atas, hasil langsung daripada kadar segera
yang dapat diperolehi oleh rakyat yang menjadi mangsa kegawatan ekonomi ini hanyalah RM12
bilion. Walaupun kita tidak dapat menafikan peruntukan bantuan kepada pihak swasta dan
meningkatkan keupayaan untuk masa depan juga merupakan sesuatu yang boleh membantu
merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita tetapi ia tidak memberi kesan secara langsung
dan segera kepada rakyat yang terjejas ini. Mungkin dalam jangka masa sederhana dan panjang,
ia memberikan kesan melalui perkembangan semula syarikat berkenaan dalam mengambil
semula pekerja yang diberhentikan apabila mereka pulih melalui rangsangan ekonomi yang
dibentangkan ini.
DR. 12.3.2009
32
Daripada inti pati bajet untuk merangsang ekonomi ini, kita dapati RM15 bilion adalah
merupakan suntikan fiskal, RM25 bilion adalah sebagai dana jaminan, RM10 bilion untuk
pelaburan ekuiti khususnya untuk Khazanah Nasional, RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta
dan off-budget dan RM3 bilion lagi adalah untuk insentif cukai. Tuan Yang di-Pertua, hasrat
rakyat dalam pakej rangsangan ini adalah mereka akan mendapat kemudahan untuk
meneruskan hidup dalam keadaan yang selesa dan dapat mengurangkan bebanan akibat
terpaksa berhenti kerja bagi yang berada di sektor swasta dan dapat terus memberikan
keperluan harian kepada keluarga bagi yang bekerja sendiri seperti pekebun getah dan juga
sawit dan petani di kampung-kampung.
Ia akibat daripada kejatuhan harga komoditi yang agak teruk sekarang ini. Daripada
berita dan maklumat yang kita perolehi, jumlah mereka yang terpaksa menganggur akibat
pemberhentian kerja ini mengikut Presiden MEF iaitu Malaysian Employers Federation adalah
400,000 orang. Maka ini sudah pasti akan menimbulkan masalah yang cukup besar dalam masa
yang terdekat seandainya kita tidak menangani isu pengangguran kadar segera ini dengan begitu
baik. Oleh itu, bantuan kepada pengusaha terutama syarikat yang terlibat dengan barangan
eksport perlu diberikan perhatian yang serius. Khabarnya syarikat elektronik yang akan terjejas
teruk kerana kebanyakan hasil eksport kita adalah ke Amerika Syarikat dan negara Eropah,
akibat daripada kejatuhan ekonomi mereka seterusnya memberikan kesan yang besar kepada
eksport kita.
Dalam perkara ini, salah satu daripada pakej di dalam rangsangan ini adalah untuk
mengadakan latihan kepada pekerja terutamanya kepada siswazah yang menganggur dan saya
berharap agar mereka yang hendak diberikan latihan ini biarlah di dalam kilang perusahaan itu
sendiri ataupun lebih baik disebut dengan in-house training dan konsep trained and retain yang
telah dikemukakan oleh Kementerian Sumber Manusia saya rasa ini merupakan sesuatu yang
perlu diperkasakan kerana sejumlah RM29 bilion dalam bantuan kepada sektor swasta ini dapat
dimainkan peranan untuk latihan ini dan saya ingin bertanya apakah insentif yang diberikan
kepada pengusaha ini sebelum mereka diberhentikan daripada kilang mereka itu kerana jumlah
400,000 yang disebut itu merupakan satu angka yang amat menakutkan kita semua dan ini
mungkin daripada 400,000 ini akan menimbulkan masalah di dalam sosial kita jika tidak diberikan
perhatian yang serius.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pekerja di sektor swasta, pihak yang terkesan
akibat kegawatan ekonomi ini adalah mereka yang bekerja sendiri di kampung terutamanya
petani, pekebun dan nelayan yang juga menerima akibat daripada kesan tempias masalah
ekonomi ini. Sudahlah barangan komoditi mereka jatuh, terutamanya kepada pekebun sekarang
ini tidak dapat menoreh kerana hujan yang turun mungkin pada setiap hari terutama sekali di
kawasan Utara. Saya dapati ramai di antara pekebun ini yang sentiasa terpaksa kalau masa
DR. 12.3.2009
33
getah naik harga dulu mereka membeli Proton Kancil tetapi sekarang ini mereka terpaksa
menjual semula kereta-kereta mereka itu kerana hasil yang amat berkurangan.
Saya menyokong subsidi untuk makanan iaitu sebanyak RM764 juta tetapi biarlah ianya
lebih tertumpu kepada mereka yang menerima sasaran sebenarnya iaitu saya rasa lebih baik
kita, kalau daripada kita memberi subsidi kepada syarikat-syarikat tepung, gula dan juga roti,
lebih baik kita menggunakan kaedah yang digunakan di Taiwan dan Hong Kong iaitu memberi
kupon makanan kepada mereka yang terjejas secara direct ini. Juga tidak dapat dinafikan
keselesaan hidup dapat dipenuhi kalau sekiranya mereka mendapat tempat tinggal yang selesa
iaitu perumahan juga perlu diberi perhatian.
Semalam saya dengar Yang Berhormat Rompin ada menyebut tentang perumahan
rakyat di dalam bandar. Saya ingin juga menyeru kepada pihak kerajaan supaya beri juga
perhatian kepada mereka di kawasan kampung, kawasan luar bandar kerana mereka ini juga
menerima akibat yang teruk hasil daripada kejatuhan ekonomi ini. Salah satu yang saya rasa
perlu kita beri perhatian adalah tentang Rumah Mesra Rakyat dan juga PPRT. Saya merasa
agak sedih kerana keluhan-keluhan yang diterima daripada masyarakat yang membuat
permohonan kerana borang Rumah Mesra Rakyat, saya baru-baru ini mendapat empat borang
daripada EPU tapi apabila hendak dapat borang semula, mereka kata kena pergi ke Pejabat
UMNO.
Ini merupakan sesuatu yang saya rasa cukup tak patutlah. Saya harap perkara ini dapat
diperbetulkan jika sekiranya perkara ini benar-benar berlaku kerana rakyat miskin dia tidak
mengira apa parti politik dan juga apa fahaman agama mereka. Bantuan perlu diberikan kerana
hasil daripada bajet ini adalah merupakan hasil daripada kutipan duit rakyat. Institusi-institusi
yang memberi pinjaman mikro kredit seperti AIM, TEKUN dan juga MARA serta Agrobank. Saya
rasa perlu memainkan peranan yang lebih serius dalam menghadapi kegawatan ini kerana
daripada mereka diberhentikan kerja, ramai di antara ahli masyarakat sekarang ini memilih untuk
menjadi peniaga kecil, peruncit dan juga menjadi peniaga-peniaga di kaki lima.
Jadi diharap pihak-pihak PBT ataupun majlis perbandaran memberi ruang kepada
mereka yang tertindas ataupun terkena kegawatan ini. Satu kaedah yang lebih anjal seperti
saman yang dikenakan sebelum ini kurangkanlah sedikit saman oleh PBT dan juga kemudahan
tempat perniagaan untuk mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ini. Satu lagi, apa
yang perlu difikirkan oleh kerajaan adalah tentang bantuan untuk mereka untuk mendapat
rawatan kerana kesihatan ini merupakan sesuatu yang cukup penting untuk rakyat. Jika
sekiranya badan tak sihat maka mereka tidak akan dapat bekerja untuk mencari rezeki. Jadi,
Tabung Bantuan Perubatan saya rasa perlu diperkasakan. Sedikit wang daripada stimulus
package ini dimasukkan dalam Tabung Bantuan Perubatan untuk memberikan kepada mereka
yang ingin mendapat rawatan untuk penyakit kronik dan juga penyakit kritikal.
DR. 12.3.2009
34
Saya rasa inilah sedikit sebanyak perkara-perkara yang dapat saya sumbangkan dalam
masa 10 minit ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.