Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, March 16, 2009

Forum Perdana Maulidurrasul.

Pendang, 15 Mac 2009. Malam tadi bertempat di Dewan MajlisDaerah Pendang, telah diadakan Majlis Forum Perdana sempena dengan sambutan Maulid Nabi SAW peringkat Daerah Pendang. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat , Pendang dengan kerjasama Unit Amal Pendang, Ana telah dijemput untuk Meresmikan Majlis tersebut. Forum Perdana tersebut membariskan ahli panel yang terdiri daripada Prof Madya Dato’ Badruddin Ahmad, Dekan Kuliah Usuluddin , KUIN, Prof Madya Dr Abd Aizi Hanafi, Dekan Kuliah Syariah KUIN, Ust Luthfi Ameer, dan Ust Mohamad Azki Hafizi Penolong Pendaftar KUIN sebagai pengerusi Forum. Banyak perkara yang disentuh oleh ketiga-tiga ahli panel malam tadi mencakupi contoh teladan daripada sifat Rasullullah yang diutuska n oleh Allah untuk menjadi ikutan kepada seluruh umat manusia dan juga rasulullah membawa kerahmatan kepada sekelian alam ini. Rasulullah diutus adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak . Sifat-sifat Rasulullah yang merendah diri, berkasih saying, suka berkawan dengan semua lapisan rakyat , baik muda , tua atau kanak-kanak. Rasulullah pernah ditawarkan harta yang banyak, wanita yang cantik dan jawatan sebagai ketua masyarakat Arab ketika itu, tetapi semuanya ditolak baginda kerana ingin meneruskan kerja-kerja menyebarkan ajaran Islam kepada seluruh alam . Sejarah perjuangan rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam dizaman jahiliah kaum Arab yang menjadi musuh baginda terdiri dari bapa saudara baginda sendiri, bahkan dalam perjuangan baginda diugut dengan berbagai ugutan sehingga kepada peringkat bunuh/ nyawa . Dua tinggalan Rasulullah yang wajib kita berpegang kepadanya sebagai panduan dalam melayari kehidupan ini , iaitu Al Quran dan Sunnah nabi saw. Seandainya kedua-dua peninggalan ini dapat kita jadikan pedoman, insyaallah kita tidak akan sesat selama-lamanya. Majlis juga diserikan sebelumnya dengan Marhaban oleh kumpulan Al Hilal yang pernah menjadi johan Marhaban peringkat kebangsaan beberapa tahun lepas sempena dengan Majlis Maulid nabi anjuran Pusat Islam./ JAKIM diketuai oleh Ust Abd Ghani Abdullah, bekas Johan Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sebelum itu satu pidato khas disampaikan oleh johan pidato kanak-kanak peringkat tadika/PASTI Adik Mohd Fadhilah diadakan. Dengan suara yang lantang dan penuh semangat adik ini dapat menghuraikan tujuan Rasulullah diutus serta sifat-sifat rasulullah dan ancaman yang baginda terima sepanjang perjuangan menyebarkan Islam ditanah Arab ketika itu. Kepetahan beliau menghafal dan menghurai ayat-ayat alquran cukup member pengajaran kepada seluruh hadirin pada malam tersebut. Majlis turut dihadiri Tuan Pegawai Agama Daerah Pendang, Tuan Hj Mohammad Awang.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.