Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, March 11, 2009

Sedih dan pedih, buat persiapan punya banyak, tapi bila dapat berucap hanya diberi masa 10 minit, semalam tunggu nak bahas sampai 10.30 malam, bila dapat 10 minit saja , tapi alhamdulillah dapat juga luahkan pandangan kepada dewan rakyat.
Sini ana berikan tek yang ana nak bahas, tapi hanya sikit yang dapat diucapkan kerana masa yang singkat.

TYDP sejumlah RM60 bilion diperuntukkan kepada 4 Teras , dimana
Sejumlah RM 12 billion

(1) mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan. RM 2 billion,
(2) meringankan beban rakyat terutamanya golongan mudah terjejas. RM 10 Billion.
Dan RM 48 billion lagi
(3) membantu sektor swasta menghadapi krisis.(RM 29 Billion)
(4) membina keupayaan masa depan.(RM 19 billion)
Nampaknya kalau dilihat daripada jumlah diatas, hasil langsung dalam kadar segera yang dapat diperolehi oleh rakyat yang menjadi mangsa kegawatan ekonomi ini adalah RM 12 billion . Walaupun kita tidak dapat menafikan peruntukan bantuan kepada pihak swasta dan meningkatkan keupayaan untuk masa depan juga merupakan suatu yang boleh membantu meransang pertumbuhan ekonomi Negara kita , tetapi ia tidak member kesan segara dan langsung kepada rakyat yang terjejas ini.
Mungkin dalam jangka masa sederhana atau panjang ia memberikan kesan melalui perkembangan semula syarikat berkenaan dalam mengambil semula pekerja yang diberhentikan apabila mereka pulih melalui ransangan ini dan ekonomi dunia kembali kepada tahap yang baik .
TYDP.
Kita lihat pula intipati bajet untuk merangsang ekonomi.
1.RM15 bilion merupakan suntikan fiskal,
2.RM25 bilion dana jaminan, ( untuk siapa ).
3.RM10 bilion pelaburan ekuiti (untuk Khazanah Nasional),
4.RM7 bilion inisiatif pembiayaan swasta dan off-budget, dan
5.RM3 bilion insentif cukai.


TYDP.
Hasrat rakyat dalam pakej ransangan ini, mereka mendapat kemudahan untuk terus hidup dalam keadaan yang selesa dan dapat mengurangkan bebanan akibat terpaksa berhenti kerja bagi yang berada disektor swasta dan dapat terus memberikan keperluan harian kepada keluarga bagi yang bekerja sendiri saperti pekebun getah dan sawit iaitu petani dikampong akibat kejatuhan komoditi ini utama Negara ini.
Daripada berita dan maklumat yang kita perolehi, jumlah mereka yang terpaksa menganggur akibat perberhentian kerja ini mengikut Presiden MEF adalah 400 ribu, maka sedah pasti ianya akan menimbulkan masalah yang cukup besar dalam masa terdekat ini seandainya ia tidak ditangani dengan kadar segera.
Oleh itu bantuan kepada pengusaha terutamanya syarikat yang terlibat dengan barangan eksport perlu diberikan perhatian yang serius . Khabarnya syarikat elektronik yang akan terjejas teruk kerana kebanyakan hasil eksport ke US dan Negara eropah menghadapi kejatuhan yang amat ketara. Oleh itu saya berharap agar insentif tertentu harus diberikan kepada syrikat ini baik besar atau IKS supaya pemberhentian kerja dapat diminimumkan kalau pun terpaksa dilakukan.
Dalam perkara berhubung dengan latihan untuk pekerja atau siswazah, saya berharap agar mereka yang hendak diberikan latihan itu biarkan didalam kilang pengusaha itu sendiri atau ‘in house training ‘ dan konsep ‘train dan retain ‘ ini hendaklah diperkasakan. Maka sejumlah RM 29 billion dalam bantuan kepada sector swasta ini dapat dimainkan peranannya disini. Apapun insentif yang diberikan kepada pengusaha ini, biarlah sehingga pekerja mereka tidak diberhentikan . Kerana jumlah 400 ribu yang disebut oleh Presiden MEF itu amat menakutkan, dan seandainya ia terjadi, saya bimbang banyak lagi masalah social lain akan berlaku dalam masyarakat.
TYDP.
Selain dari pekerja disektor swasta, pihak yang terkesan akibat keegawatan ekonomi ini adalah mereka yang bekerja sendiri dikampong , terutama petani, pekebun dan nelayan yang menerima tempias ini agak teruk akibat kejatuhan harga getah dan sawit. Dahlah harga barangan komoditi mereka jatuh, hujan yang turun dalam masa mutakhir ini, menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan penghidupan saperti sebelum ini. Saya dapati ramai diantara pekebun ini yang sudah terpaksa menjual balik kereta atau motosikal yang dibeli semasa harga komoditi ini naik dahulu, untuk mejuruskan kepada keperluan hidaup yang lebih terdesak saperti makanan dan pakaian. Saya menyokong subsidi untuk makanan sebanyak RM 764 juta didalam usaha untuk menstabil harga makanan , tetapi rasanya rakyat Malaysia tidak hanya makan gula dan roti sebagai makanan harian, tetapi nasi dan ikan atau daging rasanya lebih diperlukan. Apakah lebih molek kalau kita tiru apa yang dibuat di Taiwan dan Hong Kong dimana kopun makanan diberikan kepada rakyat yang terjejas teruk akibat hilang sumber pendapatan ini kerana makanan ini sekurang-kurang dapat memberikan mereka teruk bernafas kembali dalam usaha untuk mencari rezeki untuk keluarga, saya harap ini dapat diberikan priority oleh kerajaan.
TYDP.
Tidak dapat dinafikan, keselesaan hidup ini dapt dipenuhi kalau manusia itu mendapat tempat tinggal yang selesa. Dalam Islam pun tiga tanggungjawab penting seorang suami kepada isteri adalah malbas, makkul dan makwa. Pakaian, makanan dan tempat tinggal. Bukan hanya dimasa kegawatan ini kediaman diperlukan, tetapi ianya merupakan keperluan dalam jangka masa panjang, sebagaimana yang disentuh oleh Rompin malam tadi berkenaan dengan perumahan rakyat yang berpendapatan rendah didalam Bandar akibat kegawatan sekarang, saying juga ingin menyentuh tentang keperluan rakyat marhaen dikampung atau luar Bandar.
Tidak dinafikan memang ada agensi yang menyediakan kemudahan untuk rakyat mendapat kediaman, yang tidak ada apa-apa diberikan rumah PPRT, yang ada tanah diberikan RMR, yang mampu sedikit diberikan peluang untuk membuat pinjaman dan sebagainya untuk mendapat kediaman ini, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas usaha itu semua, tetapi apa yang menjadi keluhan dan peraturan kalau pun bukan undang-undang adalah perturan tidak bertulis yang terpaksa dipatuhi oleh rakyat adalah setiap permohonan itu masti bersama dengan boring keahlian UMNO, atau kena isi nombor ahli UMNO apabila hendak menyerahkan boring . Ini berlaku ditempat saya dan saya berharap pihak Menteri dapat emebrikan jawapan apakah ini satu peraturan dari pihak kementerian atau hanya kerja-kerja kotor mereka yang ingin menindas rakyat yang amat memerlukan tempat tinggal ini.
TYDP.
Dalam menghadapi kegawatan ini, institusi pemberi pinjaman perlu lebih mesra dan pemurah dalam meluluskan pinjaman mikrokredit ini, saperti contohnya AIM, TEKUN dan MARA serta Agro Bank. Agro bank semalam didalam kenyataan menyatakan mereka menyediakan RM 300 juta untuk pinjaman mikro kredit ini kepada petani, saya berharap agar kemudahan untuk mendapat pinjaman ini dipermudahkan dan kadar atau kaedah bayaran yang lebih anjal diberikan. Tentang pinjaman TEKUN ini TYDP, saya mendapat rungutan dan keluhan dari rakyat yang memerlukan bantuan ini, juga mereka terpaksa menyerahkan boring bersama boring keahlian UMNO atau kena jadi ahli UMNO baru boring itu diterima. Saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri kerana setelah saya berucap 3 kali dalam sessi lepas dan sessi ini berhubung dengan pejabat tekun yang berada didalam kompleks UMNO Pendang, maka tindakan telah diambil untuk mengubah pejabat tersebut didalam premis majlis daerah Pendang sekarang, tahniah dan terima kasih, barulah rakyat tidak segan dan malu utnuk pergi memohon bantuan, Cuma ramai yang terpaksa menjadi ahli UMNO tipu ketika meyerahkan boring permohonan kerana syarat yang tidak bertulis tadi. Jadi saya harap menteri tolong jelaskan nanti apakah syarat tidak bertulis ini merupakan arahan dari menteri atau hanya kerja buat mereka di pejabat tekun sahaja, kalau begitu apa guna ubah pejabat tetapi syarat yang dikenakan masih menyusahkan rakyat. Kalau macam ini, sampai kiamat pun masalah miskin tegar ini tak dapat diatasi.
Tydp.
Dalam pembentangan stimulus pakej ini pihak yang pernah menjalan penjana ekonomi Negara satu masa dulu yang telah pencen sekarang ini, kakitangan pencen, polis dan tentera serta lain-lain pegwai rendah yang pencen, dalam lingkunag 70 hingga 77 ribu orang, perlu juga kerajaan memebrikan perhatian kepada mereka agar kegawatan ini tidak lebih menyusahkan mereka bengan pencen yang kecil dan kesukaran mendapat keperluan hidup saperti makanan. Oleh itu saya berharap kalaupun kopun makanan ini tidak diberikan kepada rakyat saperti yang disyorkan, golongan pencen kecil ini perlu dimasukkan kedalam golongan yang perlukan kopun ini.
TYDP.
Kesihatan merupakan satu anugerah Allah. Kita tidak tahu nikmat sihat sekiranya kita tidak sakit. Oleh itu dalam hadis nabi ada disebut sihat kamu sebelum kamu sakit, makna kesihatan perlu dijaga. Prevention is better than cure. Penjagaan kesihatan amat perlu sebelum datang penyakit yang memerlukan rawatan. Ini salah satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan . Masalah kos rawatan yang meningkat didalam sector kerajaan pun sudah membebankan rakyat sekarang ini. Untuk rawatan tertentu saperti patah, memerlukan pembedahan dan rawatan penyakit kronik dan kritikal, saya pohon agar mereka ini diberikan pengecualian bayaran melalui dana tabung bantuan perubatan untuk rakyat marhaen .
Persoalan saya mengenai TBP ini adalah setakat ini, berapa jumlah peruntukan yang ditelah wujud didalam tabung ini setakat ini , dari manakah sumber untuk mengisi tabung ini adakah ianya total dari kerajaan atau ada sumbangan dari pihak swasta . Berapakah jumlah pesakit yang telah mendapat faedah dari TBP ini dan berapa jumlah bantuan yang telah diberikan.
Apakah kerajaan berhasrat ingin menambahkan lagi jumlah tabungan ini dalam suasana ekonomi gawat sekarang ini kerana sudah pasti jumlah pemohon akan bertambah mutakhir ini.
TYDP
Dalam Susana gawat ekonomi sekarang, kita diberitahu bahawa ramai pesakit yang telah berpindah dari pihak swasta ke pihak awam dan ini sudah pasti akan lebih membebankan pegawai atau doctor yang bertugas sisektor awam ini. Sekarang ini pun dalam keadaan 30 % doctor sector awam terpaksa mengendalikan kes bagi 70% peratus pesakit , maka peratus ini sudah pasti akan lebih membebankan mereka. Apabila baru-baru ini timb menteri kesihatan menyatakan pihak kementerian sedang dalam proses mengambil doctor dari Negara luar untuk bertugas didalam Negara kita, saya berharap agar penelitian ini perlulah diikuti dengan kursus induksi berhubung dengan suasana masyarakat dalam Negara kita serta suasana kerja dinegara kita.
Dalam kegawatan ini, memeang kita sudah menjangka bahawa akan wujud lebih ramai rakyat yang akan mencburkan diri didalam bidang perbiagaan secara kecil-kecil, kita pernah lihat Tuan Hj Arshad pengedar BMW suatu ketika dulu, bila berlaku kegawatan dan menghadapi masalah dalam perniagaan , beliau telah mengalih kepada pengusaha pulut udang , membuka gerai jual pulut udang untuk terus mencari nafkah buat meneruskan kehidupan. Jadi fenomena ini sudah dijangka dan saya harap kepada pihak PBT atau bandaran serta bandaraya harus membuka lebih peluang dan ruang untuk aktiviti peniagaan kecil ini serta kurangkan sikit karenah birokrasi dan tekanan kepada peniga ini saperti saman dan sebagainya.
Begitu juga dengan peminjam mikrokredit dari instiusi kewangan tadi, harus diberikan segala kelonggaran dan keanjalan dalam proses pembayaran sehinggalah mereka ini pulih didalam menghadapi suasana sukar sekarang ini.
PTPTN.
Didalam stimulus pakej ini, juga disebut berhubung dengan latihan kepada siswazah, apakah kita terlupa bahawa mereka ini adalah merupakan penghutang daripada PTPTN yang tertanggung diatas bahu mereka jumlah hutang yang perlu dilunaskan dan ia akan membawa kepada bebanan yang lebih berat sednainya hutang ini tidak dijelaskan . Akta berhubung PPTN ini telah diluluskan dan banya suasana yang rumit akan mereka hadapi jika ini berlaku. Itu dalam dalam keadaan yang amat sukar mendapat pekerjaan baru dan bertambah nya siswazzah yang akan keluar dengan ijazah, maka saya menyeru akan pihak PTPTN memberikan satu kelonggaran kepada mereka bukan sekadar 6 bulan, tetapi sehingga selesai masalah kegawatan ekonomi ini untuk merek memikirkan kaedah untuk membayar balik hutang tersebut , dan janji untuk menghapuskan terus faedah pinjaman itu dilaksanakan. Atau kalau boleh stimulus pakej ini boleh juga memberikan sedikit kepada PTPTN ini untuk menambah jumlah pinjaman kepada para pelajar kita yang kitdakcukupan wang semasa di university, hanya untuk buku, makan pakai dan bukan untuk bermewah-mewah.
Begitu juga disekolah Rendah dan menengah, segala bentuk bebanan kewangan yang perlu dibayar terutama masyarakat kampong yang menghadapi tekanan harga komoditi ini, perlu juga dikecualikan daripada segala bentuk bayaran yang wajib dibayar.
TYDP.
Setelah bercakap mengenai RM 60billion ini, rakyat telah menyoal dari manakah jumlah yang besar ini akan diperolehi kerana ia tidak dinyatakan didalam pembentangan bajet mini 2 hari lepas.
Cuma yang diterangkan adalah Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion yang bakal diterbitkan. Sekurang-kurangnya semasa Pakej Rangsangan Ekonomi pertama yang diumumkan sebanyak RM7 bilion dulu, ada juga disebutkan wang itu adalah dari penjimatan subsidi minyak ekoran dari penurunan harga minyak dunia ketika itu.
Apa yang diberitahu adalah tentang jumlah yang hendak digunakan dengan RM 60 billion itu, Cuma apa yang diharapkan pada kali ini tabungan rakyat daripada kantung yang disimpan oleh rakyat hasil penat jerih mereka tidak dijadikan mangsa untuk mengumpulkan dana besar ini, harapan pekerja , petani dan nelayan agar Kwsp, TABUNG HAJI, SOCSO, dan lain-lain tabungan rakyat tidak diusik dan disentuh dalam menghadapi situasi genting ini.

TYDP.
Dalam akhbar business times 7 jan 2009 CIMB mengeluarka kenyataan ‘govt is likely to sell RM 73 billion worth of bond.’ Mengikut CIMB investment bank, BHD , hasil jualan bond tersebut akan digunakan sebagai stimulus pakej. Ini membawa kepada beberapa andaian,
1.. ekonomi Negara berada adakah dalam keadaan yang sukar sehingga memerlukan injection yang begitu besar.
2. ataukah jumlah itu akan digunakan untuk bail out bank-bank di Malaysia . adakah kerugian yang dialami oleh Maybank di Indonesia lebih besar dari yang dijangka.
3.adakah RM 73 billion ini adalah untuk meneguhkan Bank Negara ‘National reserve’ yang telah merosot daripada USD 124 B pada Ogos 2008 kepada USD 96 B pada Disember 2008. Yakni kejatuhan USD 28 B dalam masa 3 bulan.
4. adakah juga nilai ringgit akan turut jatuh berbanding USD.
Pakej ransangan yang dibentangkan ini juga tidak melibatkan negeri-negeri dalam mengenalpasti projek-projek yang boleh memberikan ransangan , kerana rakyat yang terlibat dalam kegawatan ini adalah melibatkan seluruh Negara, jadi saya berharap agar majlis perundingan yang dibentuk itu hendaklah juga memberikan tumpuan kepada hal ini.
Akhir sekali saya sekali lagi berharap agar janji kerajaan semasa Tun Dr Mahathgir menjadi PM untuk memberikan pampas an alam sekitar kepada Kedah kerana menjaga hutan tadahan air di lembangan Muda dan Pedu dilunasi agar rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tidak mengalami kekeringan air. Pemeliharaan hutan yang mengandungi berbilion ringgit balak merupakan satu pengorbanan rakyat dan kerajaan Kedah dalam memelihara alam sekitar ini, jadi dalam jawapan menteri dalam soalan saya tempoh hari, akan beri dalam bentuk grant, nak tanya kepada siapa grant akan diberikan?.

Saya harap harap segala persoalan yang dibangkitkan akan mendapat jawapan dari Kementerian.
Akhir sekali seorang pujangga besar islam pernah berkata, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

Sekian terima kasih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.