Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Monday, June 29, 2009

Habuan untuk wanita , pusat taik hidung masin.

Jual ikan lebih baik dari jual negeri dan Negara. Itulah antara sms yang ana terima dan sahabat kirim apabila TPM kata calon BN di Manik Urai adalah seorang bekas pengurus dan berkelulusan tinggi tetapi calon mereka (PAS ) hanya penjual/ pemborong ikan.
Ini menggambarkan seolah-olah TPM telah menghina mereka yang berniaga walau apa pun jenis perniagaan mereka , asalkan ianya halal bagi orang Islam dan tidak berlawanan dengan perlembagaan Negara.
Sebagaimana yang kita tahu dan diajar melalui hadis nabi saw bahawa 90 peratus rezeki berada didalam bidang perniagaan. Maka ertinya perniagaan adalah sumber rezeki yang paling luas dan perlu rebut oleh semua orang. Oleh sebab itu maka kita lihat ramai mereka yang kaya adalah dari golongan peniaga. Cuma apa yang berlaku sekarang bagi mereka yang kurang iman adalah penipuan, rasuah dan pilih kasih didalam peluang dan ruang berniaga.

Ramai yang memberitahu bahawa masa jadi MB Johor dulu berapa banyak tanah orang Melayu negeri Johor dan berapa ramai kawasan perumahan negeri Johor masa beliau jadi MB dulu dah terjual kepada orang luar terutama Singapura.

Kalau kita lihat dinegeri Kelantan, apabila Menteri Wanita pergi berkempen baru-baru ini, menyatakan bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri Kelantan kepada wanita jauh lebih rendah kalau dibandingkan dengan apa yang kerajaan Pusat beri kepada wanita di Kelantan, nampaknya macam kenyataan dari orang yang tak masuk sekolah.
Kalau kita nak tahu apa yang wanita di Kelantan dapat, cuba kita pergi ke Pasar Siti khatijah dan Pasar buluh Kubu, siapa yang berniaga dan siapa yang jadi tokeh berniaga di Kelantan, kalau bukan wanita. Siapa yang berniaga emas dan siapa yang banyak menggunakan perkhidmatan Ar rahn untuk berniaga di Kelantan.
Ana menasihatkan kepada Menteri yang suaminya orang Kelantan ini supaya lebih lama duduk di Kelantan dan perhatikan betul-betul apa yang wanita di Kelantan boleh dapat dari kerajaan Kelantan. Cuba pula lihat siapakah yang ramai berniaga di Lembah Kelang ini dari berniaga makanan ke berniaga barang kemas yang mana asas perniagaan mereka adalah dibawa dari negeri Kelantan.
Ana juga berharap kepada Menteri ini buat sikit perkiraan berapa banyak cukai yang orang Kelantan bayar kepada pusat sebelum menyatakan bahawa banyak wang diberikan oelh pusat kepada wanita di Kelantan jauh melebihi yang kerajaan negeri Kelantan beri kepada rakyat wanita mereka. Janganlah bila nak dapat duit minta dari rakyat , tapi bila nak bagi balik ungkit pula mereka beri lebih banyak daripada yang kerajaan negeri beri padahal duit rakyat semua mereka kumpul, dari cukai langsung, cukai tak langsunag bah royalty minyak yang menjadi hak Kelantan bernilai 1 billion pun mereka sapu sampai tak beri langsung untuk rakyat Kelantan belanja untuk pembangunan.
Tapi ana setuju kalau semua duit anak negeri Kelantan beri kepada negeri Kelantan tidak kepada pusat, maka boleh menteri boleh kata Kelantan beri sikit kepada kaum wanita mereka.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.