Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, July 1, 2009

Ulasan khas hakim Chin

Ulasan khas Hakim Chan.
Chan merujuk kepada cubaan Mahkamah Persekutuan mengelirukan rakyat dengan memutuskan Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa menentukan status sama ada sesuatu kerusi Dewan Undangan Negeri itu kosong atau sebaliknya.

Chan berkata Artikel 34(1), 31(5) dan 33(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengenalpasti pihak yang berkepentingan dalam isu perletakan jawatan seseorang ADUN.

“Dalam kes membabitkan tiga ADUN yang melompat tersebut, pihak yang berkepentingan seperti yang dijelaskan dalam Perlembagaan ialah Hee Yit Foong, Osman Jailu dan Jamaluddin Mat Radzi, Dewan Undangan Negeri dan Speaker V. Sivakumar.

“Tidak disebut pun SPR dan dengan itu badan itu harus diketepikan dalam isu ini,” tegas Chan.

Pada Jun lalu Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nik Hashim Nik Ab Rahman, dalam penghakiman setebal 20 muka surat mendakwa Seksyen 12(3) Akta Pilihan Raya 1958, memberikan SPR dan bukan Speaker, kuasa mutlak menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi.

Chan berkata peruntukan perlembagaan jelas menyatakan apabila timbul kesangsian mengenai status seseorang ADUN, keputusan muktamad hendaklah diperolehi daripada Dewan Undangan Negeri dan bukannya di mahkamah.

“Jadi apabila pertikaian wujud sama ada tiga orang ADUN pembelot ini telah meletak jawatan, mereka sepatutnya merujuk kepada Dewan untuk mendapatkan satu keputusan muktamad,” kata Chan.”Mereka gagal berbuat demikian tetapi sebaliknya terus membawa kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan yang menunaikan permintaan mereka untuk diisytiharkan sebagai masih menjadi ADUN. Hakim turut mengisthiarkan SPR adalah badan yang menentukan kerusi mereka kosong atau tidak,” tambah beliau.

“Itulah kerosakan yang mereka telah lakukan. Ada kemungkinan apa yang mereka bertiga lakukan beserta keputusan Mahkamah Persekutuan akan menyebabkan rakyat menolak kerajaan BN sehingga kalah pada pilihan raya akan datang,” Chan memberi amaran.

Ana tak mau komen apa-apa sekadar minta pembaca fikir sendiri dan buat ulasan sendiri berhubung dengan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini.
Dalam setiap kali berlaku kematian , maka SPR sering didengar berkata, kita tunggu surat kekosongan kerusi di DUN berkenaan, tetapi bila sampai ke Perak, hakim kata hanya SPR boleh menetukan kekosongan kerusi.
Kalau macam tu senang la, pi mahkamah lepas tu hakim berhak istihar bahawa SPR berhak untuk tentukan kekosongan kerusi tersebut. Maka disini dimana perana Speaker pula.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.