Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, December 13, 2009

Jenuh ber TEKUN la hampa.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan, telah megutus surat menangis TEKUN kepada para peminjam yang liat dan gagal membayar hutanf tekun berjumlah dalam lingkungan RM 130 juta .

Kandungan surat tersebut antara lain menyebut:

'Dengan rendah diri dan penuh hormat, saya merayu kepada saudara/saudari supaya dapat membayar balik tunggakan hutang tersebut kepada TEKUN Nasional.

Seperti mana saudara/saudari maklum bahawa bayaran balik pinjaman saudara/saudari itu akan diberikan pula kepada peminjam dan bakal-bakal usahawan Melayu/bumiputera lain yang memerlukan modal dan pertolongan daripada pihak TEKUN Nasional.

Sekiranya saudara/saudari berkemampuan dan boleh membayar balik pinjaman tersebut, maka sekali lagi saya merayu tolonglah bayar balik hutang tersebut.

Sebaliknya, jika saudara/saudari menghadapi kesulitan dan tidak mampu membayar ansuran tersebut, maka saudara/saudari boleh membayar jumlah yang termampu.

Di samping itu, sekiranya usaha niaga saudara/saudari tidak berjaya, tetapi masih mempunyai keazaman untuk memulihkan kembali dan meneruskan perniagaan, maka berhubunglah semula dengan pihak TEKUN Nasional, bagaimana kami boleh membantu lagi, mungkin dengan memberikan pinjaman tambahan atau menjadualkan semula balik supaya saudara/saudari dapat memulihkan dan meneruskan semula perniagaan ataupun menceburi bidang yang baru.

Segala perhatian dan kerjasama/ saudari saya dahului dengan ucapan terima kasih dan saya mendoakan semoga saudara/saudari keberkatan daripada Allah SWT di dunia dan akhirat dalam menjalankan urusan harian."

Pendekatan yang digunakan oleh TEKUN ini sangat berbeza dengan 'surat peguam' yang dihantar oleh pihak bank atau syarikat mikro kredit lain.

Surat 'menangis' TEKUN itu telah dihantar kepada 39,576 peminjam bagi menuntut RM130 juta hutang lapuk sejak Ogos lalu.

Daripada maklumat dan keluhan yang sering ana dapat daripada rakyat dibawah bahawa kalau nak memohon pinjaman TEKUN ini, salah satu cara yang pahit terpaksa ditempuhi adalah mendapat tandangan dan sokongan daripada JKKK pada ketika dulu dan disokong pula oleh Ketua bahagian UMNO. Tetapi bila ana pernah tanya dalam Parlimen Menteri dari Lenggong sebelum ni pernah jawab soalan ana, mana ada macam tu, tapi kalau tak percaya pergilah tanya sekelian rakyat yang gagal dapat pinjaman , apasal mereka gagal dan adakah tidak kena mendapat tandatangan daripada JKKK bahkan sokongan ketua bahagian.

Sebab apa ana kata macam tu, pejabat TEKUN Pendang sebelum ini ada di Pejabat UMNO Pendang, di Belakang Bank CIMB dan siapa nak ambil borang, sudah pasti kena pergi ke Pejabat UMNO, setelah beberapa kali ana komplain kepada Menteri ketika itu, barulah Pejabat TEKUN dipindahkan ke Bangunan MDP seberang jalan , tidaklah lagi berada didalam bangunan UMNO. Alasan yang diberikan adalah senang, tak kena sewa. Kalau kita lihat di Selayang pun, pejabat TEKUN berada didalam Komplek UMNO Darul Kifayah.Jadi susah nak kata mereka ni terpisah daripada unsur-unsur politik baik dalam memberi pinjaman atau membayar balik pinjaman.

Tu pasal agaknya yang dapat tu liat nak bayar, kerana mereka ni sebenarnya tak ramai yang sangat-sangat memerlukan duit untuk memulakan perusahaan kecilan, tetapi hanya menambah koleksi dalam akaun bank , lepas tu tak ada apa tindakan oleh TEKUN, maka itulah sebabnya jadi RM 130 juta tuh.

Nanti kita minta menteri jawab pula siapakah yang liat sangat nak bayar ni, dan siapa pula yang tukang jadi penyokong mereka semua tu, lepas ni kita minta pula kalau nak buat pinjaman, mesti perlu penjamin, kalau tak bayar penjamin kena tolong bayar, sebab seingat ana satu pun borang tak pernah minta sokongan dari ana walaupun ada kolum boleh disokong oleh Ahli Parlimen, maklumlah kita ni bukan dari BN, tak layak la nak sokong depa. baguih juga, nanti bila kena penjamin, tak lah teruk kita kena tolong bayar nanti, macam jamin anak nak masuk U tu. Anak tuang, penjamin kena tolong bayar hutang. Masa tu baru boleh tengok siapa yang ramai tuang tak nak bayar hutang TEKUN nih.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.