Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, February 7, 2010

Sumbangan kepada pesakit kronik

Hari ini ana ada sikit ruang masa untuk menziarah dan menyampaikan sumbangan berupa wang bantuan yang diberikan daripada Tabung Kemiskinan Harakah kepada 2 orang pesakit kronik dikawasan ana yang memerlukannya untuk rawatan mereka.
Mulanya pesakit Hjh Teh Hj Awang dari Kampong Batu 15, Tokai yang telah 10 tahun lumpuh kerana darah tinggi dan sejak tahun lepas mengudap masalah kerosakn buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan dialysis 3 kali seminggu.

Sumbangan RM 1000 telah diberikan daripada TKH tersebut . Ana berkunjung kerumah anak beliau dimana beliau sedang dijagai oleh En Shafee Yaacob, tahniah ana ucapkan dan syabas kepada beliau dan isteri yang telah menjaga dan membawa emak beliau untuk rawatan setiap selang sehari untuk dialysis yang memakan masa 4 jam sekali rawatan. Bukan mudah untuk menegndalikan kerja ini kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi dan sebagai anak beliau telah melakukan sesuatu yang amat murni didalam menjaga emak yang sudah tua, tidak saperti sesetengah anak-anak yang sanggup meninggalkan saja ibu atau bapa disurau atau distesyen bas saperti yang dipaparkan didalam akhbar baru-baru ini. Moga Allah memberikan rahmat dan kemudahan kepada saudara Shafiee serta memudahkan kerja beliau .

Sumbangan kedua kepada Puan Natrah Abd Malik berusia 59 tahun yang mengalami masalah Parkinsinism yang agak teruk sehingga mengganggu kerja buat beliau sebagai surirumah dan ini menyebabkan kerja rumah beliau agak terbatas. Sekarang beliau masih didalam rawatan dan mengikut suami beliau, En Abu bin Hussin, bolehlah dikatakan agak kurang sekikit simptom penyakit isteri beliau dan sekarang beliau agak kurang getaran anggota. TKH menyumbangkan RM 500 kepada beliau. Moga beliau dapat meneruskan rawatan dan kita berdoa moga beliau dapat segera sembuh atau menjadi lebih cepat pulih untuk melakukan semula kerja beliau saperti biasa, insyaAllah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.