Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, February 6, 2010

Hai enjin, bagaimana kamu boleh terbang ke Uruguay, body ada sama ke?


Akhirnya enjin jet F5E ditemui juga di Uruguay , bukan Argentina saperti yang di sebut sebelum ini. Itu kata Peguam Negara. Heran juga rakyat Malaysia sekarang ini, biasanya kalua hilang dan jumpa ni pihak polis yang beritahu, tapi kali ni kenapa AG pula yang cakap.
Apa yang lebih menghairankan macam mana 2 tahun baru benda hilang ni boleh sampai kepada rakyat dan kenapa disusup dari pengetahuan rakyat sampai dua tahun. Rakyat nak tanya kenapa Menteri Pertahanan masa tu tak perasan ke yang enjin yang penting untuk keselamatan Negara kita tu boleh hilang, tetiba Menteri Pertahanan yang la ni boleh tahu dan umum kepada rakyat. Juga rakyat ada tanya tak ada rekod dalam laporan audit Negara setiap tahunkah pasal enjin jet yang penting ini hilang, tak bagi laporan ke atau saja tutup laporan daripada pengetahuan akauntan Negara. Depa kata kalau beli computer lapan ribu jadi 48 ribu pun akauntan boleh tahu, ini kan pula enjin berharga 50 juta kemudian jadi 300 ribu akauntan negara tak tahu ? Ada apa-apa ke ni?.

Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

Cuma apa yang paling menarik perhatian rakyat adalah apabila PM bekas Menteri Pertahanan menyatakan "Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18", kenyataan Najib selaku ketua kerajaan Malaysia merangkap bekas Menteri Pertahanan.
Kalau macam nilah , kita boleh saja buat andaian dan analogi mudah bahawa siapa yang nak jual atau seludup keluar barang lama yang ada dalam Kementerian yang pernah dijaga oleh PM mungkin tak menghadapi masalah kalau barang itu sudah lama dan tak canggih lagi dah.
Cuma satu yang rakyat nak tanya PM kita ni, barang ini adalah barang Kementerian Pertahanan, dalam kem atau tempat yang sepatutnya ada didalam jagaan yang cukup rapi , seharusnya tak mudah dilesapkan dari stor yang menyimpan, samada ia masih canggih atau sudah tak berapa canggih, itu bukan alasan untuk dilarikan dan dihantar sampai ke Uruguay sana, bahkan kalau boleh sampai ke Puket pun sudah dikira Negara boleh dan mudah dibolos oleh musuh. Kalau begitu memang senanglah C4 hari tu nak bolos daripada simpanan tentera untuk UTK didalam proses meletupkan warga Monggolia tu. Apakah c4 tu sudah tak canggih lagi kut, bom yang sudah ketinggalan zaman sebab tu mudah dibawa pindah dari stor simpanan. Agaknya siapa yang menulis indent keluar masuk stor tu? Boleh tanya ke siapa yang last sekali kita jumlah C4 yang tersusun rapi dalam stor sana? Atau kalau tak ada kenapa dan kalau ada atas arahan siapa agak nya, rakyat sekadar nak tanya saja, maklumlah keselamatan mereka terletak didalam jagaan mereka dibawah penguasaan Allah.


Juga rakyat lagi hairan sebab apa pihak kastam dan pelabuhan tak buat pemeriksaan dengan teliti barang yang nak dieksport , apakah tidak ada scan atau apa benda ke alat yang canggih manggih yang beli berjuta-juta tu supaya yang nak dihilangkan tu dapat jumpa lebih awal sebelum dua tahun macam yang sekarang ini.
Hairan lagi pasal hanya Sarjan saja yang boleh buat kerja seludup lepas curi dan boleh jual kepada Negara luar sampai Menteri dan pegawai atasan yang jaga Kem pun boleh tak tahu nih. Bijak dan cekap sungguh, mungkin kot Negara boleh tumpang kebijaksanaan beliau didalam menghilangkan sesuatu daripada dikesan pegawai atasan jaga kem dan pegawai kastam jaga pelabuhan , mungkin setaraf David Copperfield yang masyhur tu boleh dianugerahkan kepada beliau. Mungkin boleh gunakan kepandaian beliau untuk hilangkan askar Amerika di Iraq atau Afghanistan ke!.
Rakyat lagi hairan bila Menteri yang jaga pertahanan Negara kata rahsia Negara bocor keluar, zaman sapa jadi menteri tu rahsia Negara boleh bocor tu ha! Bukankah salah satu daripada istilah petualang Negara adalah mereka yang membocorkan rahsia Negara , apakah lebel ini telah diberikan kepada mereka ini. Kena ISA ke depa ni?.
Heran juga rakyat nak tahu macam mana boleh segala indent dan buku log tentang simpanan barang baru dan lama boleh tak perasan ada barang yang terlupus keluar Negara tanpa pengetahuan pegawai bertugas hingga 2 tahun ? Awat Menteri dulu tak nak suruh pegawai semak ke segala rekod yang ada?
Kesian kat pegawai buat rekod, sia-sia kerja dia sampai AG pun tak tengok dan Menteri pun tak perhati bahkan Penguasa kem pun tak ambil tahu pula tuh !.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.