Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, April 14, 2010

KEDA jadi landasan untuk elaun JKKKP.

KEDA hari ini diakui oleh Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah bahawa KEDA dijadikan 'vehicle' Kementerian menjaga semua JKKKP yang ada di Kedah sebanyak 15.375 juta pada 2008 dan 27.565 juta pada 2009 untuk memberi elaun kepada mereka.
Saya bertanya sebagai soalan tambahan bahawa dalam akta 249 kerajaan mestilah berunding terlebih dahulu dengan kerajaan negeri didalam apa juga tugas kerja dan pembangunan yang hendak dilakukan didalam kawasan KEDA yang merupakan 89 % memenuhi negeri Kedah didalam seksyen 4(4) akta 249 tersebut.
Antara lain yang ana harap Menteri beri jawapan adalah kes En Sobri Mohd Rutin dari Kpg Telok Yan ,Alor Setar, dimana telah mendapat persetujuan untuk membina rumah beliau yang daif kerana beliau tergolong dalam golongan termiskin. Setelah mendapat arahan dari pegawai KEDA supaya beliau terlebih dahulu untuk merobohkan rumah beliau baru dapat dibina rumah yang baru.
Setelah diroboh rumah tersebut, maka barulah boleh dibina rumah baru, tetapi apabila beliau telah meroboh rumah beliau ada kontraktor datang membawa bata dan pasir untuk membina rumah tetapi malangnya ada berita yang datang menyatakan pembinaan tidak dapat diteruskan kerana arahan pihak tertentu, sebab itulah ana minta Menteri siasat dan jawab. Sampai la ni dah enam bulan beliau terpaksa tinggal dengan bapa beliau bersama 3 anak beliau akibat daripada diskriminasi politik KEDA yang mana pengerusinya adalah Timbalan Ketua UMNO Kedah.
Apa yang saya dapat maklumat En Sobri ini adalah penyokong PAS, mungkin itulah sebabnya beliau disekat daripada diteruskan pembinaan rumah beliau tersebut.

Maka sampai hari ini dah dua soalan ana tanya dalam kementerian ini belum mendapat jawapan Menteri.
Dulu beliau belum jawab pasal 13 orang di KEDA Tanjong Setol yang diberi hak untuk mendapat rumah setelah diberi kursus di Pusat Latihan KEDA Sik ,tetapi dinafikan oleh orang politik yang ada didalam KEDA ini.

Apa yang berlaku dalam kawasan KEDA sekarang ini, banyak kes-kes yang mana mereka seolah mengabaikan terus peranan kerajaan negeri walaupun dalam seksyen 4(4) terlalu jelas dengan syarat tersebut.
Dalam hal keanggotaan didalam Lembaga KEDA ini, 3 wakil kerajaan negeri perlu ada didalam Lembaga Pengarah KEDA tetapi setakat ini hanya ada seorang dan dua orang lagi adalah dari wakil profesional.
Harapan saya agar perkara ini mendapat perhatian Kementerian.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.