Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, April 15, 2010

Peringkat Jawatankuasa Bajet tambahan.

DR. 12.4.2010
104
5.30 ptg.
Dato' Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan untuk sama-sama berbahas dalam Peringkat
Jawatankuasa Maksud Kepala B.28. Saya cuma ada beberapa perkara iaitu berhubung dengan
RM3.8 juta untuk membiayai keperluan percetakan tambahan lesen kenderaan bermotor.
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Jawatankuasa]
Apa yang saya faham berhubung dengan lesen ini adalah plat untuk kita mencetak road
tax kalau tidak silap saya daripada pemahaman inilah. Didapati road tax yang kita dapat mutakhir
ini yang diperbuat daripada plastik merupakan satu bentuk yang dikatakan bermutu tinggi tetapi
sebenarnya tidak bermutu tinggi bagi saya sebab apabila kita hendak koyak hendak lekatkan di
cermin kenderaan itu, ia mudah terkoyak dan juga apabila dilekatkan di cermin kenderaan susah
untuk kita buka dan untuk lekatkan yang baru ia merosakkan ataupun mencemarkan cermin,
lebih-lebih lagi kalau sekiranya cermin itu diletakkan plastik untuk menghalang daripada panas.
Maknanya ini merupakan sesuatu yang perlu difikirkan oleh kementerian bahawasanya RM3.8
juta ini merupakan satu jumlah tambahan yang dipohon yang begitu tinggi tetapi nilai benda yang
dibuat itu saya rasa tidak memberi banyak faedah kepada pengguna-pengguna.
Kemudian yang keduanya berhubung dengan kempen keselamatan jalan raya yang juga
disentuh oleh Kementerian Kerja Raya tadi. Saya ingin mendapat pandangan daripada
kementerian, apakah selepas ini kita akan meneruskan lagi kempen-kempen kerana daripada
apa yang kita dapat pada kempen-kempen pada tahun-tahun yang lepas, apa juga perayaan baik
Tahun Baru Cina, Deepavali dan hari raya, tidak menolong banyak dari segi pengurangan jumlah
kemalangan. Kalau kita semak dari Great Britain misalnya, mereka mempunyai 70 juta rakyat,
2,700 kematian tetapi kita 20 juta rakyat lebih kurang 7,000 kemalangan dan jumlah kematian.
Jadi maknanya jumlah yang tinggi terhadap kemalangan dan kematian yang berlaku di jalan raya
kita. Apakah sebenarnya punca daripada jumlah kematian dan kemalangan yang tinggi ini?
Kalau sekiranya kita lihat daripada lebuh raya PLUS, jumlahnya mungkin tidak ramai tetapi jalan
raya negeri dan jalan raya bandaran inilah yang menyebabkan puncanya bertambah. Tadi
disebut oleh Yang Berhormat Tumpat berhubung dengan jalan di Gua Musang dan juga Kuala
Lipis iaitu merupakan jalan yang paling banyak mengorbankan nyawa terutama semasa
perayaan-perayaan yang kita ikuti.
Kemudian dari segi P.28 Pengorekan Pelabuhan, sekali lagi kita ingin mendapat
penerangan yang sejelas-jelasnya daripada Yang Berhormat Menteri sebelum mungkin beliau
akan mengundurkan diri selepas ini berhubung dengan perkara yang berlaku di Pelabuhan Klang
ini. Saya rasa penerangan yang rakyat perlu tahu daripada mulut beliau sendiri. Itu sahaja Tuan
Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat
Pendang.
7.12 mlm.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi
kerana memberikan saya kesempatan pada kali ini. Maksud B.29. saya hendak sentuh hanya
perkara berhubung dengan SPAN iaitu RM15 juta peruntukan tambahan. Seperti mana yang kita
bahaskan pada sesi yang lepas iaitu Akta 655 di mana SPAN diberikan kuasa bebas untuk
mengawal selia perkhidmatan bekalan air, mengawal selia sistem pembetungan dan kawal selia
ekonomi dan sosial. Jadi, daripada RM15 juta ini saya ingin - dan perbahasan yang hangat juga
pada sesi yang lepas berhubung dengan ada negeri-negeri yang ternyata tidak berapa enak
dengan penubuhan SPAN ini. Saya hendak tahu masih adakah negeri-negeri itu tidak bersetuju
dengan penubuhan SPAN dan pada mulanya ada negeri yang menentang.
Kemudian, saya ingin tahu apakah sumbangan setakat ini yang dapat diberikan oleh
SPAN dalam meningkatkan peningkatan pemberian bekalan air kepada negeri-negeri kerana
salah satu daripada tugas SPAN ini adalah untuk mengurangkan NRW (non-renewable water)
kerana kita tahu proses untuk meningkatkan perkhidmatan air ini cukup besar belanjanya.
Misalnya di negeri Kedah kita terpaksa ataupun Kedah terpaksa berhutang RM1.6 bilion tidak
silap saya dari segi untuk meningkatkan perkhidmatan air kepada rakyat di negeri Kedah dan
juga apakah RM15 juta ini termasuk di dalam janji yang telah diberikan oleh Perdana Menteri
yang lalu berhubung dengan pampasan alam sekitar yang dijanjikan kepada Kerajaan Negeri
Kedah supaya tidak menebang hutan ataupun kawasan tadahan air sebanyak RM100 juta bagi
setahun. Apakah RM15 juta ini termasuk di dalam kos ini. kemudian, saya juga ingin tahu Forum
Air Malaysia juga terletak di bawah SPAN ini, berapakah banyak aduan yang telah diterima oleh
Forum Air Malaysia ini? Apakah jenis-jenis aduan yang telah dilontarkan di dalam Forum Air
Malaysia ini dan juga berapa banyakkah kes-kes yang diselesaikan oleh Forum Air Malaysia ini?
Berhubung dengan kempen teknologi hijau RM1.5 juta. Apakah bentuk dan jenis kempen
yang telah dijalankan oleh kementerian di dalam mempromosikan teknologi hijau setakat ini
DR. 12.4.2010
127
kerana kita hanya mendengar teknologi hijau, apakah promosi ataupun kempen yang telah
dilancarkan? Seperti yang pernah saya cadangkan iaitu penggunaan air di dalam kita
menjalankan kenderaan. Apakah ini merupakan salah satu daripada perkara yang masuk di
dalam kementerian ini untuk kita mempromosikan atau melaksanakan kerja-kerja menggunakan
air sebagai bahan bakar dalam kenderaan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Kempen teknologi hijau.
Puan Noriah Kasnon: Teknologi hijau... Untuk teknologi hijau ini Tuan Pengerusi,
sebenarnya yang dipohon adalah sebanyak RM1.5 juta dan ia digunakan satu semasa
pelaksanaan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara pada akhir bulan Julai. Kemudian ia
termasuklah juga dengan penyelidikan-penyelidikan teknologi hijau, bengkel-bengkel, exhibition
dan seminar, usaha sama kementerian bersama MITI dan MATRADE, bengkel-bengkel
workshop bersiri dengan pihak players yang terlibat, pihak stakeholders.
Saya kira termasuk juga satu road show bersama dengan pelajar-pelajar universiti dan
juga pelajar-pelajar sekolah rendah untuk menerapkan budaya mencintai alam hijau ini. Saya kira
RM1.5 juta ini memang sudah habis dibelanjakan untuk tujuan kempen tahun 2009, kerana
teknologi hijau adalah perkara baru dan memang memerlukan satu kewangan yang agak besar
untuk menjangkau pemahaman ini ke peringkat akar umbi. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih.

Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat
Timbalan Menteri dan Tuan Pengerusi. Saya cuma ingin tambah satu sahaja. Guru memangku
tugas ini, saya mendapat gambaran daripada guru-guru yang memangku tugas DG41 ke DG44
di Tingkatan 6. Kalau biasanya enam bulan mereka telah dapat DG44 tetapi ada guru-guru
sampai dua tahun daripada 1/1/2008 memangku sampai sekarang masih boleh di letakkan di
DG44. Jadi saya rasa kementerian perlu mengambil perhatian dalam hal ini. Terima kasih.

8.45 mlm.
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertama sekali berhubung dengan RM157 juta ini untuk pack dispensing dan juga ubat alternatif.
Memang kita tahu sekarang ini banyak ubat-ubat yang datang dengan pack dispensing tersendiri.
Biasanya kita masukkan dalam botol yang dibawa ke farmasi dengan gelen. Jadi saya hendak
tahu, yang pertamanya berapakah keuntungan ataupun kementerian dapat menjimatkan hasil
daripada – kita tidak menggunakan cara konvensional iaitu dengan memasukkan ubat bendalir
dalam botol-botol biasa ini. Sebab ini nampak pertambahan RM157 juta, kalau sekiranya kita
bawa ubat yang sudah pack siap-siap untuk diberi kepada pesakit, tentulah tidak menggunakan
secara konvensional lagi.
Keduanya ubat alternatif oleh pakar, apakah bentuk ubat alternatif yang dimaksudkan di
sini. Keduanya tentang khidmat sokongan hospital. Saya hendak tahu apakah ini termasuk dalam
– yang diberitahu kepada kita berhubung dengan traditional and complimentary machine. Apakah
khidmat sokongan ini termasuk mereka-mereka yang terlibat dalam memberi perkhidmatan
dalam TCM ini.
Kemudian yang ketiganya telah disentuh mengenai linen tadi, tetapi approach saya
berlainan. Kalau sekiranya linen telah diswastakan, dobi telah diswastakan, kenapakah
kementerian terpaksa menggantikan linen padahal kita tahu kemungkinan kehilangan itu
disebabkan oleh perkara-perkara yang lain bukan hanya rosak tetapi terhilangkan. Itu yang kita
takutlah, kita takut syarikat yang mengendalikan dobi itu menjadikan perkara ini hilang dan
kemudian dibebankan RM35 juta kepada kementerian untuk menggantikannya.
Seterusnya tentang stockpile antiviral influenza sebanyak RM20 juta. Saya hendak tahu
syarikat mana yang terlibat memberi bekalan antiviral influenza ini, apakah ini juga terlibat
kepada influenza – vaksin yang diberikan kepada jemaah-jemaah haji yang ingin menunaikan
haji ataupun umrah. Kemudian Institut Jantung Negara, saya mendapat tahu bahawa IJN telah
mengembangkan sayapnya ke Kelantan dan Terengganu iaitu ke Pantai Timur dan telah
menyediakan kelengkapan-kelengkapan di Pantai Timur ini untuk mengadakan operation
cardiothoracic. Setakat manakah perkembangan IJN di Pantai Timur buat masa ini? Kemudian
tentang Pelan Tindakan Kebangsaan Kawalan Kanser. Kita tahu sejak akhir-akhir ini ramai stafDR.
12.4.2010
154
staf perubatan telah terlibat dengan masalah pesakit kanser dan saya pun pernah bekerja di Unit
Radioterapi Onkologi dan Perubatan Nuklear.
Jadi kami pada ketika itulah sentiasa terdedah kepada X-ray dan juga mesin-mesin untuk
memberi rawatan kepada pesakit. Apakah kajian pernah dijalankan kepada petugas-petugas ini.
Apakah kadar dos yang mereka terima setelah mereka lepas bekerja di Unit X-ray, radioterapi
dan juga unit-unit terapi dan juga unit-unit yang mengeluarkan pancaran-pancaran yang memberi
bahaya kepada staf itu sendiri.
Seterusnya kepada pandemik influenza H1N1, saya hendak tahu sampai masa ini,
berapa banyakkah dos yang telah digunakan dan apakah kerajaan berhasrat untuk menambah
dos tersebut kepada mereka yang bekerja di barisan hadapan. Ini kerana kita mendapat tahu
masih ramai lagi mereka yang bertugas di barisan hadapan ini tidak berapa berminat untuk
mendapat H1N1 vaccine ini. Apakah boleh diberikan kepada mereka-mereka yang lebih berminat
misalnya Timbalan Menteri ke ataupun saya sendiri yang berminat. Kita boleh mendapatkan
H1N1 vaccine ini dengan secara percuma.
Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah tentang enzim replacement therapy ini untuk penyakit
lysosomal storage disorders. Saya ingin mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung
dengan ini kerana saya tidak mendapat. Cari pun tidak berapa hendak jumpa ini, masalah ini. Itu
sahajalah Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang
Berhormat Timbalan Menteri. Saya semak di dalam Medical Assistance Act . 1977, Akta 180 dan
juga Medical Instruments Association Regulations 1986, Seksyen 41.
2120
Apabila saya semak dalam ini didapati dalam itu tidak disebut assistant medical officer.
Yang ada hanya medical assistant. Jadi, bilakah pembantu pegawai perubatan ini digunakan?
Sebab kita takut apabila berlaku sesuatu, misalnya pemberian MC ataupun pemberian ubat list B,
ia akan memberi kesan kepada medical associate itu sendiri.
Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah, Yang Berhormat .
Dato’ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Bukannya kepada istilah yang
digunakan sebagai pembantu pegawai perubatan. Ini melibatkan kepada masalah undang-undang.
Saya harap pihak kementerian lebih teliti dalam hal macam inilah.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.