Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, May 22, 2010

Bertegaslah wahai Menteri, kami setuju.


Menteri Dalam Negeri DS Hishamudin menegaskan bahawa PDRM akan bertegas dalam memantau kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Ana amat setuju dan 100% menyokong penegasan beliau tersebut dan berharap ia akan berterusan dan berkekalan serta sentiasa mendapat sokongan terutama daripada ahli agama kita terutama Majlis Agama dan Jabatan Agama serta Mufti-mufti didalam negara kita ini.
Ana juga menyeru agar beliau juga wajib dan perlu bertegas didalam kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam yang hendak dibawa dan diluluskan oleh Menteri Kewangan yakni meluluskan lesen untuk rakyat berjudi kerana berjudi adalah jelas dan qat'ii bercanggah dengan ajaran Islam." wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar( arak), judi, dan tenung nasib itu adalah najis daripada amalan syaitan, maka jauhilah ia moga-moga kamu mendapat kejayaan".
Oleh itu kita menyeru agar beliau sekali lagi menegaskan bahawa akan mengarahkan supaya pihak PDRM perlu bergerak seirang dengan sura rakyat dan orang agama untuk mencegah dan menghalang daripada Menteri meluluskan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam iaitu meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia oleh Kementerian Kewangan. Seandainya kita tidak mahu menjauhinya, ada dua kemungkinan yang mungkin terdapat didalam diri kita, samada tidak beriman atau tidak mahu kepada kejayaan.
Ana berharap ketegasan dan komitment beliau ini mestilah juga disambut oleh KPN yang rasanya amat bersetuju dengan hasrat beliau untuk menghapuskan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam tersebut.
Jadi gunakanlah apa cara sekalipun untuk menghapuskan judi bola sepak ini , apatah lagi yang semacam digalakkan oleh Menteri Kewangan dengan memberi lesen, ingat judi tetap bercanggah dengan ajaran Islam baik ada lesen atau tidak ada lesen. Jadi bertegaslah didalam menghalang perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.