Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, August 25, 2010

Macam mana nak hukum ni?

Cukup menarik membaca tulisan bekas Mufti Perlis yang sangat di kasihi oleh DS Shahidan Kassim ni.
Kata tak boleh dan haram doakan kesejahteraan orang bukan Muslim saperti tersiar didalam berita akhbar dalam negara kita saperti ulasan seorang Mufti dalam negara kita ekoran khutbah di Pulau Pinang.
Kita yang tak erti sangat pasal hukum hakam ni agak keliru la, sebab yang sebut salam 1 Malaysia sekarang ni ada juga yang erti agama, jadi macam mana ni aduhai tok Mufti yang arif , tolong lah beri fatwa sat.
Ikut fahaman hadis yang dibawa oleh Ust Asri ada juga Rasulullah sendiri hanya sebut assalamualaikum kepada hadirin yang Muslim dan Bukan Muslaim, jadi tak payah sebut Muslim lain dan Non Muslim lain.
Jadi minta la apa-apa pandangan yang boleh menghilangkan kekeruhan yang berlaku sekarang ini, bahkan sebuah hadis yang cukup popular dimana Rasulullah pernah memohon agar Allah menguatkan Islam dengan kemasukan antara dua Umar, satu Abu Jahal dan Satu Umar Al Khattab, maka Allah makbulkan doa tersebut dengan memberi hidayah dan Umar Al Khattab memeluk Islam dan menjadikan sahabat Rasulullah dan menguatkan Islam sehingga baginda dilantik menjadi Khalifah kedua selepas kewafatan Nabi saw.
Ulasan Dr asri boleh dilihat dan baca disini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.