Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Wednesday, August 25, 2010

Moga KEDA dapat berubah dibawah ALP baru.

Yang ni ana setuju 100 % , buat pa kita mengkelai nak bangunkan tanah di 89 % kawasan negeri Kedah ni, tapi tak mau ambik orang yang mentadnir Kedah jadi ALP. Bila kita kata nak tamatkan kontrak, maka depa pikir punya pikir, ya tak ya,kena la beri juga orang yang tadbir Kedah jadi ALP. Depa jangan ingat kita perintah macam yang depa buat cek no, kita insyaallah tak buat naya kat orang macam depa buat tu aih. dulu tempat ana, KEDA Tanjong Setoi, Jenun, nak 3 kali ana bangkitkan perkara ni dalam perbahasan parlimen, 16 orang penyokong bukan parti depa, dah nak serah kunci rumah dah, tetiba mai sorang ALP depa kot, potong nama kawan tu , dah lah mai mengamuk kat ana kata pemilihan depa pasai politik, ana mana la nak tau, yang pilih pegawai KEDA dan yang bagi kursus induksi di Sik juga pegawai KEDA, dok sangka dapat la, tapi dah nak masuk rumah dah ni, dicantas tengah jangan, kes zalim kot no macam ni. Tapi sampai la Menteri tak jawab, bawa ni bila soalan ana naik, ana tanya lagi, pun dpatak jawab, tapi kita tau semua mainan tu, kita kenai pegawai KEDA yang dok atas nu, depa nak buat macam mana pasai ALP dia kata orang depa.
Bila MB kata kita nak tukar orang hak jenih buat naya kat rakyat ni, maka ana sokong la 100 %, lepaih ni kita buat bagi adil elok, dan yang berhak , kalau cukup syarat, belah mana pun kita kena bagi, pasai semua depa ni rakyat kita belaka, yang tolong bayar cukai langsung ke tak langsung, yang sama sama membangunkan negeri kita, sama-sama ada anak bini nak bela dan cari makan, buat apa la nak buat tanaha macam tu. Moga KEDA lepaih ni lebih berjaya Insyaallah. Harap Dato' Fakhrun dan Dato' Mat Nor, teman sepondok ana di Simpang Kuala dulu berbaktilah kepada rakyat Kedah kerana Allah.

Kisah rumah sahabat di Telok Yan, juga pernah ana bawa dalam parlimen dan sedihnya dia dah dapat kelulusan pegawai KEDA , dah nak buat rumah , dah romoh rumah lama pasai nak guna tapak tu, duduk tumpang rumah ayah, tiba-tiba bila batu, bata dan pasir serta simen sampai, kontraktor dihalang drp buat rumah tu oleh salah seorang yang dok atas sana kerana kata depa dia ni penyokong parti bukan kalangan ALP tu lah.

Kedah sambung kontrak KEDA hingga Mei 2021

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
2010/08/26ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menyambung kontrak perkhidmatan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) hingga Mei 2021 bagi membangunkan ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar di negeri ini secara bersama dengan Kerajaan Pusat.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata penyambungan kontrak perkhidmatan KEDA itu yang akan berkuat kuasa pada 29 Mei 2011 hingga 29 Mei 2021 dipersetujui selepas Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerima cadangan menempatkan dua wakil kerajaan negeri dalam agensi berkenaan.Azizan berkata, beliau menerima surat persetujuan bertulis daripada kementerian berkenaan pada 19 Ogos lalu yang menerima cadangan untuk melantik Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Muhammad Nor Rofie sebagai ahli lembaga pengarah KEDA yang baru.Malah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga bersetuju untuk menerima cadangan melantik Timbalan Pengarah KEDA di kalangan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS). Bagaimanapun, perkara ini harus mendapat perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kerana ia membabitkan hal lantikan perjawatan."Sebelum ini, kerajaan Kedah menamakan tiga individu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah baru kepada agensi berkenaan bagi mewakili kerajaan negeri, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini semalam.Baru-baru ini, kerajaan Kedah membayangkan kemungkinan akan menamatkan perjanjian dengan KEDA selepas mendakwa Kerajaan Pusat seakan tidak berminat untuk melaksanakan terma terkandung dalam perjanjian dipersetujui bersama dengan kerajaan negeri yang dibuat sebelum ini.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.