Pembangunan datang, kita kena pergi, itulah apa yang ana dapat lihat akan terjadi kepada rakyat marhaen dikampong-kampong dimana juga sekarang ini. Walaupun itu tanah nenak moyang kita yang telah kita duduki dari dulu lagi, tetapi apabila pembangunan hendak dibuat, maka terpaksalah kita kena mencari tempat ganti yang lain buat kita berteduh. Inilah yang berlaku pada kawan-kawan kita yang tinggal disepanjang kawasan double tracking di landasan keretapi diantara kokbah dan tokai yang sedang giat dibina sekarang ini. Walau pun rumah mereka tidak akan diambil untuk dibuat landasan berkembar, tetapi kerana tanah mereka telah disempitkan dikiri oleh sungai buang air MADA dan dikanan oleh landasan berkembar, maka tinggallah tanah tapak rumah mereka yang sekangkang kera itu berhadapan pula dengan kabel elektrik yang akan dipasang dengan kuasa elektrik 24 KV . Ini sedah tentu akan menyebabkan semua orang kecut perut nak duduk dikawasan yang begitu tinggi kuasa letriknya. Semasa ana meninjau kawasan tersebut baru-baru ini, ana nasihat mereka supaya mengadakan perbincangan dengan syarikat berkenaan untuk sedikit pampasan gantirugi tanaman dan rumah yang terkena dalam plan pengambilan dan berharap mereka dapat bersatu untuk mendapat nasihat daripada kerajaan berhubung dengan status penempatan mereka dan risikonya kelak. Mereka telahpun menghantar surat kepada MB berhubung perkara tersebut, jadi ana harap satu penyelesaian terbaik akan dapat dicapai berhubung dengan perkara tersebut. Kalau dilihat pada gambar yang diambil semasa ana menziarahi rumah mereka, memang nampak dekat benar rumah dengan kawasan landasan yang bakal dibuat tersebut. Kayu pancang itu merupakan kawasan yang akan ditimbus dengan tanah merah dan memang tiang rumah mereka akan terpaksa dibuangkan.
Monday, August 11, 2008
Nasib ditanah air sendiri, kena lari walau tak dihalau.

Friday, August 8, 2008
Kelab 4X4 Pendang ber'ekpedisi' ke Gunong Inas Baling.

Pagi tadi ana telah dijemput untuk melakukan pelepasan peserta yang menyertai ekpedisi 4 X 4 ke Gunong Inas , Baling. Ana agak seronok kerana ramai peserta adalah terdiri dari mereka yang memiliki kenderaan pacuan 4 roda dan ini sudah tentu akan dapat membantu ketika berlaku musibah banjir atau sebagainya saperti yang kami di Pendang selalu hadapi. Program pagi ini turut dihadiri oleh Datok HJ mOHD tAULAN rASUL, EXCO Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Tokai . Semasa pelepasan ana menasihatkan mereka agar berhati-hati dalam perjalanan dan juga semasa berada diatas Gunong Inas nanti kerena faktor keselamatan merupakan suatu perkara yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu ekpedisi. Rombongan ini juga dilengkapi dengan unit kembalik dan teknikal serta dengan motosikal scrambler yang akan membantu didalam keadaan yang memerlukan disana nanti. Atas perbincangan dengan Presiden kelab, ana beri satu pandangan untuk masa depan supaya mereka memilih satu tempat atau kampong untuk kita melakukan kerja amal mambaiki rumah atau apa juga bentuk gotong royong yang mamberikan faedah langsung kepada rakyat khususnya di Pendang in, dan presiden kelab cukup bersetuju dengan pandangan ini, alhamdulillah.
Ana ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Ahmad Suderman dan En Joey Lee Hwa Meng kerana menganjurkan program ini dan semoga ia dapat meneratkan lagi hubungan sesama ahli dan juga masyarakat sekitar. Diharap juga pada masa depan kita akan adakan lebih banyak lagi program berupa gotong royong membantu masyarakat kampong insyaAllah.
Juga terima kasih kepada Datok Hj Mohd Taulan Rasul yang sudi singgah sebentar pagi tadi untuk majlis pelancaran dan beramah mesra dengan peserta serta memberi komitment untuk mengadakan majlis gotong royong pada masa depan.
Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Tanah Merah, Ust Omar, terima kasih tuan Imam.

Gambar sekitar progaram pagi tadi, hanya guna handphone, kamera orang pinjam.
Bakar Haq dah bebas, syukur.
Syukur diatas pembebasan sahabat yang banyak mengajar ana pasal blog memblog ni, Sdr Bakar Haq,atau dikenali penarik beca, katanya salahnya adalah kerana lambang PDRM. Ya lah, memang yang beliau copy dan paste tu tak disenangi oleh anggota PDRM kita tu, tetapi kalau kita baca SD daripada DR Osman yang dimuat dalam blog Malaysia Today tu, ana rasa PDRM tak boleh salahkan rakyat juga kalau rakyat tak berapa suka dengan mereka . Kalau kita buka peristiwa lama bekas Ketua Polis Negara yang labuh bekas TPM sampai hampir kojol tu dulu, rasanya mungkin lagi teruk daripada logo yang penarik beca buat tu, ana pun tak tahu apa logonya, tak sempat nak buka tengok. Dalam SD Dr Osman, dinyatakan tulisan tangan yang dia sain dengan yang bertaip ada terdapat kandungan yang berbeza, walau pun dia tak berapa fasih BM tetapi masih tahu apa yang berbezanya. Pasal tu la kut tok ana pesan dulu ni masa ana masih kecil lagi, jangan lah cucu dia ni kerja polis.bila tanya pasal apa, dia tak cakap pun, tapi bila suasana yang berlaku sekarang ni, faham lah kita sikit-sikit kenapa.
Begitu juga ana agak keliru bila Menteri KDN Datok Syed Hamid kata dalam bab rasuah tak kan orang yang memberi rasuah kita nak persalahkan, hanya orang yang terima rasuah saja yang kena dipersalahkan. Keliru juga ana, bila suatu masa dulu tok guru Nik Aziz kata oarang nak rasuah dia, tapi tak buat report kepada BPR pun pasal orang tu tak bagi pun, tetapi TGNA dipersalahkan kerana tak laporkan kepada BPR, itu baru janji nak bagi, sedangkan dalam Islam nabi kata 'arrashi wal murtashi fin nar', orang beri dan terima rasuah adalah dalam neraka, Ada sapa yang lebih arif pasal undang-undang BPR tolong beri tahu ana, sebab kalau Menteri silap, nak perbetul dia dalam sidang parlimen akan datang, kalau ana silap, memang ana bukan tahu undang-undang BPR pun, bukan lulusan law pun, tak apalah , tapi kalau menteri KDN silap, cukup malu kita, ya sahabat tolong perbetul kalau ana silap, hantar e mail pun tak pa.
Satu lagi ana nak tanya, kalau 377B yang dikatakan liwat suka sama suka ni, agaknya kalau yang kak nyah dan mak nyah dan abang nyah yang dok belakang pejabat PAS jalan Raja Laut tu agaknya buat report kata kena liwat suka sama suka, agaknya teruk juga abang polis kita kena siasat dan peguam kita kena masuk mahkamah bicara kes, sapa yang report dulu maka tentu dia selamat, dapat perlindungan macam budak tu, tetapi sapa yang report kemudian, kena dakwa 377B, pasal liwat suka sama suka, agaknya kena tambah polis dan peguam lagilah Malaysia ni, dunia-, dunia, apa nak jadi, dah akhir zaman la ni.
Ana dapat maklumat pasal di Kpg Lampam, Kubur Panjang sepasang warga emas yang dalam keuzuran memerlukan pembaikan rumah , bila sahabat dan PA ana pi tengok, masya Allah, begitu teruk rumah dia, kalau kita nak kata bangsal ayam pun agaknya tak tergamak hati, menunggu hari nak menyembah bumi. Ana tanya bila lagi macam tu, sahabat kata dah lama dah, maknanya sejak BN perintah Kedah lagi la, tetapi ana rasa perlu kita bantu baiki rumah dia, mereka ni sepasang warga emas keturunan Siam di DUN Sungai Tiang, mengikut katanya, dulu YB disitu berjanji nak baiki, tetapi sampai lepas PRU 12 masih belum lagi.
Jadi ana harap kepada penderma yang ikhlas nak bantu, sila tolong kita sama-sama baiki rumah dia, ana seorang rasa nya tak mampu nak tolong kerana yang macam tu cukup ramai disini. Kalau nak pi boleh pi ke KPG Lampam, Kubor Panjang atau pi ke Pusat Khidmat kami di Pekan Kpg Baru atau Pekan Pendang, sama -sama kita bantu sahabat kita, moga Allah tambah rezeki kita. insyaAllah.
Rumah dia ada dalam gambar diatas ni.
Wednesday, August 6, 2008
Melawat kawasan

Alhamdulillah, pada kesempatan cuti dari persidangan kali ini, ana sempat turun melawat kawasan dan melhat suasana kedaifan yang masih lagi wujud dalam masyarakat kita yang dikatakan berada dalam negara yang makmur dan mewah ini. Apabila kita sendiri turun melihat suasana dalam keadaan yang mengejutkan, maka dapatlah kita kihat apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita. Dalam perbahasan dan jawapan dalam perlimen, menteri luar bandar yang tak ada kawasan, senator menyatakan beliau akan pastikan kemajuan luar bandar dalam lingkungan 30 km dari bandar akan mendapat kemudahan asas saperti letrik, air dan jalan berturap , maka saya pun berjalanlah mengelilingi kawasan pada Jumaat lepas, tiba-tiba di Kpg Gelong Gajah, Tobir, hanya beberapa km saja dari pekan Pendang, begini keadaan jalan yang dijaga oleh MADA untuk kegunaan penduduk dari Senara untuk datang ke sekolah di Maktab Mahmud Tobiar. Bayangkan gambar ini saya ambil diwaktu panas, musin tidak ada hujan masih lagi ada air bertakung, cuba bayangkan kalau musim hujan, bagaimana akan terjadi pada jalan ini, tentu akan jadi lebih teruk dari yang kita lihat daripada lapuran TV di Sabah dan Sarawak. Penduduk berharap kalau boleh pihak MADA menabur batu kasaran pun tak apa untuk mengurangkan maslah habuh dan selut tu, tapi kalau tar lagi bagus la.
Lepas tu ana pergi pula ke KPG Alor Besar, melihat warga emas yang berada dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah beliau yang sudah rosak teruk, ana tanya kenapa selama ini mereka tidak mendapat bantuan kebajikan dan lain-lain, apa yang diberitahu adakah diskriminasi daripada JKKK disitu yang tidak mahu memberikan kerjasama untuk mendapat bantuan bagi beliau. Insyaallah ana kan berusaha untuk beliau mendapat bantuan samada kebajikan atau PPRT.
Ujian Allah datang lagi.

Alhamdulillah, hari ni dah disambung balik kabel yang dicuri depan rumah ana. Masuk kali ni dah dua kali kena potong, pasal tu banyak hari tak dapat nak update blog ni. Depa ni pun tak kesian dekat STM sungguh la, buat susah orang kampong nak guna internet kalau macam ni punya gaya, tak ada kerja lain melainkan curi kabel telefon saja. Kalau dapat sipencuri ni, nanti masyarakat kampong buat macam yang berlaku di Lubuk Merbau kepada pencuri skrap baru depa ni tau, ana dengar khabar bila depa dapat tangkap pencuri skrap suami isteri tu, depa paku tangan pencuri tu dengan skrap sekali dengan paku 5 inci dibatang pokok getah, lepas tu baru lapor kepada polis, itu belum di pukul sampai patah tangan macam satu tempat dikawasan ana juga beberapa tahun lepas. Orang teruk kerja mencari rezeki, depa senang-senang mai ambil kesempatan curi skrap dan dapat duit. Ana biasa tanya seorang Cina taukeh Emas dimana emas dia kena curi, beratus ribu hangus satu malam, apa dia nak buat kalau dapat pencuri tu, dia kata nak potong tangan, kami kata itu la yang Islam nak buat kepada pencuri bila cukup syarat, sampai sekarang dia ni sokong PAS kalau mengundi, dia kata masa mengundi baru ni dia naik kebulan dengan roket, dacing orang tak pakai dah, penipu besar. Anyway ada sikit gambar pasal bantuan rumah yang dapat diberikan kepada orang daif dikawasan ana dan dia bersyukur kerana mendapat rumah yang lebih selesa anak beranak hasil bantuan dari pusat khidmat wakil rakyat PAS Pendang. Ana mengucapkan syukur diatas segala pertolongan sahabat dan rakan yang bersimpati menolong kami untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Ana bersyukur kepada Allah kerana En Shuib Awang dapat juga menginap dirumah yang agak selesa sekarang ini hasil bantuan yang kita berikan kepada beliau sekeluarga( gambar atas, sedang dukong anak).. Alhamdulillah.
Tapi ada juga berlaku musibah saperti ribut dan kebakaran yang berlaku di Paya Sulaiman dan Pondok Seberang Pendang, kepada penderma yang ingin membuat bakti kepada mereka yang ditimpa musibah harap dapat menghubungi ana untuk membantu mereka melalui HP ana 0193363604, Dr Mohd Hayati Othman.Ahli Parlimen Pendang.
Saturday, August 2, 2008
Patuhilah Nasihat Mufti.

Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh - Ustaz Asri
Mufti Perlis tegur Pak Lah letak kalungan bunga Tugu Peringatan
01-08-2008 06:42:21 PM
PETALING JAYA: Perbuatan bertafakur, meletakkan kalungan bunga atau tabik hormat yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin membuat kenyataan ini ketika mengulas tentang istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan semalam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah memulakan upacara meletakkan kalungan bunga itu, diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.
Terdahulu, Abdullah menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan penghormatan membabitkan 103 anggota dan pegawai Askar Melayu Diraja.
“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan,” jelas Dr Asri.
Kata beliau lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.
“Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin,” jelas Dr Asri.
Menurut Dr Asri, jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.
“Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar,” katanya.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”
Perbuatan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara ini juga difahamkan melanggar Fatwa Mufti (Edisi 2008).
Di bawah SubSeksyen 36(1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak mengikut SubSeksyen 39(6) Enakmen menyatakan, ” Meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan”
Hairan bin ajaib ana bila lihat apa yang dihidupkan semula oleh Imam Hadhari kita ni, dulu semasa Cik Det jadi PM bila Mufti kata haram, maka terus ditinggalkan , tapi mai PM yang lulusan bidang pengajian Islam ni , tak taulah mungkin lebih alim dari Mufti maka dihidupkan semula amalan khurafat, bidah dan mengagungkan tugu macam nak semabah berhala lagaknya, nauzubillah kita pohon mereka yang terlanjur ini bertaubat sebagaimana diseru oleh Mufti Perlis, walaupun negeri dia kecik, tapi Mufti dia berani macam cili padi. Sebab tu kita lihat masa YDP Agong dari Perlis tidak ada kerja buboh bunga kat patung tugu Negara ini. Kalau PM masih berdegil lagi nak buat pada masa depan, maka ana rasa tak ada beza dengan apa yang Datok Samy Vellu letak dalam rumah dia tu la, cuma mungkin dia letak bunga lepas tu dia sembah hari-hari, tu tak apalah pegangan agama dia macam tu, ni kita yang mengaku Islam tapi buat kerja nak kearah itu pasal apa, mungkin Islam Hadhari kut.
Ana rasa Pak Lah patut bertaubat kalau macam tu, tapi kalau tak mau ikut nasihat Mufti Perlis, mungkin dia ikut Islam Hadhari la tu, sebab Islam di Perlis adalah Sunnah wal Jamaah. Pasal tu la bila ana dengar iklan dalam radio IKIM FM dulu ada satu program yang akan dihadiri oleh Mufti Perlis, tiba-tiba sekarang iklan tu dah tak ada nama Mufti Perlis lagi sebagai penceramah dia, hanya tinggal Pengarah IKIM, Pengarah JAKIM dan Dr Aziz Bari sahaja, Mufti dah di blaklistkan, mungkin keran suruh PM bertaubatla kut. Itu lah zaman sekarang, tegur sikit dah kena gam, zaman saidina Omar dulu nak angkat pedang nak bunuh Saidina Umar pun tak pa kalau dia buat salah. Mungkin inilah zaman keagungan Islam Hadhari.!!!
Monday, July 28, 2008
History will repeat by itself
Sejarah akan berulang, jangan kita kata tak berulang. Kesilapan manusia yang menyebabkan sejarah akan berulang. Mereka yang tak belajar dari sejarah adalah mereka yang akan sering melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi mereka yang tidak pernah merasa jerit payah menghadapi suasana yang susah dizaman kegelapan. Kita tidak mahu mereka yang hidup dizaman senang lenang dan mewah ini lupa akan kepayahan yang dihadapi oleh kepimpinan terdahulu yang terpaksa bertarung dan bertungkus lumus menghadapi mehnah dan tribulasi yang amat mencabar. PAS pernah berpecah , kepimpinan PAS pernah lari dan pernah kena bunuh, tetapi ini semua sudah tentu menjadikan PAS lebih matang dan berhati-hati dalam menghadapi situasi, bahkan inilah yang menjadikan PAS lebih digeruni dan dipuji kerana ketahanan ahli dan kepimpinannya. Ana amat setuju dengan apa yang diulas oleh Ketua Penerangan saperti yang ana paste dibawah ini, semoga selepas ini tidak ada lagi titik bengit yang memecahbelahkan ahli PAS yang sudah pun dilihat selesa dengan suasana yang ada sekarang ini. Kita buatlah persediaan menghadapi PRU 13 nanti dengan suasana yang lebih mantap dan jitu dengan saf yang akan menerajui kita dimasa mendatang . Moga apa yang Allah berikan ini kita terima dengan penuh iltizam dan keazaman yang kuat agar apa yang dicita-citakan akan tercapai hendaknya, insyaallah
"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.
Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila �muzakarah� tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.
Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.
Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat."

Wednesday, July 23, 2008
Komisyen kepada POS Malaysia berapa nak bagi?
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Pendang.
12.32 tgh.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, tentang
RM5 bilion untuk rebat ini, saya ingin mendapat penjelasan daripada Menteri Kewangan
berhubung dengan dakwaan dia mengatakan kita belum menentukan komisen sebanyak mana
akan diberikan kepada Pos Malaysia. Saya hendak tanya apakah RM5 bilion ini termasuk
komisen yang akan ditentukan? Sebab benda ini belum tentu lagi. Bila belum tentu kita tidak
tahu. Mungkin perlu pertambahan daripada RM5 bilion kerana jumlah kenderaan yang terpaksa
mendapat rebat ini mungkin bertambah selepas ini.
Yang keduanya, tentang hak nelayan-nelayan untuk mendapat kuota minyak. Saya
harap perlu ditambahlah sebab nelayan di Kuala Kedah banyak yang mengeluh sebab tidak
kecukupan minyak dengan kadar subsidi yang baru RM1.43 sen itu. Terima kasih.
Ana tanya ni dalam peringkat JK pasal nak tahu berapa banyak yang POS Malaysia dapat, kerana dalam POS Malaysia tu ada juga saham yang dimiliki Capital Aveneu dan dalam tu ada lah lagi orang -orang yang dekat dengan Menteri Kewangan, jadi masalah disini bukan apa, bila kerajaaan naikkan harga minyak kerana nak kurangkan subsidi, jimat 13.4 billion, kerajaa terpaksa bagi ribet 5 billion dan struktur semula subsidi sebanyak 10 Billion, jumlah 15 billion, maka minta tambahan 15 billion dari parlimen. Nampak bodoh lah kalau macam ni , pasal tu ana tanya berapa komisyen yang POS dapat setiap ribet yang dibayar 5 billion tu, tapi macam biasa tak jawab. Hari tu kata tak bincang berapa nak bagi, macam ni orang BN buat kerja, esok2 minta tambah lagi pasal kalau POS minta lebih kerajaan terpaksa bagi kerana dah guna khidmat mereka untuk bagi ribet kepada org ramai. Macam tu lah BN buat kerja, tak cukup duit, rakyat tanggung, nak duit minta dari rakyat, lebih duit bagi kat syarikat anak cucu. Mampus rakyat macam ni, dah nak lingkup pun masa ni lah mereka ni nak kaut habis -habisan.
Kadang-kadang meluat dok dalam tanya soalan pasal tu la, lebih baik dok atas pentas ceramah kat rakyat, depa tak jawab punya geng ni.

Kuat pemimpin kerana kuat ahli dan penyokong.
"Siapa tidak tahu track record Paklah, menipu dan memungkiri janji, dia bukan sahaja memungkiri janji dengan lawan politik tetapi kawan dalam pasukannya termasuklah perjanjiannya dengan Dr Mahathir. Menipu dan berbohong adalah sikap utama dalam golongan orang Fasiq, malah orang Fasiq kesaksiannya juga ditolak oleh Islam. apakah pemimpijn Pas tidak tahu kegemaran Paklah menipu dan menikam kawan dan lawan dari belakang? dari sejarah geng Parti Semangat 46, isu pendidikan sekolah Agama Rakyat sehinggalah dalam hal hal melibatkan kepentingan Rakyat Paklah sememangnya penipu.
Bermuzakarah tidak ada salahnya.. kenapa kita tidak sahaja cari mana mana ahli Parlimen dari Umno yang mahukan perubahan dan beralih kepada Islam untuk berunding? ramai ahli Umno diluar sana bersedia berubah tetapi mereka tidak yakin untuk terjun kedalam Parti seperti Keadilan yang disifatkan sebagai parti bermusim seperti semangat 46, kenapa tidak sahaja Pas mengikut rentak Anwar bertemu dengabn pemimpin pemimpin dalam Umno berunding untuk mereka lompat Parti dan beralih kepada pakatan rakyat? tetapi berbicang soal tawaran jawatan dan kuasa dari Paklah yang paling kuat menipunya, terus terang saya cakap dari hari pertama Paklah menjadi Perdana Menteri naluri hati saya tidak pernah suka dengan Paklah. malah kebencian saya kepada Paklah lebih dari kebencian saya kepada Dr Mahathir. dia menggunakan agama(Islam hadhari) menipu Rakyat, malah menjadi penyebab banyak dari sekolah agama rakyat yang dahulunya melahirkan pejuang pejuang Pas tutup satu persatu dengan asakan dan tawaran Dunia dari paklah. dia laksanakan JQAF menyebabkan guru guru sekolah agama rakyat lari dan graduan yang pulang dari mesir dan jordan menebal sikap penakut untuk dekat kepada PAS, secara jujur saya minta orang Pas lihat sekeliling anda, dalam jamaah anda? mana pergi ustaz ubtaz dari mesir? saya rasa lebih ramai profesional dan bukan ahli agama yang dekat dengan jamaah Islam, sebab apa? sebab kebanyakannya takut kalau kalau hilang gaji dan elaun.JQAF. ini yang saya lihat disekeliling saya dan sikap penakut kawan kawan saya. Dosa Paklah terlalu banyak kepada Islam apakah pemimpin Pas tidak pernah sedar. lihat apa jadi dengan warisan sekolah agama rakyat yang dibina oleh ustaz ustaz dan pak pak lebai dalam Pas, sudahkah ianya tergadai kepada kerajaan Pusat? "
Ana tertarik dengan artikel dalam laman Marhaen ini dan sengaja ana copy dan paste disini agar ia menjadi renungan atas salah satu dari ribuan keluhan yang disuarakan oelh rakyat dan penyokong ekoran terbongkarnya isu perbincangan antara pemimpin PAS dan UMNO baru-baru ini dan disensasikan oleh media perdana setiap hari. Inilah yang ana rasa perlu direnungi oleh para pemimpin parti yang menerajui PAS pusat sekarang ini. Kalau kita berbincang dengan musuh kita tanpa restu dan pengetahuan ahli diperingkat bawah , inilah jadinya, bila mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Para pemimpin itu pergi secara senyap kepada musuh, kononnya nak berbincang pasal perpaduan Melayu dan Islam, tetapi musuh tradisi kita itu dengan jelas dan terang membongkar rahsia pertemuan dengan kita dan dilondehkan semuanya sekali apa yang telah dibawa dalam perbincangan itu, nah, sekarang siapa yang sudah nampak tehegeh-hegeh dan malu, bukankah kita yang digambarkan sebagai kebulur jawatan dan tak tahu nak jaga hati rakyat yang mengundi. Ingatan kepada yang menjadi pemimpin diperingkat atasan, kita naik kerana orang bawah, ana sudah puas mendengar bermacam rungutan dan keluhan mereka diakar umbi mengatakan bahawa kalaulah begini rupa mereka yang menjadi perunding dan pemimpin, kalau silap haribulan, dijangka suatu yang lebih buruk dari 1978 boleh berlaku dalam parti yang kita sayangi ini. Kita rela pemimpin pergi, dan telah ramai pemimpin yang pergi meninggalkan PAS, tetapi kita tidak rela ditipu oleh musuh tradisi kita yang banyak menyusahkan kita dalam perjuangan Islam ini. Tidak cukupkah kita dengan satu demi satu penipuan yang telah mereka lakukan kepada kita, sudah lupakah kita dengan satu demi satu penginiayaan yang terkena terhadap kita, berapa ramai ahli kita yang dirundung kecundang dalam berbagai aspek kehidupan dengan kerja buat mereka ini dan pulak tu diizinkan oleh Allah, tidak cukupkah dengan jatuh lubang sekali dan nak jatuh lagi dalam lubang yang sama kali kedua. Percayakah kita kepada perundingan dengan musuh, tentu mereka datang dengan tektik dan teknik untuk menipu dan menginanya kita. Nak sekarang lihat, apa sudah jadi dengan perpaduan sesama kita, ada ura-ura nak adakan demo menyokong kenyataan TGNA dalam penentangan terhadap muzakarah ini, apa pula terjadi kepada penyatuan PAS selepas ini jika ini benar-benar berlaku, bagaimana dengan kerjasama kita didalam pakatan rakyat nanti.
Jadi harap kalau pemimpin nak buat sesuatu, ingatlah bahawa kita naik kerana ada orang bawah, jangan buat sesuatu hanya kerana janji dan habuan yang dikilaukan oleh pihak musuh, ingatlah bahawa sesungguhnya musuh itu mesti ada muslihatnya, kalau tidak takkan seluruh media digunakan untuk mempromosi muzakarah ini.
Renuglah wahai pemimpin ku, agar yang dikendong tak keciciran, yang dikejar tak kesampaian, nanti besok tinggal kita kesaorangan , nak cari pencadang dan penyokong pun susah bila nak isi borang nak masuk jadi calon, kena lari sana dan lari sini.

Sunday, July 20, 2008
Bentuk DNA yang tersimpan, bukan perlu darah baru
antara gambaran DNA data yang trsimpan dari 6 orang yang berlainan.Tan Sri Musa Hassan dan TS Ghani Patail, tak akan terlibat dalam siasatan kes DSAI. Begitulah agaknya bunyi penegasan PM dalam kes DSAI ni, dan berharap dapat juga sampel darah untuk ujian DNA nanti, yang dulu sampel DNA dah lama, tak boleh digunakan lagi.
Kesian kat ketua wazir kita, tanyalah doktor sikit , dan tanyalah pegawai undang-undang sama. Kalau Ketua polis tak boleh terlibat dengan siasatan, sapa nak siasat lagi, bukankah semua polis dibawah arahan KPN, begitu juga kalau pendakwaan tidak boleh dilakukan oleh Peguam Negara, siapa lagi yang nak mendakwa, kerana semuanya berada dibawah bidang kuasa peguam negara. Awat tak cerdik sangat ketua wazir kita ni tak tau. Mungkin mengantuk lagi kut.
Ana nak tegaskan sekali lagi pasal DNA lama ke tak lama ke, bukan bukan soalnya. Sebab DNA ni adalah satu bentuk macam data yang boleh dipaparkan atas komputer screen atau gambaran yang boleh disimpan datanya untuk beribu tahun, kalau nak tengok sama ke tak sama dengan bahan ujikaji yang dibawa kemudian, misalnya kita dah ada data DNA si A, bila kita buat tuduhan dan jankaan bahawa siA adalah pelakunya, maka ambillah data yang lama tersimpan tu, bandingkan dengan apa juga sel dari tisu si A yang baru ni, bulu, kuku, rambut, darah, air mani, liur , kulit dan sebagainya. Kalau kita dah ada data yang telah dilakukan ujian DNA sebelum ini dan masih ada dalam simpanan, tak perlu lagi nak ambil sampel apa-apa pun dari si A yang disuspek tu, kerana data DNA dah ada. Sebab itulah di negara maju, mereka ada data DNA untuk rakyat dia dalam bank data DNA, bila sesuatu malapetaka atau jenayah berlaku, cari saja bentuk data DNA dalam bank data dan bandingkan dengan sampel data DNA yang diuji tu, kalau sama, maka itulah orangnya yang terlibat.
Ambillah sampel dari punggung/ dubur yang buat laporan polis tu, colek sikit tisu punggung dia tengok samada ada atau tidak hasil mahsul yang DSAI punya dalam dubur dia kalau benar dia kena liwat la, pas tu tes la DNA dari tisu tu, bandingkan dengan data DNA DSAI yang tersimpan dalam data bank sejak 1998 tu, tahulah samada dia kena liwat sungguh atau pun tidak. Apa tujuan nak ambil darah baru, pas tu calit kat dubur sipengadu, pas tu calit dengan cotton bud, pas tu tes DNA, memanglah yang DSAI punya, dah darah baru ambil dari lengan DSAI. Itu yang DSAI takut nak bagi darah tu, bukan apa.
Dalam kes DSAI ni, apa yang peguam dia kata memang telah berlaku dan bila nak dihujahkan dalam mahkamah dulu, hakim tak bagi.
Darah yang diambil, kalau ditanam dalam punggung /dubur simangsa liwat, kemudian dr akan ambil sampel dari dubur mangsa liwat tu, tes DNA sampel tu dan didapati DNA data dia sama dengan DNA yang dah ada dalam simpanan, maka DSAI akan dituduh melakukan jenayah liwat, begitu mudah difahami suasana yang akan terjadi. Ana rasa orang kampong pun boleh faham tanpa perlu mengaji tinggi. DNA tak perlu diulang-ulang dan tak akan rosak disimpan lagi. Cuma darah perlu diambil, mungkin ulangan apa yang mereka telah lakukan pada 10 tahun lalu itu yang dikhuatiri oleh DSAI saperti yang dilaporkan oleh peguam beliau. Sebab darah beliau 10 tahun dulu memang dah dibuang dan dah rosak, jadi perlu darah baru untuk ditanam saperti mereka tanam dalam tilam macam peguam dia kata tula, pas tu tes DNA, memangla DNA DSAI yang ada disitu. Dunia akhir zaman, tapi rakyat makin cerdik dah. Tak kan nak tipu sampai banyak kali kut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.