Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Thursday, October 1, 2009

Manziarahi mangsa ribut.

Sepanjang pagi tadi, ana bersama dengan ADUN Tokai, Dato' Mohd Taulan Rasul menghabiskan masa dengan melihat kerosakan hasil dari ribut yang melanda Pendang tengahari kelmarin yang menyebabkan tidak kurang dari 20 buah rumah mengalami kerosakan, ada yang teruk dan ada yang hanya sekadar sekeping dua atap ditiup angin .

Suasana paling teruk ana lihat adalah rumah En Ibrahim di Kampong Guar Kepayang yang mengalami kerosakan struktur yang teruk dan sudah tidak boleh dibaiki lagi kerana kebanyakan kayunya sudah reput dan ada yang dimakan anai-anai. Beliau sekeluarga kini diberi tumpang menginap di Markas UPU Kampong Bahagia Guar Kepayang sehinggalah rumah yang beliau sedang buat dan terbengkalai sekian lama dapat disiapkan .

Ana merayu kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban beliau bolehlah menghubungi PAS Kawasan Pendang untuk menyalurkan bantuan atau ana sendiri melalui talian 047411748 atau En Abd Rahman SU Lajnah Kebajikan PAS Kawasan talian 013 4093850. Moga dengan pertolongan kawan dan rakan dapat mempercepatkan menyiapkan rumah yang beliau bina sejak sekian lama itu.

Antara kampong lain yang terlibat adalah di Panchor, Becah , Lubok Ular, Lahar Batu , Carok kudong dan Banggol Petai. Ada yang rosak dipukul ribut terus dan ada yang rosak kerana ditimpa pokok yang tumbang tiup angin.


Lawatan ana tersebut juga disertai oleh Pegawai dari JKM Pendang untuk meninjau tahap kerosakan yang dialami oleh mangsa.Dalam lawatan tersebut sedikit sumbangan diberikan kepada mangsa terlibat hasil dari sumbangan lajnah kebajikan Pas kawasan dan negeri.
Ana bersyukur kepada illahi kerana tiada kemalangan jiwa didalam trajedi semalam itu.
Ada diantara rumah ini sudah biasa terkena ribut pada tahun lepas, setelah dibaiki dan belumpun pulih sepenuhnya , terkena lagi ribut yang terus menghilangkan bumbung rumah beliau saperti terjadi pada En Ahmad Daie ini.
Moga mereka yang terlibat bersabar menghadapi ujian ini dan membuat lapoan kepada pihak terbabit agar bantuan sewajarnya dapat diberikan.

Tuesday, September 29, 2009

Selamat berjuang menentang rasuah

1. ISA calon BN Bagan Pinang.
Terkejut juga den bila dengar TS Muhyiddin kata rakyat diutamakan maka dia umumkan TS Isa Samad sebagai calon BN di PRK Bagan Pinang. Memang dari sudut orang Teluk Kemang , Isa lah satu-satunya calon depa yang agaknya boleh menang, kalau letak yang lain, belum tentu boleh pertahankan. Tetapi bagi keseluruhan kepimpinan yang lain, dari yang dah pencen sampai kepada yang duduk dalampeti sejuk UMNO sampailah kepada Ketua Pemuda yang tak berptfolio dalam kerajaan pun tak setuju, bahkan khabarnya bos di N9 pun tak setuju, pasaltu depa hantar 3 nama menurut maklumat daripada TS Muhyiddin Yassin tu.
Walau bagaimana pun, kita lihatlah nanti apayang akan disilatkan oleh pejuang BN untuk mempertahankan perasuah yang disahkan oleh mereka sendiri untuk menjadi pemimpin rakyat melalui kemenangan dengan undi POS itu.Kalau majority dulu 2300 lebih dan undi POS sudah ada 4900 lebih, maka apa kita nak kata lagi kalau tidak menang dengan undi POS.
Khabar dari empunya cerita sahabat dan teman yang pernah berpuluh tahun berkhidmat dalam tentera dan dah pun berpangkat Brg Gen la ni, sejarah berapakali PRU dia tak pernah pun mengundi didalam PRU itu, tetapi memang nama dia ada dan mengundi, kita nak tanya siapa yang undikan untuk dia. Juga ada teman dekat rumah ana, dalamPRU 11 lalu, bila kita cari nama diadalam daftar pemilih untuk datang mengundi, dia duduk relak dirumah, bila ditanya kenapatak pi mengundi,dia kata dah undi, bila tanya nama dia ada tapi belum potong pasal belum mengundi. baru tahu dia sudah undi POS. Maknanya ada dua nama dia dalam daftar pemilih,satu POS dan satu lagi orang awam, jadi apa yang didedahkan oleh AMK tu ana rasa memang adakebenarannya. Kalau nak bagi rakyat percaya undi POS ni telus, maka SPR kena bagi wakil parti hadir dan sahkan bahawa kerts undi itu dicop pada masa mengundi dan itu yang akan dikira, bukan orang laian yang mengundi atau kertas undi lain yang akan dikira nanti.
Namun harus dingat bahawa perjuangan UMNO nak hapuskan rasuah ni nampaknya sekali lagi kantul kerana orang yang terlibat dan dihukum sendiri yang dilantik kali ini, macam mana lagi rakyat nak menaruh kepercayaan terhadap janji manis dibibir tersebut.Kalau dah bersalah dan dihukum oleh mereka sendiri, tapi masih lagi dilantik,apa lagi yang rakyat boleh harap dengan janji sebegini. Tubuhlah badan apapun, buatlah suruhanjaya apa pun, tapi kalau yang dah sah terlibat dengan rasuah beli undi dalam parti sendiri, apakah kita boleh janji tidak akan berlaku beli undi ddalam pilihanraya sebenar.
Renunglah wahai rakyat yang mempunyai fikiran dan inginkan keberkatan dari tuhan.
PAS telah juga mengumumkan PJ N9 sebagai calon mereka dan diharap perjuangan beliau kan dapat diteruskan dengan memulakan kemenangan di Bagan Pinang ini insyaAllah.

2. Makkal Sakti.
Ini satu lagi perkara menarik yang boleh dibincangkan, kalau selama ini agak sukar dan lambat untuk mendapat kelulusan menubuhkan sesebuah parti politik, tetapi dizaman serba komputer dan canggih ni, ada satu parti perkauman yang dengan senang dan mudah diluluskan pendaftaran dan khabarnya akan dilancarkan oleh PM sendiri. Pelik bin ajaib, belum pun ketahuan apa dasar dan matlamat perjuangan maka PM sudah semacam nak masukkan dalam bungkusan bersama dia untuk di terjunkan bersama labu-labunya. Perkara menarik ini kalau diteliti, memang merupakan satu daripada tindakan desperate BN didalam menghadapi suasana kaum India yang sudah tidah boleh lagi membantu kemenangan BN dimana saja PRU atau PRK dimana pengundi India agak ramai.
Apa nak diharap dengan PPP yang sudah berkecamuk akibat ada 2 Presiden yang terpaksa ditentukan oleh ROS kerana masing-masing nak jadi ketua, pasal nak dapat kouta menteri, begitu juga dengan MIC yang ada ketua yang tak mau turun-turun ,macam parti tu dilahirkan untuk dia sorang saja jadi ketua seolah-olah orang lain tak layak, siapa yang nak lawan nak jadi ketua,awal-awal lagi dipecatnya, begitu juga dengan IPF yang belum tentu apakah dasar dan matlamat perjuangan yang ditubuhkan hanya dek kerana kecewa dengan ketua yang tak bagi peluang orang lain lawan.
Ana agak terlulusnya Makkal Sakti sebagai parti adalah untuk menambahkan lagi kouta Masyarakat India untuk mendapat taraf menteri atau timbalan menteri dalam kabinet, tidak lain dan tidak bukan atas alasan lain. Sebab ada parti yang tak menang dimana-mana pun, ada seorang Manteri atau Timbalan Menteri kerana ada kouta didalam kabinet yang terpaksa diberi oleh BN walaupun tak menang mana-mana pilihanraya

Sunday, September 27, 2009

Rumah terbuka aidil fitri Ahli Parlimen Pendang.






26 September 2009, ana telah mengadakan majlis rumah terbuka aidil fitri dirumah ana pada tahun ini . Alhamdulillah jemputan boleh dikatakan menggalakkan daripada semua penduduk sekitar Pendang dan juga kawan-kawan lain jauh dan dekat.
Ada sahabat PPIK dari Sungai Petani dan Alor Setar yang dijemput hanya dengan hanya SMS sahaja sanggup datang untuk meraikan rumah terbuka ana ini dan diucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat didalam penyediaan juadah yang dihidangkan dan juga kepada Nisak dan Muslimat yang banyak membantu didalam melayan pengunjung menjamu selera.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan batin kepada semua moga tahun depan Insyaallah kita dapat mengadakan lagi majlis yang serupa.

Kalau dilihat dari segi penganjuran majlis hari raya ini,memang setiap tahun ada saja perubahan yang dibuat kerana kita ingin melihat cara manakah yang paling ideal untuk menganjurkan majlis dan dikehendaki oleh masyarakat setempat. Kita biasa mengadakan majlis melalui cawangan mengikut zon, kita biasa mengadakan majlis didewan MDP, dan juga biasa mengadakan majlis ditempat awam dan di Pejabat PAS sendiri serta pernah sebelum ini di rumah Wakil Rakyat dengan kerjasama Pejabat PAS Kawasan Pendang, yakni perbelanjaan jamuan di tanggung sama oleh Pejabat Kawasan.

Mungkin dengan berlangsungnya berbagai cara sambutan jamuan ini, dapatlah diambil kesimpulan cara manalah yang paling molek dan sesuai dan disukai oleh sekelian penduduk didalam meraikan dan mengadakan jamuan aidil fitri nanti.

Thursday, September 24, 2009

Rumah terbuka MB di Mentaloon


Semalam, hari Khamis 24 September 2009, atas tugasan yang diberikan oleh pihak Muslimat Negeri Kedah, maka ana anak beranak telah melaksana satu amanah iaitu menyediakan kacang kuda rebus buat satu satu daripada menu didalam rumah terbuka YAB MB Kedah di Mentaloon. Sebanyak 75 Kg kacang telah direbus anak beranak sejak seusai Solat Subuh sehinggalah waktu jamuan bermulam jam 11 pagi.

Apa yang cukup membanggakan ana adalah sambutan daripada segenap lapisan masyarakat pelbagai kaum dan keturunan hadir didalam majlis tersebut. mereka tidak menunjukkan rasa segan atau kekok berada didalam majlis yang diadakan dimana selama ini berbagai tohmahan dilemparkan kepada Parti PAS terutama oleh mereka yang tidak ingin melihat perkembangan Islam didaulatkan di bumi Kedah ini.


Beranika juadah disediakan melalui kiosk yang diberikan kepada pihak tertentu untuk dikendalikan terutama Dewan-dewan didalam PAS negeri Kedah. Ada pasembor, nasi Dagang, lemang, ketupat, kueh-mueh, satay, lontong, soto, mee goreng, tapai, meehoon soup. ais cream, buah-buahan, cendol, murtabak, teh dan kopi tarik disamping minuman sejuk dan panas dan apa yang menggembirakan terutama anak-anak kecil adalah sumbangan duit raya .
Ana juga dapat melihat sambungan yang membanggakan daripada
Persatuan Sami Kedah Perlis yang berkunjung mengucapkan Selamat hari Raya kepada MB dan menjamah jamuan yang disediakan .Ana pernah difahamkan bahawa Sami ini mereka boleh makan hanya sebelum pukul 1 petang, selepas itu mereka kena berpuasa, oleh itu mereka datang sebelum pukul 1 untuk menjamah jamuan yang disediakan, kebetulan pada kali jamuan bermula pukul 11 pagi lagi.


Kunjungan seluruh kaum pada tahun ini rasanya lebih hebat daripada tahun lepas , dan rasanya tahun ini lebih meriah daripada tahun lepas serta tiada hujan pada kali ini berbanding tahun lalu yang diselangi dengan hujan agak lebat. Cuma satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh penganjur adalah ketidak cukupan tempat untuk duduk makan sehingga ramai yang menggunakan surau diperkarangan kediaman resmi MB sehingga banyak sisa tumpah dan ini sudah tentu mencemarkan tempat beribadat tersebut.
Apa yang boleh ana sebut adalah 'tahniah kepada semua yang terlibat didalam menyediakan jamuan raya ini'.

Wednesday, September 16, 2009

Bubur lambuk Pemuda



Bubur Lambuk atau kanji memang satu juadah yang tak pernah dilupakan orang masyarakat Islam sewaktu berbuka. Berbagai resepi untuk membuat bubur lambuk ini dengan berbagai rasa dan cara.Bagi masyarakat melayu, bubur lambuk lemak bersantan dan ada yang bertumis dan tidak bertumis tetap menjadi pilihan pembuka selera terutama bagi warna tua kerana ia memudahkan penghazaman dan tidak membebankan perut untuk menerima makanan diwaktu suasana lapar sebegini.

Petang semalam selepas pulang dari kerja, Dewan Pemuda PAS Kawasan Pendang telah mengadakan program mengedarkan bubur lambuk di Pasar Ramadhan Pendang . Sebanyak satu periuk hadir diedarkan didalam tidak sampai 1 jam itu, jelas kelihatan keceriaan diwajah warga Pendang yang menerima pemberian ikhlas itu buat juadah berbuka diiftar nanti.
Program sebegini memang julung kali diadakan di Pasar ramadhan kerana pada tahun-tahun lepas pemberian bubur lambuk ini diadakan di Pejabat PAS , Gajah Mati sahaja.


Moga dengan sambutan yang diberikan dapatlah difikirkan oleh Jawatan Kuasa Kawasan untuk diadakan acara serupa pada tahun hadapan diPasar Ramadhan yang sama atau di Tanah Merah atau Kilang Kechil pula.


Selamat berbuka dan tahniah kepada pemuda serta tukang masak semua.

Tuesday, September 15, 2009

Sumbangan kepada yang kurang.

Petang semalam ana ada dua program disebelah petang.
Satu di Dewan orang ramai Jenunu untuk menyampaikan sumbangan kepada warga Jenun dan kawasan sekitarnya. Seramai 103 orang penerima telah menerima sumbangan tersebut terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan mereka yang daif yang dipilih oleh ketua kampong masing-masing.
Kelihatan keceriaan jelas tergambar diwajah masing-masing apabila hadir kedepan untuk mengambil sumbangan masing-masing. Walaupun sumbangan tak seberapa, tetapi kehadiran ramai ada diantara mereka yang belum pernah menerima apa-apa sumbangan baik sewaktu aidil fitri atau hari-hari lain sebelum ini walaupun tergolong dalam kategori yang layak menerimanya.

Harapan ana agar mereka dapat menyambut hari raya dengan penuh keinsafan dan ceria disamping menmbah amalan diakhir Ramadhan yang mulia ini serta dapat meneruskan ibadat puasa enam bagi yang mampu kerana ganjarannya cukup besar, sebagaimana hadis baginda Rasulullah menyatakan 'sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian disambung dengan 6 hari dibulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun'.


Majlis kedua adalah majlis berbuka puasa yang diadakan di surau Kampong Padang Durian yang turut dihadiri oleh SU PAS Kawasan dan AJK Pussat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang.
Terima kasih kepada semua yang menjemput kami.

menyantuni anak yatim Zubaidiah

Menyantuni anak yatim merupakan satu amalan yang amat besar pahalanya, sebaliknya menzalimi anak yatim pula amat besar dosanya.
Baginda rasulullah didalam hadisnya ada meninggalkan pesan bahawa sesiapa yang menyantuni anak yatim bagaikan dua jari berkembar telunjuk dan tengah, bermakna amat dekat dengan rasulullah didalam syurga kelak.

Menyedari hakikat ini, maka pihak pengurusan muzium negeri Kedah telah mengadakan satu majlis berbuka puasa dan sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dari sek Agama Zubaidiah Merbok pada malam semalam, dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Muzium dan 40 orang anak yatim serta guru-guru mereka.

Majlis diadakan di Hotel Seri Malaysia Alor Sater dan dihadiri oleh EXCO Belia , Kesenian dan Sukan Kedah YB Dr Hamdan Khalib.
Sebelum majlis berbuka , dalam ucapan ana menyeru agar kita semua mengambil peluang yang Allah berikan didalam bulan yang penuh berkat dan ganjaran ini untuk menambah pahala dgn menambah amalan sebanyak mungkin didalam baki yang ada hanya seminggu ini dan gunakanlah kesempatan ini untuk mendapatkan ganjaran satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu lailatul qadar.

Majlis berbuka seterunya disudahi dengan solat terawikh.
Moga acara ini akan menjadi amalan tahunan, itulah harapan kami ahli lembaga pengarah muzium Kedah, disamping membuat amal kepada anak-anak yatim, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara seluruh warga kerga muzium Kedah, insyaAllah.

Sunday, September 13, 2009

Duit Raya

Tanpa mereka siapalah kami.
Itulah peranan yang dimainkan leh petugas parti dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kedah di Kompas Batu 9 petang tadi.
Atas prihatin kepada usaha berterusan mereka ini, maka diadakan satu majlis meyampaikan sumbangan duit raya dan jamuan berbuka puasa di Kompas Batu 9 dengan dihadhiri oleh ana selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan Negeri Kedah dan YB Senator Yusof Husin selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Seramai 29 orang menerima sumbangan petang tadi.
Dalam ucapan tersebut, ana berharap mereka dapat meneruskan gerak kerja parti dengan penuh amanah dan dedikasi kerana hasrat kita adalah untuk mencapai kejayaan yang lebih besar didalam pilihanraya umum akan datang. Usaha petugas parti dipejabat perhubungan sangat penting, kerana tanpa usaha gigih mereka, maka tidak akan ada wakil rakyat yang akan mewakili PAS , oleh itu segala tenaga yang dicurahkan oleh mereka amatlah wajar dihargai terutama menjelang Syawal yang mulia ini.

Sumbangan Ramadhan


Selamat berpuasa dan selamat beribadat diakhir Ramadhan ini. Semoga kita digoongkan oleh Allah didalam mereka yang mendapat ganjaran Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan. Usahlah kita mempertikai bilakah Malam Qadar itu akan datang , genap ke ganjil ke, tetapi sekiranya kita berada didalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah, maka insyaAllah kita berdoa moga kita termasuk didalam golongan yang berjaya mendapat ganjaran tersebut.
Apa yang menjadi satu pertikaian kadang-kadang sampai kepada pertengkaran adalah masing-masing hendak menegakkan hujah beliau dan akhirnya langsung terlepas dari mendapat peluang untuk mendapat ganjaran malam Qadar tadi. Sama-samalah kita berusaha di 10 malam akhir Ramadhan ini untuk membuka peluang untuk berada diantara mereka yang dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan malam Qadar tersebut.

Disebelah pagi tadi, sumbangan diadakan di Kampong Padang Durian dan Kampong Rambai terutama kepada warga emas dan ibu tunggal. Majlis sumbangan ini juga mendapat kerjasama daripada Syarikat Era Edar dimakan pegawai eksekutifnya Puan Asiah sendiri datang menyampaikan taklimat barangan produk keluaran syarikat tersebut yang mementingkan halalan toyyiban.

Dalam suasana kemeriahan menyambut Syawal ini, maka banyaklah program berbuka dan menyampaikan sumbangan diadakan dan ana tidak terlepas dari program ini yang diadakan semalam di Balai Islam Perupok dan Surau Kampong Bechah.


Sumbangan diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik dari kawasan sekitar. Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat memeriahkan hati mereka yang menerima dan meringankan bebanan mereka menyambut Syawal nanti.

Thursday, September 10, 2009

Pejuang Islam ???????

Najib tegaskan Umno adalah parti Islam sebenar

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.

Tak hairan ana nak dakwa apa pun , bahkan kalau kita lihat balik dakwaan TS Sanusi junid dulu menyatakan PEKEMBAR ( UMNo tu bahasa Inggeris) adalah parti Islam terbesar didunia.

Nak mengaku memang mudah dan boleh, tak ada sapa yang boleh marah, tapi kena lihat realiti dalam apa yang diperjuangkan dan semangat yang terdapat didalam perjuangan tersebut.
Kalau memerintah tapi buat kezaliman didalam mengagihkan rezeki yang Allah taala bagi, sepatutnya Kelantan terima royalti, sepatutnya Terengganu terima royalti, sepatutnya rakyat miskin semua kefahaman terima rumah PPRT dan rumah KEDA , sepatut semua rakyat yang miskin mohon pinjaman TEKUN dapat pinjaman, sepatutnya semua jalan kampong yang belum berturap diturap untuk kemudahan semua rakyat yang sering bayar cukai, tetapi apa yang berlaku hanya diberi dan diutamakan kepada PEKEMBARputra dan kroni putra , yang lain biar merempat dan biar makan pucuk kayu, bahkan kalau boleh biar mampus hampa semua.
Lihatlah betapa 52 tahun merdeka, siapa yang sering dapat kontrak dan projek, siapa yang kaya dan raya, siapa yang mewah dan milionair, bukankah puak mereka kerana semuanya dilakukan tanpa ada keadilan dan ihsan. Kalau keadilan dilaksanakan tanpa memilih bulu, rasanya tidak akan berlambak lagi jumlah kemiskinan teruk dalam negara kita ini, kalau perumahan dibuat untuk keselesaan rakyat bukan untuk super mewah, rasanya tiada lagi rakyat yang merempat tiada berumah, dan kalau agihan kekayaan tidak disonglap oleh komisyen dan duit kopi, rasanya ramai lagi rakyat yang boleh dapat merasai habuan kek negara tersebut.
Tapi malang sekali, kezaliman didalam melaksanakan tanggungjawab sosiallah, maka semua ini telah terlaksana hasil daripada kekayaan yang Allah anugerahkan kepada negara kita ini.
Kata Mahatma Ghandi' the world is enough for the needy, but never enough for the greedy'
Walau pun beliau (PM) membaca maksud hadith Rasulullah, ka dal fakru an yakuuna kufran', tetapi kenapakah ketidakadilan sosial masih lagi dilaksanakan, turunlah kebawah dan lihat apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh JKKKP yang dilantik dinegeri PR ini. Apa pula perana pegawai pembangunan persekutuan di Kedah ini, apa pula peranan penghulu persekutuan dan pegawai pembangunan daerah pusat di Kedah ini kalau bukan tujuan untuk melaksanakan diskriminasi pentadbiran. Apakah ini yang dihasratkan oleh Parti yang mengaku saperti didakwa PM tersebut.

Baca berita dibawah, sedih juga ana , mana tak kena nih. Kesian kawan kita tu, dah habis RM 218 juta, dah la duit tak dibayar, tetapi kena pula denda RM 10 K. Inilah bahananya berurusan dengan parti yang menyatakan memperjuangkan saperti dakwaan PM tersebut diatas. Ana malas nak sebut perkataan tu, kerana geli, tak sesuai rasanya nak pelaga dengan PEKEMBAR dan Islam.

Pada 17 Julai tahun lalu, Umno sebagai defendan telah diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar Elegant Advisory RM218 juta, serta kos dan faedah selepas defendan gagal menjawab saman.

Tetapi hari ini, Mahkamah yang sama telah membatalkan saman tersebut dengan alasan ia tidak memenuhi Seksyen 71 Akta tersebut dan tidak ada kaitan kontrak antara Elegant Advisory dan Umno.

Malah Hakim tersebut juga mengarahkan Elegant Advisory membayar RM10,000 kepada UMNO dalam tempoh 14 hari!

Tentulah terkebil-kebil mata Elegant Advisory.Sudahlah RM218 juta lebuh hilang entah kemana, kena pula bayar RM10 ribu! Memang tiada untungnya berniaga dengan Umno. Serik!



Hebat permainan silap mata yang didalangi oleh siapa lagi kalau bukan oleh Umno sendiri! Macam ini ke nak bela peniaga Melayu? Siapa yang makan Melayu? Memang dasar Umno menjahanamkan orang Melayu disebalik laungan berapi-api kononnya membela Melayu!

Maka Peguam Umno , Hafarizam bukan main seronok lagi lalu dengan gah berkata bahawa keputusan mahkamah itu membuktikan parti itu tidak terbabit dalam perbelanjaan mewah dalam kempen pilihanraya.

Lain kali kalau mana-mana pihak yang nak berniaga dengan PEKEMBAR ni, kena minta duit dulu baru boleh supply barang, kalau tidak lesap macam syarikat ni lah, bukan setakat alaong, ini lebih dahsyat daripa along nih.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.