Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Saturday, January 1, 2011

Bertambah lagi Naqib beri tazkirah.

Mutakhir ini suasana yang berlaku lebih-lebih lagi dalam kesedaran agama agak memberangsangkan. Ada kalangan ahli politik bukan Islam pun sudah mempunyai keinginan untuk membaca ayat alquran dan apa yang lebih memberangsangkan lagi adalah penglibatan Menteri dan bekas Menteri negara kita untuk melakukan kerja dakwah dan tazkirah didalam majlis yang dihadiri mereka .
Baru-baru ini bekas PM kita yang memperkenalkan Islam Hadhari tetapi sudah menjadi serajah sekarang ini menegur seorang MP dari DAP yang memakai pakaian ketat melakukan senamrobik didalam kompaun Masjid dikawasan yang diwakili MP tersebut. Senang hati kita mendengar kesedaran beliau , mungkin setelah beliau insaf dengan apa yang berlaku dan dilakukan oleh beliau terhadap pelakon James Bond suatu ketika dulu semasa suatu majlis dimana gambar beliau memegang mesra pelakon tersebut tersebar luas diseantaro dunia.
Seorang lagi yang telah mamberikan tazkirah didalam akhbar mengenai artis yang berpakaian menjolok mata didalam suatu program yang menjadi kelaziman bagi puak-puak jenis itu sambil teringin mampamirkan bentuk tubuh yang menggiurkan kepada umum seakan-akan artis barat gayanya.
Apa yang agak mengejutkan kita juga adalah berita yang agak panas dan masih menjadi perbualan hebat sekarang ini tentang adanya seorang menteri dizaman Pak Lah dan Najib yang didedahkan oleh Wikileaks telah menjahanamkan maruah amahnya sendiri yang telah bekerja membantu rumah beliau selama 8 tahun. Perkara pendedahan Wikileaks ini mungkin pada pandangan PM kita sekarang hanya boleh dipercayai bila menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat pembant6u beliau, tetapi bila melibatkan wanita asing baik Indonesia atau Monggolia, maka PM kata kita jangan mempercayainya, maknyanya pendedahan itu karut dan tidak boleh dipercayai lagi.
Jadi untuk membersihkan perkara tuduhan ini, kita harap PM perlu menjelaskan kepada rakyat dan membersiohkan nama Menteri tersebut daripada terus dicemari dengan berita 'fitnah' oleh Wikileaks yang tak kenal dosa dan pahala fitnah ini. Berilah ruang dan masa untuk menteri tersebut membersihkan nama beliau sapertimana DS Anwar membersihkan nama beliau dengan membawa kes kemahkamah Syariah dan sivil, baik dalam tuduhan khazaf atau membela diri dari pertuduhan tersebut.
Ataupun bolehlah beliau (PM) menyuruh menteri tersebut meletak jawatan dan melakukan siasatan terhadap beliau, kerana demi hubungan kita dengan rakan Indonesia sana, dan demi kebaikan masyarakat kita hendak mendapatkan semula pembantu r5umah dari negara jira tersebut.

Friday, December 24, 2010

Dah terdedah rahsia hampa no!!

SPR jelas dan nyata suruhanjaya yang di cucuk hidungnya oleh BN...


Ternyata nampaknya Pengerusi SPR, Si Aziz Yusoff berjaya melengkapkan skrip pilihanraya seperti yang telah kami jangkakan sebelum ini. Tindakan beliau memilih hari pencalonan dan pengundian pilihanraya kecil DUN Tenang pada hari cuti jelas sekali menampakkan betapa beliau "dicucuk hidung" sebenarnya.

Buktinya jika melibatkan kerusi yang boleh memenangkan BN maka dipilihnya hari cuti, tetapi jika kawasan yang boleh menguntungkan maka dipilihnya hari bekerja. Cuba lihat di PRK Galas & Batu Sapi tarikh mengundi pada (Khamis,4 November) Permatang Pauh (Khamis, 26 Ogos), Manek Urai (Selasa, 14 Julai) dan sebagainya. Tetapi bagi kawasan pilihanraya kecil yang boleh memihak kepada mereka, maka tarikh hari cuti dipilih.

Seperti di Hulu Selangor (Ahad, 25 April) dan Kuala Trengganu (Sabtu, 17 Januari). Kenapalah begitu "bangangnya" mentaliti Pengerusi SPR agaknya. Bukankah Hari Pencalonan dan Hari Pengundian pilihanraya adalah satu detik bersejarah yang menjadi jari peristiwa. Maka sudah sewajarnya sebagai badan bebas SPR perlu memilih hari cuti dalam mana-mana pilihanraya.

Tapi soalnya, kenapa ada dia situasi yang berbeza?. Bukankah ini bererti SPR memang kerjanya ingin memastikan "sebelah pihak" mendapat faedah, sedangkan pihak yang lain akan ditekan dengan berbagai peraturan dan akta yang tidak munasabah. Paling menarik, mereka sanggup mendesak agar majikan swasta memberikan pekerja cuti untuk mereka mengundi.

Anehnya, SPR tergamak buat pilihanraya pada hari bekerja di tempat-tempat lain pula. Kenapa harus begini jika benar mereka badan bebas? - PahangDaily

Thursday, December 16, 2010

Sejarah hitam demokrasi Malaysia!

Semalam 16 Disember 2010, hari teakhir parlimen Malaysia untuk tahun 2010 bagi dewan rakyat , menggambarkan suasana yang hitam bagi kewujudan demokrasi Malaysia.
Penggantungan 4 orang ahli parlimen PKR dan DAP kerana dikatakan melanggar peraturan mesyuarat telah menjadi senjata ampuh untuk BN mambadai rakyat pada ketika BN mendapat majority mudah . Memang dunia sentiasa memerhati suasana politik menghalalkan cara dibawah pimpinan DS Najib dan Muhyiddin Yasin sekarang ini.
Apa yang berlaku termaktub dalam sejarah Malaysia dan dunia sejak semalam bahawa apa saja yang hendak dilakukan oleh mereka mesti diabsahkan hattan didalam dewan sekalipun, keampuhan peraturan mesyuarat digunakan untuk menghalalkan cara bahkan kalaupun prinsip keadilan itu sendiri sudah tergugat.
Memang itulah nasib sebagai pembangkan di Malaysia ini, kalau didalam mahkamah segala keterangan dan dokumen untuk perbicaraan dalam kes liwat dinafikan, minta laporan polis dinafikan, minta laporan perubatan dinafikan, minta tukar hakim dinafikan dan bernagai penafian lagi, maka didalam parlimen juga memang itulah yang berlaku dimana tuduhan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tetapi yang kena tuduh dinafikan daripada membela diri dihadapan jawatankuasa, bahkan apa yang diberitahu "keputusan saya muktamad". full stop, khalas, no more issue.
Atas sebab itulah maka sepanjang pagi semalam, kami semua bertekak dengan Tuan YDP pasal prinsip asas keadilan dimana seseorang itu' innocent until proven guilty'.
Dengan tergantungnya 4 orang tersebut, setelah berlakunya lompatan 5 orang PKR keluar dan adanya tiga ahli bebas yang tak tentu kemana mereka ini, maka pihak pembangkang sekarang sudah kekurangan majority dan ini antara perkara yang mungkin direncanakan oleh mereka untuk mendapat mandat 2/3 pada sesi perbahsasan bulan 3 dan 6 nanti, ditambah dengan adanya komponen ke14 BN ( SPR) yang mungkin akan merancang satu persempadanan semula kawasan parlimen , atau apa-apa RUU yang melibatkan perlembagaan Malaysia yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli parlimen, sapa tahu. Bahkan bila kita tijau kembali apa yang disebut oleh PM DS Najib dalam satu program yang ucapan tersebut disiar didalam akhbar tempatan, bukan akhbar nyamuk , beremang bulu roma kita mendengarnya , apa yang akan terjadi kepada negara dimasa hadapan" if BN cannot win, no one can win". apakah makna disebalik yang tersurat tersebut, apa yang tersirat dan berselirat didalam hati PM kita ini, sama sama kita renungkan, kejadian didalam parlimen semalam mungkin ada gambaran apa yang bakal berlaku apa yang disebut PM itu.
Sebab itulah sejak 2-3 minggu ini, heboh pasal WikiLeaks dan SAingapura sampai bekas PM yang mulut becok dan tak sedar bahawa dia sudah bukan jadi PM itu pun tumpang sekaki masuk campur dalam hal ini, terus terusan mengeluarkan pendapat dan pandangan berat sebelah pasal Wikileaks punya hebahan ini, yang peliknya bila sebut kes Ketua Pembangkan dan kes yang sedang dalam perbicaraan dimahkamah, heboh seantario , tetapi Wikileaks juga ada sebut pasal PM kita, hal tak imcompetent dan hal wanita negara Monggolia, juga ada dalam hebahan tersebut, kenapa akhbar perdana yang dah nak bangkrap tu tak pula nak hebohkan sama, barulah boleh dipercayai berita depa, tetapi memanglah kalau dah orang tak nak percaya lagi berita depa, maka macamtulah depa siarkan berita tu, menunggu masa nak fulung , macam akhbar sahabat saya dari Pantai Timur tu la.... dah nak gulung walau baru 11 keluaran.

Bila nak bangun ni warga Felda?

ANAK tanya NAJIB - Siapa pengkhianat sebenarnya..???



PERTANYAAN UNTUK NAJIB RAZAK DARI WARGA FELDA

oleh: Mazlan Bin Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK)

Perdana Menteri, Najib Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Ketika berucap pada majlis perasmian penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda(Iktiraf) 2010 di Putrajaya semalam; beliau mendakwa saham milik Felda yang tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan ianya selamat dalam simpanan.

Tiada siapa pun menafikan penubuhan Felda pada 1 Julai 1956 oleh Abd Razak Hussein adalah langkah bijak menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan khususnya untuk Orang Melayu. Agensi Pembangunan Tanah yang mempunyai keluasan 905,448 hektar dengan penyertaan 112,635 orang peneroka telah meletakkan Felda peneraju tanah terbesar dunia.

Persoalan yang timbul, adakah matlamat penubuhan Felda telah tercapai dalam ertikata yang sebenarnya terhadap 2 juta warganya? Adakah para peneroka selaku pemilik atas 10 ekar tanah mereka mendapat pulangan setimpal dengan keringat yang telah dicurahkan selama ini?

Adakah 1.2 juta generasi kedua dan ketiga Felda mendapat tempat terpenting sebagai pewaris yang menentukan halatuju Felda ketika ini dan masa hadapan?

Di bawah ini saya lontarkan beberapa persoalan yang mesti di jawab Najib dan pemimpin Umno sebelum membuat tuduhan melulu golongan yang tidak sealiran dianggap pengkhianat bangsa.

1.1 Kenapa kebebasan tidak diberi kepada para peneroka untuk mengusahakan sendiri kebun mereka selepas hutang piutang diselesaikan? Apa maknanya Hakmilik yang diperolehi; tapi Felda yang tentukan segala-galanya? Peneroka diugut, diancam penyingkiran dan dikenakan pelbagai tekanan semata-mata menyahut seruan Razak untuk menjadi masyarakat peneroka yang berdikari.

1.2 Kenapa Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 atau RM1,700 seekar yang dicarum peneroka 20 tahun lamanya tidak diserahkan kepada peneroka hanya kerana mereka tidak mahu mengikut telunjuk Felda dan menanam semula sawit secarapersendirian?

Adakah wajar 10 orang peneroka Sg Koyan di Pahang turun naik mahkamah menuntut wang tanam semula milik mereka sendiri dan menunggu hampir 10 tahun keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan?

Bahkan untuk pengetahuan, dari tarikh keputusan Mahkamah pada 29 Oktober 2010; hingga hari ini wang tersebut belum pun diserahkan pada peneroka terbabit!

Bukan sahaja peneroka Sg Koyan; masih terdapat hampir sepuluh ribu peneroka dinafikan Wang Tanam Semula yang merupakan hak mereka.

1.3 Kenapa peneroka getah yang menanam secara persendirian dinafikan untuk mendapat insentif Tanam Semula di bawah Risda walhal setiap kg getah dipotong untuk tabungan ses yang dikenakan kerajaan berasaskan Seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang bagi perusahaan getah(penanaman semula) 1952? Kemana perginya insentif tanam semula berjumlah RM7,000 sehektar (getah ke getah) dan RM6,000 sehektar(getah ke sawit) milik peneroka?

1.4 Kenapa program Tanam Semula anjuran Techno Plant Sdn Bhd; anak syarikat Felda bermasalah di kebanyakkan Tanah Rancangan Felda? Gambaran kononnya Tanam Semula kelolaan Techno Plant di urus secara professional, menjimatkan kos, sistematik dan berkualiti bertentangan dengan hakikat sebenarnya. Lihatlah apa yang berlaku di Gugusan Ciku, Gua Musang, Nitar 2, Mersing, Aping Timur Kota Tinggi dan berpuluh-puluh Felda lain bagaimana kegagalan Tanam Semula selenggaraan Felda. Adakah kecuaian dan kegagalan kosnya ditanggung Felda?

1.5 Kenapa kos Tanam Semula di bawah Felda begitu mahal jika dibandingkan dengan Sime Darby, IOI dan ladang swasta lain?

Adakah Najib tahu bahwa Kos Pembangunan Tanam Semula yang terpaksa ditanggung peneroka ada yang mencecah RM100,000? Adakah kita tahu setiap hutang tanam semula peneroka dikenakan riba’ 6.25%? Apakah hukumnya riba’ itu?

1.6 Kenapa Felda tidak melakukan muhasabah ketika Mahkamah mengesahkan wujud penipuan atas Kadar Perahan Gred(KPG) yang hanya diterima sekitar 18-19% peneroka kelapa sawit di 70 kilang Felda? Kenapa Felda tidak mematuhi Manual Pengredan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB)dan Analisis makmal Felda di Sg Tekam yang meletakkan standard kualiti KPG sekitar 21-25%? Kenapa Buah Tandan Segar(BTS) yang reject tidak dikembalikan kepada peneroka? Kemana perginya BTS tersebut?

1.7 Kenapa peneroka Felda Cahaya Baru, Masai di Johor tidak mendapat baki pampasan sejumlah RM1 juta walaupun menunggu 17 tahun lamanya? Kemana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Siapa yang menipu mereka?

Mana pergi Muhyidin Yasin yang menjadi Menteri Besar Johor ketika itu? Apa yang dilakukan Menteri Besar sekarang?

1.8 Kenapa peneroka Felda Sg Buaya, Hulu Selangor di Selangor tidak mendapat baki pampasan berjumah RM850,000 walaupun menunggu 16 tahun lamanya?

Ke mana pergi tanah mereka ketika ini dan siapa yang kaveat? Mana pergi Muhamad Mohd Taib yang menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu?

Apa yang dilakukan Tan Sri Rozali Ismail selaku Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) walhal beliau terlibat ketika di peringkat awal Pembangunan Felda Sg Buaya?

1.9 Kenapa gejala sosial sangat tinggi di penempatan Felda? Benarkah dakwaan Datuk Ahmad Maslan jumlah penagih dadah di Felda hanya sekitar 2,000 orang? Sejauh mana aktiviti pembangunan insan golongan belia di jalankan dan tahap keberkesanannya?

Kenapa ditamatkan jawatan Penyelia Pembangunan Agama di Felda sedangkan peranannya sebagai penyelaras kegiataan bercorak keagamaan sangat berkesan suatu ketika dahulu?

2.0 Kenapa pembukaan Tanah Rancangan Felda yang memberi manfaat kepada rakyat ditukar kepada Plantation mulai tahun 1990? Adakah Najib sedar bahawa wujudnya plantation telah mengkhianati matlamat asal penubuhan Felda untuk memberi tanah kepada rakyat?

Adakah kita maklum Felda Plantation berkeluasan 367,710 hektar itu sendiri bercanggah dengan Akta GSA 1960 yang dibentang Tun Abd Razak di Parlimen pada 27 April 1960?

Kenapa ditolak desakan agar Felda Plantation dimansuhkan dan dijadikan penempatan anak peneroka yang susah dan boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak peneroka? Siapakah sebenarnya mengaut keuntungan atas Felda Plantation?

Apa yang dipaparkan baru sebahagian kecil persoalan yang berbangkit di Tanah Rancangan Felda. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan.

Jangan cuba untuk mengalih perhatian rakyat kononnya mereka yang membela rakyat manakala yang menentang arus dituduh pengkhianat. Mungkin mereka boleh memperdaya golongan peneroka yang jahil; tapi bukan semua. Majoriti generasi muda Felda berpelajaran lebih tahu siapa petualang dan pengkhianat bangsa.

Siapa yang kaya raya, siapa yang dapat projek jutaan ringgit, siapa yang dapat komisyen dari kroni dan siapa yang menjadi mata dan telinga kerajaan dengan memperdaya warga Felda selama ini?

Friday, December 10, 2010

Tiris lagi ooooo.

Lagi ketirisan yang dilapor dalam laporan AG 2009, kalau ditinjau melibatkan lebih RM 45 billion tercicir.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
1. Program insentif pengeluaran padi.
Denda RM 7.56 juta yang tidak dijelaskan oleh kontraktor kerana kegagalan membekalkan baja dalam program insentif pengeluaran padi.
2.Pengurusan Kapal Latihan Paus Institut Perikanan Malaysia (IPM), Chendering, Terengganu.
.KL Paus, dibina dgn kos RM 22 juta, tidak digunakan kerana tiada tenaga pengajar, sering mengalami kerosakan dan kerja pembaikan.
.Kos penyelenggaraan /baik pulih/ emolumen /bahan api/ claim RM 6.12 juta.
.Bagi tempoh 3 tahun, sejumlah RM 4.32 juta telah dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan kapal.
.Tempoh 2007-2009, RM 846,721 dibelanjakan untuk bahanapai dimana generator perlu dihidupkan setiap malam, kos bahanapi setiap perjalanan refill di Kuantan RM24,000.00.Sejumlah RM 953,968 dibelanjakan untuk emolumen dan elaun anak kapal KL Paus.

Khabarnya awak-awak Thailand yang memenuhi dalam kapal ni, entahlah, Malaysia boleh kut.
berapa juta tiris dalam kementerian ni.
Itu belum cakap pasal Projek ikan tuna di Batu Maung lagi, another Port Klang Free Trade zone, hayya, apa mau jadi ha.

Thursday, December 9, 2010

Perbahasan 6 Disember 2010, JK Kem Kesihatan.

3.21 ptg.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat petang dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang
telah memberikan kesempatan kepada saya untuk bersama-sama berbahas dalam peringkat
Jawatankuasa ini.
Pertama sekali Butiran 020300 - Kawalan Penyakit. Kita tahu daripada maklumat yang
terakhir dan terkini daripada kementerian melalui ketua pengarah berhubung dengan penyakit
denggi iaitu dari Januari sehingga Oktober 2010 seramai 40,496 kes berbanding dengan 33,937
kes pada tahun yang lepas, iaitu peningkatan sebanyak 19% dan kematian didapati 61% iaitu
119 kes, di mana 74 kes pada tahun 2009. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian,
apakah sebenarnya yang dijalankan daripada peranan dan juga aktiviti COMBI iaitu
Communication For Behavioral Impact, di mana 825 locality telah berjaya ditubuhkan, apakah
peranan yang dimainkan oleh mereka dalam mengawal masalah denggi yang telah meningkat
dan begitu menggerunkan sekarang ini, iaitu peningkatan 61% dari segi kematian. Dan baru-baru
ini kementerian telah mengambil salah seorang ikon, Aznil Haji Nawawi sebagai ikon untuk
mencegah penyakit denggi pada tahun 2010 ini. Jadi, apakah program yang dijalankan oleh
DR. 6.12.2010
71
beliau dalam membantu kementerian untuk mengurangkan kes-kes denggi di dalam negara kita
ini, dan apakah beliau ini mengenakan bayaran ataupun sagu hati yang telah diberikan kepada
beliau apabila beliau diambil sebagai ikon untuk pencegahan Kempen Anti Denggi ini.
Saya juga ingin mengetahui bahawa selama ini kita tahu denggi ini berlaku di kawasankawasan
pembangunan, kawasan-kawasan bangunan-bangunan baru yang baru dibangunkan,
dan berapakah jumlah syarikat-syarikat yang telah dikenakan denda disebabkan mereka telah
membiakkan jentik-jentik denggi ini, kerana kita tidak mahu hanya masyarakat individu sahaja
yang dikenakan denda, tetapi syarikat-syarikat yang besar ini terlepas dan juga pada tahun ini
kita dengar ada sebuah hospital yang didenda disebabkan oleh terdapatnya jentik-jentik denggi
di dalam hospital tersebut. Jadi saya rasa ini merupakan perkara-perkara di mana rakyat ingin
tahu, syarikat-syarikat besar manakah yang telah dikenakan denda disebabkan oleh jentik-jentik
nyamuk Aedes ini.
Kedua ialah juga tentang kawalan penyakit iaitu penyakit tibi yang sekarang ini kita
dapat lihat bahawa statistiknya telah meningkat disebabkan oleh pendatang-pendatang daripada
negara jiran yang datang ke negara kita mungkin pendatang dengan izin ataupun pendatang
tanpa izin, mungkin dengan izin ini kita telah melakukan screening terhadap kesihatan mereka,
tetapi bagi pendatang tanpa izin inilah yang menyebabkan ramai yang menyebarkan masalah
penyakit tibi kepada masyarakat kita.
Begitu juga, apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian apabila berlakunya keskes
penyakit tibi yang dirujuk ke hospital dan apabila kita mendapati mereka ini telah disebarkan
oleh pendatang-pendatang daripada negara jiran ini. Apakah mereka ini dikenakan satu tindakan
daripada pihak berkuasa bagi mengambil mereka dan merawat atau memaksa mereka ini dirawat
dan kita tidak mahu berlaku seperti kes yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput
pagi tadi, kesan daripada rawatan penyakit tibi itu menyebabkan berlakunya kes-kes kecacatan
dan sebagainya.
Kedua, Butiran 060300 - Penguatkuasaan Farmasi. Ini telah beberapa kali disebut dan
semasa Timbalan Menteri Yang Berhormat Mersing dahulu pun telah berjanji akan membawa
Akta Barangan Perubatan ke Dewan ini. Saya rasa ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak
kementerian kerana kita lihat mutakhir ini banyak iklan yang disiarkan di dalam surat khabar dan
juga di dalam media-media yang menyatakan banyak alat perubatan yang boleh digunakan oleh
masyarakat dan menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit.
Jika dahulu kami pernah menerima baucar Sonotron yang mengatakan semua, orang
Kedah mengatakan segala mak nenek penyakit boleh sembuh seperti asma, diabetes,
hypertension dan sebagainya semua boleh disembuhkan dengan memancarkan aliran Sonotron
ini kepada tempat yang sakit. Jika sakit asma boleh dipancarkan ke dada, jika lutut sakit
dipancarkan ke lutut, jika diabetes, ulser dipancarkan di tempat ulser tersebut, ini menyebabkan
masyarakat menjadi keliru. Selagi kita tidak mempunyai akta ini, saya rasa mereka akan
DR. 6.12.2010
72
mempercayai bahawasanya ia boleh menyembuhkan penyakit tersebut seterusnya mungkin ulser
telah sembuh tetapi diabetesnya tidak pergi ke mana, last sekali mereka akan meninggal dunia
disebabkan oleh keseriusan penyakit diabetes tersebut. Jadi saya berharap pihak kementerian
dapat memberikan perhatian terhadap peralatan perubatan ini kerana banyak sangat saya
nampak pada hari ini iklan-iklan yang disiarkan di dalam media-media di dalam negara kita.
Ketiga, Butiran 080000 - Lembaga Promosi Kesihatan diperuntukkan sebanyak RM15
juta, kebetulan sahabat saya dahulu menjadi pengarah di sini, jadi saya ingin bertanya kepada
pihak kementerian, apakah yang telah dilakukan oleh Lembaga Promosi Kesihatan ini untuk
menyedarkan masyarakat ataupun untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang
dikendalikan oleh pihak kementerian, kerana kita tidak mahu masyarakat tidak sedar, seperti
yang selalu saya sebutkan tentang Tabung Bantuan Perubatan, mereka hendak mendapatkan
bantuan perubatan tetapi peruntukan di bawah kementerian tidak ada, kerana ada di bawah
Kementerian Kewangan. Jadi masalah ini mungkin terjadi di peringkat bawah kerana promosi
tidak terang ataupun tidak jelas kepada masyarakat. Oleh itu saya ingin tahu apakah sebenarnya
peranan yang dimainkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan, di mana sebanyak RM15 juta telah
diperuntukkan.
Seterusnya Butiran 100600 iaitu di dalam Program NKRA untuk Kit Pemakanan
Bernutrisi Sekolah Luar Bandar. Kalau di dalam Kementerian Pelajaran kita telah berbahas
berhubung dengan Program Susu untuk kanak-kanak sekolah di dalam bajet Menteri Kewangan
telah mengumumkan tentang multivitamin yang akan diberikan kepada murid-murid ataupun
kepada masyarakat di luar bandar. Jadi di dalam NKRA Kit Pemakanan Bernutrisi ini, saya ingin
mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kit Pemakanan Bernutrisi ini.
Apakah ia tidak bertindih dengan yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kerana ini
khusus disebut sekolah-sekolah di luar bandar diberikan peruntukan sebanyak RM4 juta. Apakah
kita tidak ada cara-cara lain untuk memberikan makanan-makanan bervitamin ini misalnya
seperti soya ataupun telur seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, ataupun makananmakanan
segar yang terdiri daripada masakan-masakan masyarakat kampung.
Seterusnya Butiran 032700 berhubung dengan psikiatri, ini pun satu lagi masalah. Saya
telah terbaca di dalam siaran akhbar pada 14.11.2010 ini mengatakan terdapat 11.3% rakyat
negara kita yang menghadapi masalah mental, iaitu lebih kurang 3.3 juta. Tuan Pengerusi, 3.3
juta ini ada di setiap kawasan, mungkin ada juga di kawasan Parlimen Menteri juga, ramai iaitu
sebanyak 3.3 juta jumlah pesakit mental ini. Jadi ingin saya bertanya kepada pihak kementerian
bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi masalah penyakit mental ini, kerana di dalam
suasana kehidupan masyarakat yang penuh dengan stress sekarang ini, mungkin jika ada sedikit
gen ataupun genetik ibu ataupun bapa yang mempunyai masalah ini kemungkinan besar anakanaknya
akan menunjukkan simptom-simptom ke arah sama ada psikotik ataupun neurotik
kepada masalah mental ini.
DR. 6.12.2010
73
1530
Jadi saya harap pihak kementerian perlu memberi penekanan kepada masalah psikiatri
ini kerana saya pernah mengendalikan satu kes dia menyembelih isteri dia Tuan Pengerusi.
Sembelih isteri, kami tanya kenapa sembelih isteri? Dia kata tidak. Dia sembelih ikan haruan
yang besar sehingga kami terpaksa letakkan dia di dalam sel, di dalam wad. Memang benar
beliau mempunyai masalah mental kerana dia buang najis di situ dan dia memakan najis dia
sendiri dan melumur di badan dia.
Kemudian kami hantar dia ke Tanjung Rambutan untuk disimpan di Tanjung Rambutan
seumur hiduplah. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana ramai
sekali kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai masalah
psikiatri ini. Kemudian Butiran 020400 iaitu Pendidikan Kesihatan. Kita tertarik apabila
kementerian melalui sekolah-sekolah telah mengadakan Program Doktor Muda. Jadi saya ingin
mendapat penjelasan apakah seterusnya program yang kita jalankan untuk Program Doktor
Muda di sekolah-sekolah ini. Apakah mereka ini akan – ataupun dimudahkan untuk kita salurkan
mereka ini ke dalam NGO-NGO yang berhubung dengan pengendalian kesihatan.
Diajar mereka cara-cara CPR misalnya ataupun cara-cara mengendalikan kes-kes
emergency agar mereka ini apabila memasuki masyarakat kelak mereka tidak menjadi takut
ataupun menggelabah apabila berhubung atau bertemu dengan pesakit-pesakit yang di depan
mata mereka. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 00902. Berhubung dengan – mungkin ada
sangkut paut dengan Yang Berhormat Putatan tadi iaitu kuarters di Hospital Queen Elizabeth.
Walaupun saya berada di Kedah tetapi saya tahu ada masalah di Queen Elizabeth ini kuarters
houseman dia. Berapa kali saya sudah lihat. Memang cukup teruklah. Kalau boleh sekurangkurangnya
cat semulalah kerana ia memang tidak sesuai untuk diduduki oleh petugas-petugas
kesihatan.
Kita kata kesihatan jaga kebersihan tetapi kuarters itu memang nampak begitu teruk
sekali dengan kain-kain yang disidai. Kuarters itu di tepi jalan. Lalu sahaja kita depan itu memang
agak menyakitkan mata kita memandanglah. Sudahlah hospital retak dan akan dibina semula,
alhamdulillahlah. Akan tetapi kuarters saya harap pihak kementerian beri perhatian yang
sungguh-sungguh. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Ag tegur, rakyat tanya, kemana duit ni tiris, ini antaranya.

Perbahasan diperingkat JK untuk kementerian dah hampir sampai kepenghujung, banyak yang dibahas dan banyak yang ditegur, namun jawapan yang diberi tak sampai kemana. Banyak yang masih terlindung dan banyak juga ketirisan yang tak dijawab. Namunselepas perbahasan bajet ini, yang kebetulan laporan AG diberikan agak lewat tahun ini, maka perbahasan tak banyak menyentuh teguran daripada AG, jadi untuk membawa sedikit sebanyak teguran AG tersebut, disini sedikit demi sedikit akan ana paparkan untuk renungan kita bersama apakah yang terjadi kepada duit yang dikutip daripada rakyat untuk dimasukkan kedalam kantung negara.
Hanya sekadar apa yang dilapor oleh AG, dan itupun laporan beliau berdasarkan kepada penialaian secara random keatas jabatan yang dipantau, bkan keseluruhan, kata orang puteh hanya tip of the iceberg.
Bagi Jabatan Kastam yang dikomen AG,
1.pengurusan mesin pengimbas.
Pejabat Kastam telah membuat bayaran berjumlah RM 1.17 juta kepada kontraktor yang dilantik bagi kerja penyelenggaraan yang tidak dilaksanakan.
mesin pengimbas badan bernilai RM 1.48 juta tidak digunakan kerana tiada pegawai yang layak.
Kos mesin pengimbas yang tidak digunakan berjumlah RM 31.96 juta, ditanggung oleh kerajaan.
2.Pengurusan bot untuk aktiviti pencegahan.
Setakat Disember 2009, hanya 1/8 bot yang ditempah diterima APMM , denda sebanyak RM 238,285 hanya dikenakan kepada 1 pembekal sahaja.
Penyelenggaraan yang tidak berjadual menyebabkan jabatan Kastam menanggong kos RM 67.56 juta anatara 2006 hingga 2009.
Nanti disambung lagi, banyak sangat , sikit sikit la.

Wednesday, December 1, 2010

Siapa khianati siapa!!

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962


Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.


Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen


Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura


Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061


Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.


PERJANJIAN AIR 1990


Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.


Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061


ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA


Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah.


Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura.


Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura


Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun


PENUTUPAN PENGKALAN TLDM DI WOODLANDS


Pengkalan TLDM di Woodlands terpaksa ditutup setelah 45 tahun beroperasi kerana pihak Singapura tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan yang berakhir pada awal 1998.


Sebagai ganti, Malaysia terpaksa membelanjakan kos sebanyak RM195,000,000 untuk membina Pusat Latihan Rekrut TLDM (PULAREK) di Kota Tinggi Johor.


PULAU BATU PUTIH


Isu tuntutan bertindih terhadap Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura telah dirujuk kepada International Court of Justice pada 1994.


Pihak Singapura telah mentadbir pulau tersebut dengan kawalan pihak tentera mereka sejak tahun 1850


Walupun keputusan belum diumumkan oleh ICJ (sehingga artikel ini ditulis), pihak Singapura melarang sebarang aktiviti dilakukan di kawasan pulau tersebut oleh pihak Malaysia seperti aktiviti nelayan dsb.


ISU CENTRAL PROVIDENT FUND (CPF)


Isu CPF warga Malaysia yang bekerja di Singapura juga masih belum selesai.
Hanya warga Malaysia yang berasal dari Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh mengeluarkan wang CPF mereka sementara yang berasal dari semenanjung tidak dibenarkan mengeluarkan wang tersebut walaupun telah berhenti bekerja di Singapura.


Mereka hanya dibenarkan berbuat demikian setelah berumur 55 tahun.


ISU PULAU PISANG


Pulau Pisang yang terletak di Selat Melaka dan merupakan hak milik Malaysia.
Singapura semenjak dahulu lagi menjaga operasi rumah api di situ dengan kawalan pihak tentera mereka tanpa melalui pemeriksaan kastam dan imigresen Malaysia.


ISU PENAMBAKAN LAUT


Tindakkan Singapura menambak laut di persekitaran Pulau Tekong mendatangkan kesan negetif dan kerugian kepada Malaysia.


Ianya menyempitkan Selat Tebrau dan mengganggu aliran Selat Tebrau.


Hakisan mulu berlaku akibat kederasan arus di selat tersebut, dan ianya juga mengganggu ekologi kehidupan laut yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan.


ISU PENCEROBOHAN JET SINGAPURA DI RUANG UDARA JOHOR


Perjanjian penggunaan ruang angkasa Malaysia telah dibatalkan pada September 18, 1998, tetapi jet pejuang RSAF masih lagi menceroboh ruang udara Malaysia terutama ruang angkasa Johor


Dalam tahun 2002 sahaja, sebanyak 5 insiden sedemikian berlaku tanpa ada permohonan maaf secara rasmi dari pihak Singapura.


ISU JAMBATAN BENGKOK


Mantan PM Abdullah Ahmad Badawi, atas tekanan pihak Singapura telah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok walaupun telah dipersetujui semasa Mahathir Mohd menjadi PM Malaysia.


Akibat dari pembatalan itu, kerajaan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM257.4 juta kepada Syarikat Gerbang Perdana Selatan Bersepadu (GPSB)

Ana petik dari Tun Telanai untuk sama-sama kita fikirkan.

Sunday, November 28, 2010

Bahas peringkat JK Kementerian JPS.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang.
1630
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, hanya
ada tiga butiran sahaja yang saya akan kemukakan pada petang ini. Pertama, Butiran 130600 –
Pengairan dan Saliran (JPS).
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kerana perkara ini telah pun saya
kemukakan kepada pihak kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri mengatakan mereka tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan berhubung dengan Empangan Nok di kawasan saya iaitu di
Pendang. Sebenarnya pihak penduduk telah pun disukat tanah-tanah mereka telah dikaji
pembukaan tanah dan juga dibuat ujian terhadap kekuatan tanah tersebut, kononnya akan dibina
satu empangan di kawasan saya itu disebut sebagai Empangan Nok. Empangan Nok ini adalah
hasil daripada Empangan Beris yang akan dibawa salirannya melalui Empangan Nok dan
disatukan ke kawasan daerah Pendang ini.
Pihak kerajaan negeri telah pun ingin mendapat penjelasan daripada JPS tetapi mungkin
sehingga sekarang pihak JPS belum lagi mengemukakan apa-apa detail berhubung dengan
Empangan Nok ini. Bahkan pihak pejabat daerah sendiri pun tidak mendapat kepastian sama
ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak kerana tidak ada rundingan di antara pihak JPS dengan
pihak Pejabat Daerah di Pendang. Bahawasanya kita perlu mengetahui bahawasanya Kedah
telah mempunyai tidak kurang daripada empat empangan buat masa ini iaitu Empangan Muda,
Empangan Pedu, Empangan Ahning dan juga Empangan Beris. Jadi dengan adanya Empangan
Nok ini saya rasa kebanyakan kawasan-kawasan di negeri Kedah akan dipenuhi oleh empanganempangan.
Walaupun kita tahu ia merupakan salah satu daripada cara untuk menambah saliran air
kepada sawah-sawah padi. Akan tetapi dengan adanya banyak empangan ini mungkin sesuatu
masalah akan berlaku di masa akan datang seperti mana yang terpaksa dilakukan di Empangan
Timah Tasoh di negeri Perlis baru-baru ini. Jadi saya harap pihak JPS dapat memberikan
penerangan sejelas-jelasnya berhubung dengan Empangan Nok ini. Begitu juga saya ingin
mengetahui apakah kerjasama di antara JPS dan MADA?
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Saya hendak tanya sikit.
DR. 24.11.2010
91
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Minta maaf.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Pengerusi minta maaf, hendak
tanya sedikit Empangan Timah Tasoh di dalam kawasan saya. Jadi apakah masalahnya? Minta
penjelasan sedikit. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya rasa Yang Berhormat Padang
Besar pun tahu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis sendiri telah memberitahu
bahawasanya apabila empangan itu telah kelebihan air mereka terpaksa melepaskan air. Jadi
saya bimbang dengan empat empangan di negeri Kedah ini, takut perlepasan air di ketika hujan
yang lebat itu akan menyebabkan berlaku banjir-banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah
berhampiran dengan empangan.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Minta maaf.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jangan banyak Yang Berhormat,
sedikit sahaja.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan
sedikit. Sama ada Yang Berhormat tahu semua empangan yang dalam kawasan sebegini semua
apabila di Kedah pun begitu juga, semua termasuk Batu Pahat pun begitu juga. Jadi bila air itu
lebih pada paras keselamatan maka ia kena lepaskanlah air, maka kawasan di bawah itu
banjirlah. Begitu juga di Kedah pun, banyak yang banjir itu disebabkan oleh perlepasan air. Jadi
bukan akan berlaku bahkan telah pun berlaku di Kedah, sama ada Yang Berhormat tahu atau
tidak?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Memang itu yang kita bimbang untuk
masa-masa yang akan datang ya. Jadi sambung berhubung dengan kerjasama di antara JPS
dengan MADA ini. Saya harap pihak JPS dapat juga memberi ataupun berhubung dengan lebih
kerap dengan pihak MADA. Ini kerana apabila kita tanya pihak MADA, pihak MADA pun tidak
mengetahui bahawasanya akan diwujudkan satu lagi empangan disebut Empangan Nok tadi ini.
Kedua tentang Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air
Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Saya ingin mengetahui apakah kementerian telah
mengambil apa-apa ataupun mendapat apa-apa maklum balas daripada apa yang telah dibuat di
Sungai Juru menggunakan Effective Microorganisms (EM) untuk membersihkan air sungai di
Sungai Juru yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Kadang kala kita lihat
daripada sungai-sungai di Jepun, banyak digunakan kaedah EM ini untuk membersihkan sungai.
Apakah teknik ini tidak boleh kita gunakan, sekurang-kurangnya dua hingga tiga sungai untuk kita mendapat hasil daripada proses EM ini?
Kemudian yang ketiga yang terakhir Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB)
dan Saliran Bandar. Kita ketahui bahawasanya suasana iklim yang tidak menentu sekarang ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan paras air di air laut. Maknanya kawasan-kawasan rendah di negara kita terutamanya di tepi-tepi laut mungkin akan ditenggelami air. Kita telah membaca daripada internet mengatakan banyak kawasan-kawasan di seluruh dunia, termasuk di negara kita akan menghadapi masalah banjir mungkin 20 hingga 30 tahun akan datang.
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian mempunyai
persediaan ke arah ini? Serta kawasan-kawasan manakah yang mungkin terlibat dengan
peningkatan air laut ini menyebabkan mereka terdedah kepada masalah banjir apabila
berlakunya global warming ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sapa agaknya yang jadi dalang ni?, cuba teka.

Gurun : Penjelasan berkenaan isu penduduk Kg Kilang Ketapan


Pegawai Khas MB perjelas isu penduduk Kg Kilang Ketapan

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

GURUN, 27 November – Dakwaan pihak tertentu kononnya Kerajaan Negeri dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) enggan berunding dengan 13 keluarga yang menduduki tanah PKB secara haram di Kampung Kilang Ketapan, disangkal oleh Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Kedah, Encik Muzaini Azizan.

“CEO PKB, Encik Harun serta pengurusannya dan saya sendiri telah bertemu dengan wakil-wakil penduduk untuk berbincang mengenai isu dua tahun lalu, bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu penduduk.

“Selepas itu Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mengarahkan PKB membayar pampasan kepada penduduk tertentu yang terbabit, sambil Menteri Besar mengingatkan penduduk supaya menerima kenyataan bahawa mereka telah menduduki tanah PKB secara tidak sah,” ujarnya.

Encik Muzaini turut menafikan dakwaan bahawa penduduk telah menduduki tanah tersebut sejak 30 tahun lalu. Menurutnya, pencerobohan di atas tanah PKB hanya bermula sekitar tahun 2006 yang melibatkan 13 keluarga sehingga kini.

“Memang betul ada penduduk yang tinggal sejak 30 tahun lalu di Kampung Kilang Ketapan tapi bukan di atas tanah PKB yang dimaksudkan, mereka tidak terbabit dengan notis pengosongan tanah oleh PKB,” terang Muzaini.

Beliau kesal kerana mereka yang tidak terbabit itu yang diperalatkan untuk mengadakan demonstrasi memburukkan Kerajaan Negeri kelmarin. “Walhal, yang terbabit cuma 13 keluarga sahaja,” ujarnya.

Wakil penduduk, kata Muzaini, membuat andaian buruk kononnya beliau tidak menyampaikan surat kepada Menteri Besar. Mereka juga mendakwa Kerajaan Negeri menolak perundingan.

“Dalam waktu yang sama mereka menghasut penduduk mengadakan perhimpunan haram mengecam Kerajaan Negeri, ramai yang sertai himpunan pula bukan dari kalangan penduduk terbabit seolah-olah ada pihak cuba mempolitikkan isu, inikah sikap pihak yang mahukan perundingan?” ujarnya.

Mengenai permohonan mendapatkan status pendudukan sementara (TOL) kepada Menteri Besar yang diserahkan kepada beliau pada 15 November 2008, Muzaini memberitahu bahawa permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana tanah tersebut jelas mempunyai pemilik, iaitu PKB.

Bagaimanapun, katanya, bagi tanah kerajaan di Kampung Kilang Ketapan yang bukan di bawah PKB, pihaknya memang berusaha supaya para penduduk memperolehi TOL dari Pejabat Tanah.

“Selama berpuluh tahun mereka menduduki tanah tersebut secara tidak sah, hanya di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat baru kita berusaha untuk mereka memperolehi geran menduduki secara sah yang dimulai dengan pemberian status TOL.

“Setakat ini sudah 80 pemilik yang membayar RM75 untuk mendapatkan TOL dari Pejabat Tanah Daerah Kuala Muda,” ujarnya.

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.