Diri ku ini

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
Berkhidmat untuk semua kerana Allah, Kedah sejahtera, nikmat untuk semua. PAS for All. Malaysia kaya, kenapa rakyat miskin. email: pendang@parlimen.gov.my

Sunday, November 28, 2010

Bahas peringkat JK Kementerian JPS.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang.
1630
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, hanya
ada tiga butiran sahaja yang saya akan kemukakan pada petang ini. Pertama, Butiran 130600 –
Pengairan dan Saliran (JPS).
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian kerana perkara ini telah pun saya
kemukakan kepada pihak kerajaan negeri, tetapi kerajaan negeri mengatakan mereka tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan berhubung dengan Empangan Nok di kawasan saya iaitu di
Pendang. Sebenarnya pihak penduduk telah pun disukat tanah-tanah mereka telah dikaji
pembukaan tanah dan juga dibuat ujian terhadap kekuatan tanah tersebut, kononnya akan dibina
satu empangan di kawasan saya itu disebut sebagai Empangan Nok. Empangan Nok ini adalah
hasil daripada Empangan Beris yang akan dibawa salirannya melalui Empangan Nok dan
disatukan ke kawasan daerah Pendang ini.
Pihak kerajaan negeri telah pun ingin mendapat penjelasan daripada JPS tetapi mungkin
sehingga sekarang pihak JPS belum lagi mengemukakan apa-apa detail berhubung dengan
Empangan Nok ini. Bahkan pihak pejabat daerah sendiri pun tidak mendapat kepastian sama
ada ia akan dilaksanakan ataupun tidak kerana tidak ada rundingan di antara pihak JPS dengan
pihak Pejabat Daerah di Pendang. Bahawasanya kita perlu mengetahui bahawasanya Kedah
telah mempunyai tidak kurang daripada empat empangan buat masa ini iaitu Empangan Muda,
Empangan Pedu, Empangan Ahning dan juga Empangan Beris. Jadi dengan adanya Empangan
Nok ini saya rasa kebanyakan kawasan-kawasan di negeri Kedah akan dipenuhi oleh empanganempangan.
Walaupun kita tahu ia merupakan salah satu daripada cara untuk menambah saliran air
kepada sawah-sawah padi. Akan tetapi dengan adanya banyak empangan ini mungkin sesuatu
masalah akan berlaku di masa akan datang seperti mana yang terpaksa dilakukan di Empangan
Timah Tasoh di negeri Perlis baru-baru ini. Jadi saya harap pihak JPS dapat memberikan
penerangan sejelas-jelasnya berhubung dengan Empangan Nok ini. Begitu juga saya ingin
mengetahui apakah kerjasama di antara JPS dan MADA?
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Saya hendak tanya sikit.
DR. 24.11.2010
91
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Minta maaf.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Pengerusi minta maaf, hendak
tanya sedikit Empangan Timah Tasoh di dalam kawasan saya. Jadi apakah masalahnya? Minta
penjelasan sedikit. Terima kasih.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Saya rasa Yang Berhormat Padang
Besar pun tahu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis sendiri telah memberitahu
bahawasanya apabila empangan itu telah kelebihan air mereka terpaksa melepaskan air. Jadi
saya bimbang dengan empat empangan di negeri Kedah ini, takut perlepasan air di ketika hujan
yang lebat itu akan menyebabkan berlaku banjir-banjir kilat di kawasan-kawasan yang rendah
berhampiran dengan empangan.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Minta maaf.
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Jangan banyak Yang Berhormat,
sedikit sahaja.
Dato’ Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan
sedikit. Sama ada Yang Berhormat tahu semua empangan yang dalam kawasan sebegini semua
apabila di Kedah pun begitu juga, semua termasuk Batu Pahat pun begitu juga. Jadi bila air itu
lebih pada paras keselamatan maka ia kena lepaskanlah air, maka kawasan di bawah itu
banjirlah. Begitu juga di Kedah pun, banyak yang banjir itu disebabkan oleh perlepasan air. Jadi
bukan akan berlaku bahkan telah pun berlaku di Kedah, sama ada Yang Berhormat tahu atau
tidak?
Dato’ Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Memang itu yang kita bimbang untuk
masa-masa yang akan datang ya. Jadi sambung berhubung dengan kerjasama di antara JPS
dengan MADA ini. Saya harap pihak JPS dapat juga memberi ataupun berhubung dengan lebih
kerap dengan pihak MADA. Ini kerana apabila kita tanya pihak MADA, pihak MADA pun tidak
mengetahui bahawasanya akan diwujudkan satu lagi empangan disebut Empangan Nok tadi ini.
Kedua tentang Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air
Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Saya ingin mengetahui apakah kementerian telah
mengambil apa-apa ataupun mendapat apa-apa maklum balas daripada apa yang telah dibuat di
Sungai Juru menggunakan Effective Microorganisms (EM) untuk membersihkan air sungai di
Sungai Juru yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Kadang kala kita lihat
daripada sungai-sungai di Jepun, banyak digunakan kaedah EM ini untuk membersihkan sungai.
Apakah teknik ini tidak boleh kita gunakan, sekurang-kurangnya dua hingga tiga sungai untuk kita mendapat hasil daripada proses EM ini?
Kemudian yang ketiga yang terakhir Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB)
dan Saliran Bandar. Kita ketahui bahawasanya suasana iklim yang tidak menentu sekarang ini boleh menyebabkan berlakunya peningkatan paras air di air laut. Maknanya kawasan-kawasan rendah di negara kita terutamanya di tepi-tepi laut mungkin akan ditenggelami air. Kita telah membaca daripada internet mengatakan banyak kawasan-kawasan di seluruh dunia, termasuk di negara kita akan menghadapi masalah banjir mungkin 20 hingga 30 tahun akan datang.
Jadi saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah kementerian mempunyai
persediaan ke arah ini? Serta kawasan-kawasan manakah yang mungkin terlibat dengan
peningkatan air laut ini menyebabkan mereka terdedah kepada masalah banjir apabila
berlakunya global warming ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

No comments:

Lawat Parlimen

Lawat Parlimen
ADUN Kedah diketuai Speaker dan Timbalan telah datang mengunjungi Parlimen baru-baru ni untuk menyaksikan hari ini dalam sejarah bekas mangsa kezaliman ISA dua kali YB Sdr Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara. Kami hanya sempat berbicara seketika waktu rehat dan selepas itu mereka mempunyai agenda lain untuk dibereskan. Diharap dimasa akan datang kita akan dapat melakukan yang lebih baik lagi apabila kehadiran direncanakan dengan teliti melalui Setiausaha Sekretariat parlimen PAS Sdr Wan Johari Wan Omar.